Wednesday 5 May 2010

bihun kosong

selamat pagi rabu semua..hah!hari ni saya nak bagi satu resepi yg paling cincai yg saya pernah buat tapi di gemari oleh sang hubby dan anak2.bihun kosong atau bihun gondol namanya.bihun ni sesuai di makan waktu pagi iaitu masa sarapan lah.masa ni korang sibuk kan.apa2pun mlm2 sebelum tido tu gi dapur pi rendam bihun dulu.

bihun


bahan2

bihun-1 peket.kalo famili tak ramai 1/2 peket pun cukup
bawang putih-5 ulas.yg kecik je
kicap manis
kicap pekat
sos tiram
myk bijan
1 kiub ikan bilis
1 kiub ayam
sawi yg muda lg bagus-1 ikat.
air 2 cawan
2 sb serbuk lada hitam

cara
panaskan minyak
tumis bwg putih
dah naik bau,masukn air
masuk kiub,semua kicap, dan sos tiram
biarkan mendidih
masuk sawi atau sayur2an lain kalo suka
masukn bihun dan sedikit myk bijan
dah pun siap dan ia sedap di makan dgn cili cam kat bawah nih..


*dalam kes saya ni,kicap pekat tak ada.tu yg sedikit pucat.warna yg sebenarnya agak gelap.
lg satu pic ni takde sawi.sayur dlm ice box dah abis.yg ada cuma tomato tu jek.
garam pun takde sbb kiub dgn sos tiram tu da masin


cili api berkicap

2 comments:

E-na Zarina said...

Salam...singgah nk mkn meehoon goreng...:-)

anymz said...

sila2,nak air apa??ooppss nnt saya jerang air dulu