Saturday, 9 July 2011

Award Dari Hasue dan Mas@Duniaku


Assalamualaikum semua

Ni sedang takde koja cari koja lah namanya ni..saja tau si Hasuriah Tahir bagi akak homework.Orang nak berhujung minggu pun tak sonang sebab dok terkonang2 dgn homework yang tak siap ni..Pergi kenduri tadi pun dok ternampak2 award yang mengatakan blogger cantik (muhahaha..tak perasan tak sah ni wei)
Eh!dah elok masuk simpan award ni dalam draft tiba2 tengok Mas yang ada dunia sendiri gi tag akak pulak..
harrrrramaaak..!..takpe laie sonang kojo den..buat 2 in 1..kuikui
okay2..nak tau 7 perkara yang korang tak tau tentang akak ya...jap..jap..nak pikir..sebab ada gak tembelang akan pecah jugak hari ni...camne ya...sebab tengok rumah kawan2 panjang2 cerita diorang..akak buat rengkas2 dan pendek2 je lah ya..

7 Perkara yang korang tak tahu yer..meh tengok.
  1. Akak tak pandai bawak basikal...Bila dah tak pandai bawak basikal konpem akak tak pandai bawak motor.Jadi cita2 akak sebelum mencecah umur 50 ingin bawak motor sendiri....
  2. Pernah mengambil kelas jahitan semasa mengandungkan anak kedua.Tapi berhenti bila kandungan dah 7 bulan.sebab kaki bengkak..Gi kelas pakai kasut.Balik kelas kaki ayam..
  3. Pernah tidur dalam bathtub bilik air bila en somi terkunci pintu bilik....sebab masa tu syok betul bersembang dgn adik2 hingga jam 3 pagi.Bila naik masuk bilik tengok pintu dah terkunci.ketuk2 org kat dalam tu tak sedor langsung..takot nak tidur hall ruang tamu..Tak payah cerita lah ya macam mana rupa hall tu.Bila tanya balik en somi kenapa kunci? dia leh jawap..eh bukan ke awak dah tido?...haisshh,,,sapelah yg tido dgn dia mlm tu ya...huhu
  4. Pernah terlanggar batang paip masa main kejar2 masa darjah 2..kesan di muka bertanda hingga sekarang.
  5. Selain memasak akak suka melukis dan menulis.Nak emo dgn en somi pun akak tulis..sebab rasa susah nak guna mulut..
  6. Teringin nak panjat gunung
  7. Teringin nak belajar berenang.. sebab akak takut air.pernah lemas masa darjah 5.fobia. tu yang nak lawan balik air tu..

Jadi 5 orang lagi yang aku nak tau 7 perkara pasal mereka yang aku belum tahu lagi adalah;

Jangan lupa buat koja ni jugak ya..saja nak seronok2 antara teman main masak-masak

    Friday, 8 July 2011

    Nasi Lobak Merah

    Assalamualaikum semua

    Sedang UpLoad gambar tiba2 mata ini di landa angin tiupan sepoi2 bahasa mengajak tuan punya mata melelapkan diri barang seminit dua..zzzzzzzzzzzzzzzzzz...
    Eh!bangun balik.........
    Akak masak nasi carrot lepas bertandang ke rumah mek Siam pagi tadi.Cuba buat dan simpan resepi untuk rujukan di masa akan datang..Anak2 agak protes sebab tak kena pada selera diorang.Hari ni diorang target maknya masak Nasi Ayam..(haissh..jemu dah ayam..ayam..ayam).Walau apa pun lauknya tetap ada ayam..Buat versi ayam merah.Anak2 target jugak maknya buat daging masak kurma..wei..korang ingat haku ini nak buat kenduri ke..lengkap pulak lauk kurma,ayam masak merah bagai..Okaylah mau lelapkan mata sekejap..


