Sunday, 22 May 2011

Puding Triffle

Assalamualaikum

Terlebih dahulu akak nak ucapkan salam takziah buat keluarga anak2 yatim dan anak2 Hidayah Madrasah Al-Taqwa,Hulu Langat yang telah terkorban di kejadian tanah runtuh semalam..dari Allah kita datang dan kepada Allah kita di kembalikan.Allah lebih mengetahui.semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.
InsyaAllah. amiiiin

Akak buat triffle ni sekali dengan Nasi Ayam Goreng tengahari tadi.buat triffle sebagai hidangan pencuci mulut.maklum cuti2 ni biasanya en suami suka sangat bagi soklan2 cepumas.seperti tak ada apa nak makan ke?..takde dessert ke?..
Triffle ni akak buat dapat dua bekas mcm yg dalam gambar.memang dapat banyak dgn resepi Nor ni.sedang elok untuk akak seisi keluarga.
Resepi akak dapat dari rumah Nor,SecubitGaram hasil dari sekodeng rumah Nor mlm tadi..Nor, dapur Nor akak dah kemas,kalau masih bersepah jugak maknanya ada orang lain yang datang lah tu..hehe



PUDING TRIFFLES
by
anymz mykitchen
resipi : K.Hanieliza

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar
1 sudu teh serbuk agar2 ~ yg ni K.Nor tambah




Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk. (campurkan sekali serbuk agar2)
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

9 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Al-Fatihah kepada yang terkorban dalam tragedi nie.. Takziah kepada keluarga mangsa.

Akak... puding tu amat mengoda ler akak... tgk yg tinggal suku tu lagi... memang nak merasa gak puding nie tau akak.. nmpk sedaaap

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Salam kak...

kita pun wat puding gak ari ni..tapi akak punya memang nampak menarik

Treat and Trick said...

Amboi Anim, tergoda kak tengok puding ni, nak sikit boleh?

http://treatntrick.blogdpot.com

Yatie said...

Assalamualaikum K.Nim,
Baru tadi Yatie beragan nak wat puding triffle ni..tapi tak jadi sbb dah wat talam sagu berlapis...nah yatie bagi akak sepiring...suka tak...hehehehe...

Mak Qis said...

dah tinggal banyak tuh je e lagi ye kak...menda sedap gitu memang laku kan...

Naz said...

Kak Anim... Okey. kalau tak boleh hidang laksa masa datang umah akak, hidang yg ni pun tak pe..heheheee...

anymz said...

to Diana

buat cepat2 diana.akak dulu camtu le.rasa malas je nak buat akhirnya hah hambik kau..tak berenti2 makan.hehe


to naz

ooo ya ka?..sama lah kita kan?..jap lagi akak sampai rumah naz pulak.smlm tenet cokia betul.hangin je satu badan.


to Treat and Trick

boleh kak.apa salahnya...hehe


to Yatie

Talam sagu lapis yatie tu pun dah cukup menggoda akak tau.jap lagi kalau takde apa masalah akak pun nak melapis jugak.trm kaseh yatie dtg bertandang ada buah tangan.hehe


to Mak Qis

Yang dlm mangkuk dlm gambar ni da habis dah.mangkuk lagi satu tinggal suku je lagi.hehe


to Naz

alahai kalau takat nak hidangkan yang ini no pblm naz..lolap mato pun leh buek.hehe

CT Delima said...

As'salam Kak Anim

dah betangga2 resipi yang dok menunggu. resipi puding triffles ni dah terlepas lama dah. entah bila lah dapat laksanakan agaknya... hihihi

MamaFarhan said...

salam kak... ila cuba buat triffles ni tap x menjadi la... ermmm boleh x nk tahu mcm ner akak masak tepung kastard.. bila kita campur dengan susu panas tu dia jadi berketul2.. ingat dpt la makan utk ulangtahun perkahwinan hr ni... tolong yer kak