Wednesday, 11 May 2011

Marble Chiffon Cake

Assalamualaikum semua
Hari ini kita mencipon pulak ya..akak buat chiffon ni semalam.En suami asek dengan ayat,takde apa2 nak makan ke?..ataupun ayat lazimnya apa ada dalam peti ais?.takde kek ke?..hadoi..dalam dia sibuk2 nak diet2 rajin juga dia melontarkan soalan2 cepumas gitu..akak terus je godek kek yang sekarang ni pada akak 'lolap mato pun boleh buek'...hehehe
kalau dulu siap merayu2 dgn hana, suh mengajar akak cara nak buat cipon..wah sekarang dah jadi pakar di rumah sendiri .


marble chiffon cake
by
anymz mykitchen
source:Hana
Bahan-bahan

Bahan A
  • 7 biji telur putih
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 100g gula

Bahan B
  • 7 biji kuning telur
  • 100g gula
  • 175g tepung gandum
  • 1/2 tsp baking powder
  • 75ml minyak masak
  • 150ml susu segar
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsb coklat emulco



Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170.
  • Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh)
  • Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
  • Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
  • Potong dan hidangkan.

15 comments:

Anna Qawina said...

dtg bawak teh o nak tumpang bekpes ngan kek cipon akak..
hambooiii..sambil lolap bijik mato pon leh buek? huhu...saya kalo lolap mato takde apolah jdnyo..tdo jek..kihkih

ijayuji said...

kak animmmmmmm!!!!! alamakkkkk! kita serik betul nak buat cipon niii :( asyik jd rendah jerrrr hihihi....mkn akaknyer cipon dulu ya :D

Naz said...

Waaaa.... Kak nim., Naz lak nk merayu ngan akak ajokn cara nk wat cipon kek.. Sodapnyooo..

Sheila Shafeareen said...

salam
lama x membengkit cantik lembut aja npk kek..x pernah baat cipon kek lg ni....ada lg ke nak rasa sikit heheh

zarin said...

wahhh kak anim...terrer betul dah mencipon nih...lolap mato pun bule siap kek ni ye kak...hehe nanti saya nak berguru ngan akak plak la hihi

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

banyak ye telor..kalau nak wat kena tunggu telor banyak kat umah...

kakpah said...

nim, ekau hari-hari buek kue ko nim. rajin amek lah ekau ni.
kakpah ni osah maleh e..

K.Nor said...

uishhh terror betul k.nim.. boleh buat kek dlm pejam mata jer ek.. nak berguru la k.nim! hehe

kasihredha said...

kalau sei lolap mato ..alamat berdengkur dan kek ontah kemano hehehe

kak, banyaknya guna telur...sure gebuss.
Kalau mintak pun, sure kak anym cakap...dah habis...dah habis...kan kan...:)

tun_telani said...

waaa.. mantap! tun x penah mencipon pun. hihi

Mas said...

akak..mas dah lama tak mencipon....
malas lak...
makan kek cipon akak la..he...he..

TopsyTurvyMum said...

akak..
saya pun dalam piliran nak buat nih hehehe..
tapi apa kata akak hantar sepiring du;u kat saya..rasa tak cukup saya buat sendiri pulak:)

cik cek said...

Salam Kak Nim...

Tak penah buat pun kek chiffon ni...teringin gak nak buat...tak pun mintak sepiringla kat kak Nim...sedap je nampaknya...:)

.:hana hazel:. said...

aduh....menitik air luir tgk kek ni..teringin amat...

Yatie said...

kek chiffon mmng best..kalau makan maunya 1/2 loyang sendiri...kih3...kek kegemaranku..