    Nasi Lobak Merah
    by
    anymz mykitchen
    Resepi Asal:Wana@Potret Kasih
    Sumber:KZai
    Sumber:Ika

    Bahan2nya
    • 6 cawan beras bathmati….basuh dan toskan
    • 2 cawan carrot ( potong dadu kecil) – saya parut kasar-kasar.
    • 1/2 cawan susu cair
    • 8 cawan air – saya letak air rebusan isi dan tulang2 ayam
    • 1 kiub ayam knorr – saya guna 1 sudu besar stock ayam maggie dalam botol
    • 1 sudu kecil gula
    • garam

    Bahan Tumis

    • 2 sudu besar rempah kurma – saya guna rempah beriani
    • 5 ulas bawang merah – mayang @ tumbuk kasar
    • 3 ulas bawang putih – mayang halus atau tumbuk kasar
    • 2 cm halia -mayang
    • 3 sudu besar minyak sapi - akak guna butter>>kita pun guna butter
    • 2 cm kulit kayu manis
    • 2 kuntum bungka lawang
    • 5 biji bunga cengkih
    • 2 biji buah pelaga
    • 1 tangkai daun ketumbar…..mayang
    • daun pandan……..simpulkan
    Cara

    1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
    2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
    3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
    4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
    5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
    6. Hidangkan dengan ayam bakar, (Kita hidang dgn ayam kat bwh nun) dan salad sayur. Saya hidang dengan ayam bakar yogurt dan acar karot.

    Thursday, 7 July 2011

    Ayam TomYam

    Assalamualaikum

    Hari tak ada story telling panjang2..Cuma nak bagi tau..resepi campak2 dari Nor@SecubitGaram ni memang sedap..
    Jadi pembuka selera bagi orang2 yang tak lalu makan ayam atau yang sudah jemu dengan ayam..,bila buat lauk macam ni terasa segar semula..Tapi minta maaf ya Nor, ada sedikit penambahan dari akak..maklum orang negori ni suka lauk pauknya berasa kepedasannya dan akak juga tambah daun ketumbar sebagai menambah rasa keSiamannya..Sedap dan Terbaik dari Nor Secubit Garam.Terima Kaseh kerana sudi berkongsi resepi..
    Malam2 nanti akak balas komen di bawah dan terjah rumah kawan2..:-)


    Ayam TomYam
    by
    anymz mykitchen

    Bahan:
    • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
    • serbuk kunyit
    • garam
    • 1 biji bawang besar - dihiris nipis
    • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
    • 1/2cm lengkuas - ditumbuk)
    • 2 batang serai - dihiris nipis
    • 1 sudu besar paste tomyam
    • 2 sudu besar cili sos thai
    • 3 - 5 bj cili padi - diketuk (optional)
    • 1 biji tomato - dibelah dua dan hiris nipis
    • 2 helai daun limau purut
    • 1/2 sudu kecil jus limau nipis - tambahan jika kurang masam
    • garam dan gula
    • 1/2 cawan air
    • minyak


    Cara memasak :
    1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
    2. Goreng hingga masak tp tak perlu sampai garing. Angkat dan ketepikan.
    3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar dan serai.Goreng sehingga bawang layu dan masukkan bawang putih dan lengkuas yg ditumbuk.
    4. Goreng lagi hingga wangi dan masukkan paste tomyam.Kacau hingga sebati dan masukkan sos cili thai, cili padi dan tomato. Kacau.
    5. Masukkan ayam dan daun limau purut yg dicarik-carikkan. Kacau dan biarkan seketika dan kemudian masukkan pulak air, garam dan gula secukup rasa.
    6. Sekiranya masakan rasa kurang masam, bolehlah ditambah 1/2 sudu kecil jus limau nipis.Masak hingga kuah sedikit pekat (jika suka masakan yg lebih kering, lebihkan tempoh memasak)
    7. Angkat dan hidangkan panas2 dgn nasi putih

    *Selepas masukkan bawang,serai,lengkuas,bawang putih akak masukkan pulak 1 senduk cili kisar dan tambah 1 sudu besar sos tomato dan serumpun hirisan daun ketumbar.

