Tuesday, 24 May 2011

Oreo Cheese Cake Lagi-HAPPY BIRTHDAY

Assalamualaikum

Alhamdulillah berkesempatan jugak akak membuat oreo cheese cake untuk Ainul bawa ke sekolah..Hari ini harijadi Ainul yang ke 15 tahun di kongsi bersama abangnya yang sulong Mohd Azfar yang menyambut harijadi nya yang ke 26 tahun pada hari ini..Ainul mintak akak buat oreo cheese cake buat sahabat baiknya Nysa yang akan menyambut harijadinya pada hari esok 25 hb..seronok ada kawan baik yang boleh di kongsi hari bahagianya bersama2 kan?
Akak dah beberapa kali buat cheese cake..Boleh rujuk di SINI.cuma kali ini akak buat dalam acuan cup cake untuk memudahkan Ainul bawa ke sekolah dan berkongsi bersama sahabatnya itu..

Oreo Cheese Cake
by
anymz mykitchen
source:buku Pn NorAini Zakaria


bahan kek

250gm krim keju
250gm krim putar
80gm gula castor
60ml air
15gm gelatin halal
3 keping biskut oreo di ramas kasar

cara membuat

sediakan tin 7" jenis 'loose tin' yang boleh di buka di bawahnya.
Biskut: Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut oreo dan di gaul rata.Tekan pada dasar acuan hingga padat.sejukan dlm peti ais selama 30 mint.

Kek:Pukul krim putar hingga kembang dan pekat
simpan dalam peti sejuk sebentar.

Dalam bekas lain,pukul krim keju,krim biskut oreo dan gula castor hingga kembang dan berkrim.
Panaskan gelatin dan air hingga cair.setelah sejuk tuangkan gelatin dlm adunan keju dan di pukul sebati.
masukan krim putar yang telah di pukul tadi dan pukul sebentar saja.
Biskut oreo yang telah di ramas kasar di masukan dalam adunan dan di gaul rata,
Tuangkan atas lapisan biskut oreo yang telah keras.
simpan dalam peti sejuk selama 5 jam.



lain kali kena penuhkan





Mohd Azfar dan NurAinul Hanis semoga Rahmat Allah sentiasa bersama mereka.Semoga panjang umur,di murahkan rezeki dan di tetapkan iman..semoga kalian menjadi anak2 yang bertaqwa dan memperolehi kebahagiaan di dunia ini dan jugak di akhirat nanti.amiiin




18 comments:

Naz said...

Double happy birthday utk anak2 kak Nim: Azfar dan NurAinul Hanis.. Semoga segala doa ibunya dimakbulkan Allah..

Best arrrrr tgk kek akak tu.. Senang tak buat nye.. Kalau senang nak suruh buat ni bila nak dtg umah akak hehehehe

Zaliedana said...

Assalam kak nim,happy besday ya utk anak2 akak,moga mnjadi anak yg soleh n solehah,selalu mmbahagiakan ibu n bapa,berjaya dunia n akhirat..Sedapnyer kek,untungnyer dpt mak pandai n rajin masak..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Semoga Kak Nim sentiasa gembira di samping anak2.... tapi kek oreo ni memang favourite kat sini

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
Happy Birthday buat Mohd Azfar dan NurAinul Hanis... Moga d pjgkan umur.. sihat tubuh badan.. berjaya selalu dan sentiasa d rahmati Allah S.W.T.. Amin..

Akak.. sedapnya kek tu akak.. nak sepotong .. ada lg x? hehehe

Nieza said...

happy birthday buat anak-anak kak Anim...semoga menjadi anak yang baik dan dirahmati Allah selalu...insyaAllah...
btw sedap tgk oreo CC tu kak...dah lama berpantang tak mau buat CC ni tapi tgk CC akak dah tergudala...mcm mana nak mendietkan diri ni...hehe

anymz said...

to naz
terima kaseh naz..insyaAllah amiiiin
doa ibu selalu makbul kan?..

kalau buat versi ni senang naz..tak payah nak hancurkan biskut tu.ambik sekeping letak je dlm bekas cup cake tu terus letak cream cheese di atasnya.
boleh..apa salahnya.janji calling2 dulu sebelum dtg.

anymz said...

to zaliedana
alhamdulillah terima kaseh siti..semoga di makbulkan..insyaAllah...

anymz said...

to nazrah
terima kaseh nazrah.oreo ni memang kesukaan anak2 kan?tapi lemak tebal betul.huhu

anymz said...

to nazrah
terima kaseh nazrah.oreo ni memang kesukaan anak2 kan?tapi lemak tebal betul.huhu

anymz said...

to Diana
wualaikummussalam

terima kaseh dan amiiin atas doa itu diana.semoga di makbulkan.
kek ni memang sedap..kesukaan anak2 ni.tapi kita yg tua ni kena control sikit..

anymz said...

ti nieza
terima kaseh nieza dan amin atas doa itu.

tu la pasal nieza.tak tahan dgn lemak cheese yang tebal dalam oreo cheese cake ni..tapi nak buat mcm mana.dah permintaan anak..terlajak jugak akak makan satu dua,mungkin tiga..hai entahlah...*sigh*...

ijayuji said...

Salam kak anim! happy besday buat abg n adikkkk dah besar ank akak! lebih kurang kita jerrr :D semoga menjadi ank yg soleh n solehah n berjaya dunia akhirat insyaAllah! nak kek! ada lg tak kak? :D dtg lmbt tayar pancit :D

kasihredha said...

Amin..amin YRA.
Happy birthday ainul & azfar.

Best cake tu kak ..sure anak2 suka kan :)

Mas said...

happy birthday untuk mohd azfar dan nurainul hanis...
moga menjadi anak2 yg soleh dan insan yang berjaya dunia dan akhirat...

akak...bestnya tengok kek tu...

anymz said...

to ijayuji
maceh ika for the wish..eh kalau dah lebih kurang je umurnya tu mesti muda amat ika ni ya..kikiki

anymz said...

to kasihredha
memang diorang suka sgt2 kek ni kak..

thnx for the wish kak..insyaAllah amin

anymz said...

to mas
insyaAllah aminnn atas doa mas tu ya.

kek ni memang sekejap je dok lam esbok tu mas.cepat laku.

... said...

amiiin juga.

sweet nya mak du'akan anak2.. du'a ibu itu sungguh didengariNya