Monday, 23 May 2011

Masak Tempoyak Ikan Kembong

Assalamualaikum semua

Menu ni akak dah terlupa masak hari apa.tapi cara akak masak akak ikut kawan yang tinggal berdekatan dgn rumah akak ni yang berasal dari Temerloh.masa en suami bawak lauk ikan patin masak tempoyak dari Temerloh tu hari,en suami beria2 menghirup kuahnya dek kesedapannya..apa tak sedap,1 keping ikan patin tu berharga RM30.mahai sungguh.meh kita tengok resepi yang luar biasa ni ya.en suami kata sebiji macam yang Temerloh tu punya..hah!..yo lah tu bang.kekeke... tu kat tekak cik abg akak lah ya..akak kata luar biasa sebab rasanya sedap tapi tak ada bawang langsung.
Akak guna ikan temenung je sbb ikan patin kat sini akak tak jamin sedap..takot membazir.sayang tempoyak tu nanti.(kes kedekut tempoyak lah ni)


Masak tempoyak Ikan Kembong
by
anymz mykitchen


bahan2

5 ekor ikan kembong yang bersaiz besar-di bersihkan dan di toskan-akak guna ikan saiz sedang2 je
2 batang serai*
20 biji cili padi*
kedua2 bahan bertanda * akak kisar sekali dgn air hingga hancur
2 atau 3 senduk tempoyak
4 batang daun kesom
bunga kantan jika suka-tapi akak tak letak sbb takde stok
sedikit garam
sedikit gula-jika perlu
2 keping asam keping-jika perlu
air

cara

Sediakan air agak2 tenggelam ikan
Masukkan tempoyak,cili padi dan garam
Jerang hingga mendidih
Masukkan ikan,daun kesom
Masukkan sedikit gula jika perlu
Jika kurang masam masukkan asam keping
Rasa masak asam tempoyak mestilah ada rasa2 manis,masam dan masin
Jerang hingga mendidih dan sehingga ikan masak
Bila sudah sebati rasa2 itu tutup api dan hidangkan



*Akak blend serai sebab rasanya sekata.sedap.
menurut akak yang berasal dari Temerloh tu,mak dia buat memang langsung tak guna bawang.
betul lah memang sedap rasanya.kalau korang buat tak sedap,bukan salah akak lah tu yo..


11 comments:

izahdaut said...

a ah kak nor. mak saya buat gulai masam tempoyak memang tak letak bawang. memang pure la rasanya. dapat ikan sungai memang best la sangat dengan manisnya semua cukup. kalau letak timun kuning ni lagi la... waduhhh sedap bangat!!

izahdaut said...

alahaii.. silap lak.. kak nor? ala..kak nim pun kak nor jugak kan.. hahhaa.. ni gara2 baru lepas tengok kuih dadar zebra kak nor la ni tadi.. hehehehhe..ampon kak nim

anymz said...

to izahdaut

majuk arrrrrrrrrrrrrrrrr.

seb baik pangkal nama akak pun nor jugak..ada gak yg panggil akak nor tapi rasa sopan sgt nama tu pd akak..hehe

kasihredha said...

fuhh...tengok menu akak di pagi hari, rasa nak terus lunch.

Kat rumah byk tempoyak...nak kena buat mcm kak anymz buat ni.

Biasanya buat tempoyak masak yg taruk macam2 pucuk tu.

Ummi said...

Assalam Anim...sedapnya ikan masak tempoyak...tp Ummi kalau masak ni mst guna ikan patin or ikan kerai...hehee... Mmg betul caranya kalau ikut style org sebelah Temerloh or Pahang, masak tempoyak mmg x perlu bawang merah sume tuh...nnt jadi lg maung. Ummi pun masak camtu..tu yg buat si Hana ngencess masa ngandung kat Darwish dulu dan serbu rumah masa blk bercuti dulu tu..hehe...

cik cek said...

Salam Kak NIm....

Cek dtg nak ngendeng ni....ado lagi ko....mak ai sodap aee....makan ngan nasi paneh....fuuh...menamboh2 nasi ontah berapo pinggan la pulak kang...he he :)

Diana @ Melley Mey said...

akak... dia x perna lg makan tempoyak.. :D. suatu hari nnt nk try makan gak... sedap yer akak..

lanung5566photography said...

lapar pulak rase....

Yat Maria said...

Kak Anymz

ishh akak..kita tak pernah umur makan tempoyak...mungkin kalo dah camour wat lauk, bule gak kita try..tak taw arr rasa dia cam mana..

Mas said...

akak....puk mek ijah tu sikit...kikiki....

terliur betoi tengok kembung masak tempoyak tu...
sedappp...

Uncle Lee said...

Hi Anymz, datang sini macham kena torture! Ha ha. I da lama, I think 25 years ta'makan ikan kembong.
As well cooked this way.
Ini da guarantee tiga pinga lichin....tali pinggang pun kena longar kan, ha ha ha.

I can just imagine the beautiful wangi scent....sedap best tu.
This ikan plus your famous sambal belachan....habis cherita! Nak drive kereta pun susa, perut in the way, ha ha.
Anymz, you are good!
Have fun and keep well.
Lee.