    Wednesday, 6 July 2011

    Maggi Goreng BerCajun

    Assalamualikum semua

    Alhamdulillah dapat juga akak bersiaran sebelum berakhirnya hari ini..malam pun malam lah janji kita dapat bersua jugak kan..
    Agak kelam kabut hari yang akak lalui hari ini sebenarnya..Selepas sarapan en somi kata nak ambik MC..sebab kepala ada sedikit pusing..sudah di khabarkan suruh buat cermin mata baru tetapi ada banyak kedegilan berlaku di situ..padahnya kerap sakit kepala..yang susah siapa?..Akak jugak.Akhirnya apa yang akak rancangkan untuk hari ini tidak menjadi..

    Malam tadi adik bagi tau abang akak masuk hospital..Lebih kurang jam 11 en somi mengajak akak menjenguk abang,haisshh..tak reti betul nak menziarah dengan tangan kosong ni tau..Apa lagi bergegas akak ke supermarket.cadang nak buat masak lomak untuk abang..dah siap pack2 semua makanan tiba2 P.A abang bagi tau beliau sudah dibenarkan keluar hospital dan berehat di rumah..Hadoi...agak mencabar juga di situ..
    Sebelah petang anak2 bising mau makan mi goreng,lalu akak cadangkan buat maggi goreng je tapi bercajun sebab dah terpesona dgn mi mamak mas@Duniaku..
    Meh tengok resepi yang simple je ni ya....seisi rumah terpesona dengan idea ini dan semua setuju mengatakan sedap gak ada cajun nih..
    Resepi berpandukan apa yang ada dalam rumah je nih.kalau nak tambah2 ikut suka koranglah ya..


    Maggi Goreng Bercajun
    by
    anymz mykitchen


    bahan2

    4 paket maggi-di rendam dengan air panas mendidih hingga kembang dan toskan=ketepikan
    10 ekor udang size sedang-buang semua kulit
    isi ayam-di potong kecil2
    8 tangkai cili kering*
    4 tangkai cili api-opt*
    3 ulas bawang putih*
    1/4 labu bawang besar*
    semua bahan bertanda di kisar dengan sedikit air
    sedikit daun ketumbar
    sedikit kobis-di hiris halus
    1 kiub pati ikan bilis
    sedikit kicap manis
    sedikit sos tomato
    sedikit garam
    1 sudu kecil rempah cajun
    1 sudu kecil rempah kari
    1 biji telur-di goreng scrambled-asingkan




    cara

    Panaskan minyak
    Tumis bahan2 yang di kisar sehingga wangi
    Masukkan isi ayam dan udang
    Kacau sehingga masak
    Masukkan bahan2 seperti kiub ikan bilis,sos dan kicap,rempah kari dan garam.
    Kacau hingga sebati dan masukkan kobis.
    Kacau lagi dan masukkan rempah cajun dan maggi mi yang sudah di celur
    Kacau hingga masak
    Angkat dan taburkan daun ketumbar yang di hiris dan telur srambled

    Tuesday, 5 July 2011

    Roti Donut

    Assalamualaikum semua

    Terlebih dahulu akak nak minta maaf banyak2 pada yang empunya resepi..
    Resepi asal adalah donut tapi telah akak rotikan secara tidak sengaja.Harap2 tuan punya resepi jangan marah ya..Ini juga dapat menunjukkan yang resepi ini bukan saja sesuai untuk donut tetapi sesuai jugak untuk roti..
    Terima kaseh pada yang empunya resepi kerana resepi ini telah menjadi pelbagai guna..

    Ada kisah di sebalik kejadian ini sebenarnya

    Kisah bermula pada jam 2 petang tadi.Sebaik saja selesai solat zuhor akak pun mula mengadun adunan donut yang akak ambik resepinya dari rumah IzahDaut.Semua kerja bibik melayu yang buat..Konon2 nak buat donut sebagai buah tangan ke rumah makcu akak.ada majlis bacaan yasin sempena birthday makcu yang ke berapa entah..Letak je semua bahan akak pun start enjin kereta terus anta Ainul ke kelas tambahan di sekolah.Lepas tu akak pun terus bersiap2 untuk ke rumah makcu..
    Hampir jam 6 petang akak pun balik.Sebaik sampai di rumah,Ainul yang sudah balik dari sekolah pun bertanya.'mak nak buat apa dgn doh yg dalam BM tu?'....Allah....mak dah terlupa..akak tengok doh tu dah melimpah ruah.meleleh2..habis lantai BM tu di penuhi dgn doh yang amat2 lembik..Doh tu jadi lembik pun ada cerita di sebaliknya..Adeh ... panjang pulak story mlm ni..takpe lah ya..korang baca je lah ya..tak nak baca korang gi lah baca suratkhabar ke,tengok lah berita kat TV tu ke ya?..huhu

