Thursday, 26 May 2011

Kek Oren Berdadih

Assalamualaikum
Terlebih dahulu nak ucapkan ribuan terima kasih pada Ummi yang sudi mencuba talam mini kacang.Bukan lompang kacang ya izahdaut.hahaha..
Kenaikan traffic yang tiba2 telah membuat akak menjadi musykil,..why?why?.. rupa2nya sifu masak2 kita ada dok mengintai2 ke sini..

Okay kali ini akak mencuba resepi yang akak ambik dari majalah jelita keluaran tahun 1997..
Rasa2nya kek versi gini dah selalu buat kan..?

Akak sebenarnya terpikat pada gambar kelembapan kek yang ada dalam majalah tu.tapi akak tukar dadih ke yogurt.cadangan sebenarnya nak buat apam yogurt yang femes tu tapi bila tgk kek ni langsung takleh blah betul lah..terus akak godek2 mixer dan bako aje..alhamdulillah memang sedap dan tidak menghampakan langsung cuma kalau korang nak buat lain kali kurangkan gula nya ya.dan juga kalau rakyat tak ramai tu elok lah buat setengah adunan je..

kek oren dadih
by
anymz mykitchen
source:majalah Jelita 1997




bahan2

250 gm mentega
400 gm gula kastor-lain kali kurangkan ke 300 gm
2 camca teh serbuk parutan oren
1 camca besar oren sunquick-akak tambah
6 biji telur
1/4 cawan tepung berserbuk penaik
370 gm tepung
166 ml dadih-akak guna yogurt asli



cara

Putar mentega bersama gula kastor,parutan oren dan oren sunquick hingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji,putar lagi hingga ia kembang dan sebati serta agak pucat.
Masukkan tepung berserbuk penaik bersama tepung gandum berselang seli dengan dadih.
Putar sebentar hingga ia sebati.
Ratakan adunan di dalam tin bakar pilihan yang di lengser dengan sedikit mentega dan di tabur sedikit tepung gandum.
Bakar ia pada suhu 160 selama 1 hingga 1 1/2 jam.


18 comments:

ijayuji said...

Salam kak anim!!! nak kek gempa bumi kat bwh tu 2 potong nak kek oren berdadih ni 2 potong jugak :D aduhhhh pening kepala kita byk no resepi yg nak dibuat niiii sampai kdg tu kan satu hari mcm blurr terus sbb tgk list byk sgt nak kena buat! semalam buat kuih tlama akak tu tp ada kejadian sikit timbang kita menggong! sukatan silap :-( geram betul! nak buat lagi tp stok skipy kita dah abis huh!

kasihredha said...

cantik2...
mana sedap dengan kek gempa bumi semalam kak?

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

hmm...yogurt banyak tu kat umah kita..nanti nak cuba...jgn jadi gempa dah lahh

Sheila Shafeareen said...

Salam kak
wooo ada kek oren dadih mmg sdp tu letak yogurt rasa lemak gitu..resepi lama tu 14 thn...leh try ni..pe pun dtg dulu rmh akk nak rasa 5 potong

izahdaut said...

moist tak kak nim kek ni. ke sedang aje.. eh bukan lompang ye? kuih talam ye. hikhik

anymz said...

to ijayuji
ika,kalau nak kek gempa bumi tu semua pun takpe.ko ambik je lah..akak bagi pree jerk.siap post kan lagi kalau ko nak..hehe
Tapi kek oren ni betul2 boleh ambik dua ketul.ngam2 je nih..

anymz said...

to kasihredha
kek ni memang sedap..lagiiii sedap dari kek gempa bumi tu..tapiii kan..kalau kek gempa bumi tu menjadi..kek tu lah lagi sedap sebab ada cheese..eh!semua sedap lah kak.hehe

anymz said...

to nazrah
boleh cuba.senang dan sedap.anak2 suka betul

anymz said...
This comment has been removed by the author.
anymz said...

to sheila
try lah sheila..tak rugi mencuba kan?
akak memang suka kek yang ada rasa oren ni.tak muak makan.

anymz said...

to izahdaut
bila ko bagi akak soklan cepat2 akak jawap zah..takot ko merajuk lagi.huhu

Ni.kek ni memang moist.mungkin sebab ada yogurt dan tambah dgn kandungan telur yg banyak kot..apa2 pun mmg sedap lah pd tekak akak..kalo tgk cik abg laju je menyuap tu kira sedap sgt lah tu kan?..

Ayu said...

Assalam kak anim,
wah kalau nak makan kek ni kena catu ya kak..sebab boleh sepotng 2 aje ..heheh mesti sedap ni..kalau gitu..ada rasa macam sicilian oren cake tu tak kak?..

anymz said...

to ayu
sshhh..takmo cakap.nak tau rasa kena cuba sendiri..hehehe..kejam tak akak?..

mmmm...dah lupa macam mana rasa sicilian cake tu lah ayu..kek ni rasa lebih lemak dan lebih moist..mungkin yg sama dgn sicilian tu sebab ada rasa oren..eh!..betul ni tak lawak..

TopsyTurvyMum said...

Wahh..bagus kak anim...
keluarkan balik resepi lama2..

yang gempa bumi bawha tu pun saya nampak tetapp sedappp!! babap maid tu basuk acu dgn berus dawai..

CT Delima said...

As'salam kak anim

wah..mesti semerbak keharuman oren ditambah dengan rasa yogurt tambah sedap kan kak.

Umm Mymoonah said...

Soft and delicious looking cake, love the texture of your cake, perfect.

norlie said...

nampak sedap ni..

Zaliedana said...

Kak nim,amboi skang nih rajin betoi menalam n mengekek..Eh masak lomak xdo ko..?Hihi..MEH LA CIKIT KEK DADIH NAk rasa,HUHU..