Saturday, 14 May 2011

Talam Mini Kacang

Assalamualaikum semua
Kembali kita bersiaran seperti biasa ya.Dah beberapa hari blogspot di landa tsunami..kecoh kita2 ni kan bila tak dapat bukak blog..dunia jadi sunyi sepi.bukan apa kita semua sudah biasa di hadapkan dgn rutin yang sama setiap pagi atau pun petang.

Kali ini akak buat kueh talam kacang hijau versi derhaka..minta mahap pada yatie puan punya resepi.tak derhaka kaw2 pun..sikit2 je..kali ni akak tak buat kepala santan untuk talam ni..akak guna kacang hijau bahagian bawah tu aje..
guna acuan kueh lompang.
kalau nak yang ada kepala, resepi boleh tengok di sini ya


talam mini kacang
by
anymz mykitchen
source:Yatie


Bahan2

3 cawan santan
cair
1 1/2cawan gula pasir-jika tak suka manis boleh kurangkan jadi 1 cawan
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
secubit garam
1 cawan kacang hijau-di rebus hingga empuk (separuh akak mesin separuh halus)
sedikit pewarna hijau

Cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau.kacau rata.Tapiskan
  2. Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
  3. Sapu acuan dengan minyak
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 30 minit/hingga masak.

sedap.

11 comments:

aima said...

sedap dan lawa ....

Yatie said...

Assalamualaikum K.Nim,
cantiklah buat guna acuan kecik2 ni...tapi nak mencuci bekasnya tu yg malas..hehehehe....terliurlah tngk talam kcng hijau akak ni..lama tak menalam...nak wat gaklah..bila eekkk..

izahdaut said...

kak anim.. tuko nama kuih... kuih lompang kacang ijo.. boleh gitu? hehehe.. akak.. ce bagi tips2 lain cemana nak bagi kuih ni tak lekat. saya guna acuan lompang, tapi melekat.ee geram tul..

kasihredha said...

wah akak menalam lagi...
tapi akak punya comel lah

Anna Qawina said...

kak nim..rasa dia tanpa kepala santan tu canne? ada liat2 ke lembut je ke? jimat santan nih..hihi

~Norul Mas Hana ~ said...

kak anim..nmpak sgt sedap...hijau lak tu...

Ummi said...

Anim, best nih...Ummi suka kacang ijooo..pasti akan buat nnt...thanks Anim rajin korek2 resepi Yatie tuh..hehehee...muaaahhh!

noorsafone said...

Anim..nampak sedap talam comel2 tu..rajim Anim guna acuan kecik2 kan..

CT Delima said...

Assalamulaikum kak Anim

Alahai..memang sedap! apa kata anak2 kalau makan kuih ni lembut lagi tambah sedap... hihihi

Kak anim kalau derhaka pun tak apa asal tak dilupa nak bagi pada tuan punya resipi seketul dua utk merasa.. hahaha. Lama juga ct tak menalam ni, bolehlah cuba jika ada kelapangan nanti..insyaAllah :DD

Uncle Lee said...

Hi Anymz, I love these. Ada lagi?
Nice colour too.
Okay, saya datang bring chopsticks, ha ha.
You are really good....I bet the kuih has a beautiful scent too.
Have fun, and stay young.
Lee.

Naz said...

Assallamualaikum kak Nim..
Wah terlewat bg komen ni...heheheee..Lepas blogspot demam ari tu, cam malas jer nak mengupdate blog..

Ni talam versi kak nim ni...Lapisan putih tak der ye kak...Takpe2 kurng penggunaan santan..heheheee