    Doh tu jadi lembik sebab masa menyukat tu akak dah terlupa berapa cawan akak letak tepung..Izah tulis 5 cawan..tapi masa menyukat tu akak dok kira2..Eh! dah berapa cawan ek?..jadinya mungkin akak dah terletak 4 cawan tapi akak ingat 5 cawan..Pastu akak tambah lagi tepung ke dalam adunan doh donut ni tapi malangnya adunan masih lagi lembik..entah silap mana pulak yang akak terlupa tak tau lah..Akhirnya akak kata kat anak2 mak buat roti je lah ya..Ainul tanya balik 'Boleh ke mak'..mak nya menjawap..'Hantam saja lah'..kita yang buat dia..
    Maka malam ini tadi kami pun beramai2 makan roti donut yang di cicah dengan milo,nescafe dan kopi o kaw..buatan Ainul..erkkkkkkkk...alhamdulillah konyang..

    Terlupa pulak nak bg tau..akak akhirnya ke rumah makcu dgn tangan kosong sebab akak sudah terlupa yang doh donut tengah menguli masa akak melangkahkan kaki ke rumah makcu.

    Sekian story orang yang asyik2 terlupa je hari ini.teringat kata ustaz..Lupa itu suatu anugerah jugak.bukan kita sengajakan..mungkin ada hikmah si sebaliknya..

    Akak tak letak resepi di sini sebab takot yang empunya resepi salah faham..takot gak ni wey..satgi org saman akak jutaan rupiah mana nak cari?..
    Tunjuk gambar je lah ya..esok2 bila keadaan dah reda akak mendonut semula..Kena buat cepat sebelum bulan ramadhan tiba..huhu


    Roti Donut


    Resepi boleh lihat di SINI ya..


    sedap nih..
    .

    Monday, 4 July 2011

    Roti Mayonis

    Assalamualikum semua

    Ada yang berpuasa sunat bulan syaaban ya?..Selamat Berpuasa ya..InsyaAllah semoga kita di temukan dengan ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi..Tak sabar pulak rasanya nak menyambut ramadhan tahun ni..
    Malam2 ni akak jamu semua orang dengan roti mayo yang akak ambik resepinya dari rumah Yani..ada jugak akak tengok di rumah Mas@Duniaku dan Anna Qawina.
    Pada akak roti ini sangat sesuai di buat untuk sarapan pagi makan dgn sambal sardin atau di sapu dgn jem atau sri kaya..sedap ni..
    Akak buat roti ni petang tadi.makan cicah kopi je.Akak makan cicah nescafe..sedap betul.Tadi masa snap gambar terlupa nak tunjuk isi dalam roti ni yang bagaikan kapas rupanya..lembut dan halus teksturnya,,cuba lah tak rugi mencuba..
    Abaikan permukaan roti yang agak herot..Akak sebenarnya tak tunggu pun roti ni naik 2 kali ganda..malas betul nak tunggu ni tau.Agak2 dah naik sikit terus akak masukkan je dalam oven.
    Kira okaylah rupanya tu kan?..Terima Kaseh Yani atas resepi nya ini..



