Monday 16 May 2011

Muffin Coklat Coklat Chip Yogurt

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah dalam pada dok sibuk2, entah apa yang di sibukkan dapat jugak akak mengisi entri hari ini..
Selepas mek Izah daut tag akak muffin ni di fb, terus hati rasa terpesona..bukan terpesona kat mak muaz tu, sudah tentu terpesona pada muffin nya...muffin yang mempunyai nama yang agak pelik tapi sodap..hehe
Hari ni akak nak cepat.ada projek dgn kawan2..projek mengisi perut makan ikan bakar...belum sempat nak BW lagi.Esok cuti kan..insyaAllah esok jalan2 ke rumah korang ya..jangan lupa sediakan kopi 0 panas..okay...meh kita tengok resepi muffin izah ni..memang sedap dan very2 the fluffy..


MUFFIN COKLAT COKLAT CHIP YOGURT
by anymz mykitchen
Source:IzahDaut

bahan2

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sb membumbung serbuk koko
3/4 sk baking powder
1/4 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1/2 cawan + 2 sb gula perang
3/4 cawan coklat chip
1 biji telur- dikocok sedikit
1 cawan susu segar

1/4 yogurt
1/4 minyak sayur
1 sudu kecil essence vanilla
1 sk cuka *optional- jika tidak menggunakan telur



Caranya:

1. Ayak tepung, serbuk koko, soda penaik dan garam ke mangkuk besar.
2. Kemudian masukkan gula perang dan coklat chip. Gaul semuanya sebati. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yang lain, sebatikan telur, susu segar, yogurt, minyak sayur dan essence vanilla.
4. Masukkan bahan basah ke dalam mangkuk tepung tadi.
5. Adunan sedikit cair.
6. Masukkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh atau hampir penuh.
7. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

8 comments:

kasihredha said...

comel2nya kak...
satu biji..sekali ngapp je kan :)

ijayuji said...

Kak animmmmmmm!!! kecik2 gini 3 ketul tak cukup ni kak buat selit2 gigi jer niii nak kena ambik 10 ketul baru kenyang hihihi... bwkkan akak soto buat makan malam nanti :D

Nazrah said...

memang mengancam betul Kak... esok esok boleh la kita buat...

Mas said...

akak..cantik la mapin tu...
nak sebiji...

Ummi said...

Aniiiimm.....nak hantar ke mana byk sgt muffin tuh...xnak pas ke Ktn ke..hehe

izahdaut said...

terima kasih kerna sudi mencuba..

* majuk balik

noorsafone said...

Anim...sedap nampak..nanti kak noor nk cuba buat ya...amik resepi...antar la kt Jelebu sikit..

Cendana Kasih said...

Akak...saya nk sebijik muffin tu yer.. kita tukar ngan kek pisang .. hehehe