    Roti Mayonis
    by
    anymz mykitchen

    bahan-bahan
    • 300g tepung roti
    • 110g air
    • 50g water roux
    • 50g mayonis
    • 45g gula
    • 45g marjerin/butter
    • 1 sudu kecil yis
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 2 sudu besar susu tepung



    Cara-cara:-
    1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
    2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
    3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik
    4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
    5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit

    Pink Velvet Marble Cheese Brownies

    Assalamualaikum semua

    Alhamdulillah dapat akak bersiaran di pagi Isnin ni..tapi tak dapat lama..lewat petang atau malam nanti baru akak dapat komen di entri yang lepas dan blogwalking ke rumah kawan2..nanti jangan lupa siapkan kopi 0 kaw ya.banyak rumah yang nak di kunjung balas nih..

    Hari Sabtu malam ahad tu hari lebih kurang hampir jam 11 mlm.akak dapat sms mengatakan si pengantar sms nak berkunjung ke rumah akak..waduh..'dah den koba an..kono bg tau dua tiga hari awal'...seb baik akak ada di rumah..lalu mlm tu tidur akak di ganggu oleh bayangan ikan,daging,ayam kat pasar tu hah..apa lah nak ku jamu pada si penggemar masak lomak ni hah..
    Lalu akak pun masak je lah yang simple2 tapi berapi..
    Hah!memang sudah akak jangka IzahDaut laki bini makan sambil huuuh..haaah..menahan pedas..hehe..
    Terima Kaseh ya Zah atas kunjungan kalian berdua dan tidak lupa pada Bais dan Muaz..Nanti jangan lupa datang lagi..
    Raya nanti boleh lah pakat2 dgn kawan2 lain yang tinggal di KL tu untuk berkunjung ke telapak akak..Tak lupa jugak buat Naz yang rumah ibunya hanya 5 min perjalanan je dari rumah akak.
    Tak sangka dan lagi sekali akak ulang benar2 tak sangka perkenalan di alam maya sudah di sambung ke alam realiti..Moga ikatan persahabatan kekal hingga ke akhir hayat.
    Weiii!!...ni akak nak bagi tau satu rahsia ni..IzahDaut ni tak banyak mulut sebenarnya..Pendiam rupa2nya mek ni..wakaka
    okaylah cukuplah akak mengusik Izah,akak buat kek ni semalam sebab akak tau Izah tak pernah makan lagi red velvet tapi sayang masa sedang buat tu baru akak perasan pewarna merah akak dah habis..tinggal beberapa titik je.bila di campurkan dgn kaler cekelat jadi lah pudar macam ni..tu yang akak namakan pink velvet..ini resepi ulang tayang.
    Buat pengunjung2 baru my kitchen jangan keliru pulak ya..cubalah resepi ni...sedaaaap..tak caya tanya Izah dan dua heronya tu..



    Pink Velvet Marble Cheese Brownies
    by.

    Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) -
    • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 60g mentega - suhu bilik
    • 110g gula halus
    • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
    • 1/2 sudu kecil essen vanilla
    • 120ml susu segar - suhu bilik
    • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
    • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
    • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
    • 1/2 sudu kecil cuka
    • 1/2 sudu kecil baking powder
    Lapisan Cheese
    • 200g cream cheese - suhu bilik
    • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
    • 60g gula galus
    • 1 sudu besar jus lemon
    Cara

    1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

    2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

    3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

    4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

    5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

    6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

    7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

    8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

    Lapisan Cheese
    Cara

    1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

    2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
    3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..



    Saturday, 2 July 2011

    Mi Lidi Goreng Hijau

    Assalamualaikum semua

    Seperti biasa la kan,kalau hujung2 minggu camni cuma segelintir je blogger masak2 yang bersiaran..masing2 sibuk dengan kenduri kendara,balik kampung dan ada juga yang pergi berendam mandi laut..(eh ada ke tu??sapa lah tu ya)hehe
    Hari ni akak menyibukkan diri di rumah saudara yang mengadakan majlis kenduri kawin anak perempuannya..alhamdulillah dah selesai semua..
    Bila dah menghabiskan masa di situ,akak tak masak lah..dan tak reti pulak nak mengambil laukpauk bawak balik..Selesai je majlis terus akak ke kedai mencari laukpauk utk anak2 yang balik sekolah..Hari ni kan ada larian 1M.kesian anak2 balik rumah tgk makanan beli je, yang ada..
    Malam ni tadi akak buat mi lidi ni sebagai makan malam kami..memang sedap resepi dari ummi yang pernah keluar di majalah Jelita tempoh hari..kalau sesiapa yang tak tahu rupa mi lidi ni boleh view di link madiha tu ya..memang sedap sangat..Cubalah ya pada sesiapa yang belum tu..


    Mi Lidi Goreng Hijau
    by
    anymz mykitchen
    source:MaDiha
    Bahan:-
    • 1 1/2 paket mee lidi
    • 1 labu bawang besar - didadu
    • 3 ulas bawang putih - dicincang
    • 10 ekor udang basah
    • 2 sudu besar kicap cair/masin
    • 1 kiub pati ayam maggie
    • 1/2 biji kobis
    • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
    • minyak untuk menumis
    Bahan Dikisar Dengan Sedikit Air:-
    • 2 biji cili hijau
    • 6 biji cili padi hijau
    • 4 tangkai daun sup
    • 2 pokok daun bawang


    Cara Memasak:-
    1. Masak air secukupnya dan bila mendidih, masukkan mee lidi dan masak hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak jagung. Ketepikan.
    2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
    3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
    4. Masukkan kicap cair, kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau.
    5. Masukkan udang dan diikuti dengan sayur kobis. Kacau sebentar.
    6. Akhir sekali, masukkan mee lidi yang direbus tadi dan kacau hingga rata dan masak. Hidangkan dengan taburan serbuk lada sulah jika suka.

    Friday, 1 July 2011

    Ayam Mayonis

    Assalamualaikum semua

    Buat apa petang2 jumaat ni?..bersiap2 nak balik kg ke?..kalau kg dekat boleh lah ya tak?tapi kalau jauh nun telan air liur je lah bila teringat masakan mak kan?..
    Anak akak along dah balik dah..dia balik sekejap je tadi ada hal yang perlu dia bereskan..ni dia ke rumah kawan nya yang bakal jadi raja sehari beberapa jam je lagi..Along jadi pengapit..isshh..seriau pulak rasa bila anak2 dah bujang dara ni tau..tak terbayangkan lagi macam mana keadaan akak masa menerima menantu nanti..kalau kumpul2 semua kawan main masak2 masa tu mesti best kan?..
    Ini semua penangan soklan dari saudara mara,bila nak menantu?..ataupun soklan eh!anak2 dah besar panjangkan?...bila nak wat kenduri?...hadoi...kak cik kak oi..kalau anak lelaki saya ,bila kita tanya,ala mak 3 tahun lagi lah..rumah nak beli,kereta pun nak beli..tunggu dulu lah..kalau anak pompuan no comment lah ya..kita ni pompuan.kita menunggu.tapi nak bagi tau lah buat 'org' di luar sana kan.pat pat siku lipat,siapa cepat dia dapat..muahahaha,,...(gerenti mengamuk anak dara akak kalo baca nih)...dah...dah..takmo melalut...

    Ni akak buat ayam mayonis ni makan dgn nasi ketumbar semalam..sedap giler wo ayam ni..Itu pun Anna Qawina yang syorkan..katanya sedap..maceh Nor..lenkali cipta resepi ayam yang best2 lagi ek?

    yang penting mesti podeh2 ya..

    Ayam Mayonis
    by
    anymz mykitchen

    bahan-bahan

    600 gm daging ayam-di potong kecil dan di bersihkan
    1 labu bawang besar-mayang
    4 ulas bawang putih-mayang
    3 cm halia-mayang
    4 sudu besar cili kisar
    2 sudu besar mayonis
    2 sudu besar sos cili1/2 sudu kecil serbuk kunyit
    1 sudu besar serbuk lada hitam
    7 keping cendawan hitam-rendam dalam air panas dan hiris
    2 tangkai daun ketumbar-potong 2 cm
    3/4 cawan air
    1 1/4 cawam ,minyak masak
    Garam dan gula secukup rasa
    sedikit perahan jus limau nipis-nor tambah
    capsicum hijau dan merah-nor tambah



    cara

    Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah di gaul dengan garam dan serbuk kunyit.Kacau rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk.Angkat dan ketepikan (Ayam di goreng sekadar masak saja,tidak perlu garing)
    Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar.Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
    Masukkan bahan2 yang di mayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
    Masukkan air,cendawan,serbuk lada hitam,garam dan gula.Kacau lagi hingga rata.
    Masukkan ayam goreng,sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
    Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata.
    Hidang panas2 bersama nasi.

    Nasi Ketumbar

    Assalamualaikum semua

    Alhamdulillah dapat juga akak bersiaran di pagi hari Jumaat ni.Ingatkan blogspot meragam pada akak sorang je selepas akak tengok seorang demi sorang kawan2 main masak2 mengeluarkan entri..cemas gak wo.Risau mengenangkan betapa banyak resepi yang dah tersimpan kemas di sini buat rujukan diri sendiri,anak2 dan kawan2 di masa akan datang.
    Bangun je pagi tadi akak check di henpon dulu,alhamdulillah bila tengok ada tanda sign in,follow di atas tu lega rasa hati.
    Seperti yang sebahagian kawan2 semua tahu akak buat nasi ketumbar ni semalam.Hasil dari sekodeng di dapur Nor sepinch salt (bak kata ijahdaut)..Rasanya?..mmm..macam nasi minyak yang pernah akak post sedikit masa dulu.sebab ada penggunaan kiub ayam di sini.memang sedap sebab ada wangi daun ketumbar..tak rugi mencuba..kali ni akak buat nasi ketumbar makan dgn ayam mayonis juga dari hasil air tangan Nor Ratu Dessert..wah! Nor,.. macam2 gelaran di bagi ni..hehe
    Okay semua layan nasi ketumbar ni dulu ek?..Akak ada hal sekejap dengan anak bujang sulong akak tu.Dia cuti hari ni.Ada hal yang perlu kami bereskan di luar sana.InsyaAllah ada masa petang nanti akak BW ya..


    Nasi Ketumbar
    by
    anymz mykitchen
    Source:Nor Secubit Garam
    Source:Ayu


    Bahan2

    500 gm beras
    3 sb mentega (Ayu guna minyak sapi)
    sedikit minyak
    1 biji bawang merah (di mayang halus)
    3 batang daun ketumbar (Blender halus)-(ayu tapis)
    sedikit garam
    pewarna hijau
    1 kiub ayam

    Cara

    Basuh beras dan toskan
    Cairkan mentega bersama sedikit minyak
    Masukkan bawang dan goreng sehingga wangi
    Masukkan kiub ayam
    Kemudian masukkan beras,daun ketumbar yang telah di blender tadi dan secubit garam
    Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
    Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
    Tunggu sehingga nasi betul2 masak dan gemburkan sebelum di hidang.


    masakan simple macam ni sangat sesuai di masak pada hari Jumaat
    Tak perlu banyak lauk..Hidangkan dgn ayam masak merah pun okay jugak.


    Sekalung Tahniah Buat Secubit Garam

    Assalamualaikum semua.

    Akak mulakan pagi hari Jumaat akak hari ni dengan ucapan penghargaan sekalung tahniah buat adinda yang tersayang Nor@SecubitGaram atas kunjungan yang telah mencecah hits 1 juta..banyak tu Nor..berapa lama kita nak dapat tu ya...
    Nor merupakan blogger yang terawal sekali akak hello2..,sms dan bertukar buahtangan,.
    Rasa bangga sangat dapat mengenali Nor di alam maya ini..bak kata abang hebat kawan2 akak.Tak kenal tapi boleh bagi ubat (rasanya Nor faham 'ubat' apa yg di maksudkan tu).hehe

    Doa akak semoga Nor jangan jemu dan akan terus berkarya dan akak juga doakan semoga Allah swt memberi en suami Nor tu kesihatan yang baik dan kalian hidup bahagia hingga ke hujung nyawa..amiiiiin




    Sejambak mawar merah sudah ku angkut dan menghiasi laman dapurku di pagi Jumaat ini