Wednesday, 25 May 2011

Kari Ikan ala India

Assalamualikum semua.
Ini entri selingan sebenarnya..saja letak buat rujukan anak2 di masa akan datang..
Akak buat kari ni hari rabu lepas.ambik resepi dari rumah mamahawa,dari s'pore.hawa ambik dari rumah ayu dan CMG.kita panjang2kan lah resepi yang simple tapi sedap kan.
selalu kita masak kari main suka2 letak apa2 kan..bila nak masuk resepi dah kacau bilau jadinya..jalan mudah untuk rujukan anak2 kita kopipes je dari rumah sahabat2..resepinya aje kan?..gambar nya gambar yang kita masak lah..hehe


Kari Ikan Ala India
by anymz mykitchen
source:CMG
mamahawa



Kari Ikan Ala India

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka-akak guna ikan tenggiri
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)+mam tambah serbuk cili,akak pulak tambah 1 mangkuk kecil cili kisar
  • 3 camca besar rempah kari ikan (mat guna rempah "babas"+(Ayu tambah 3 sudu besar lagi sebab nak banayk kuah)-mama pun-akak juga
  • BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)-akak guna talippu.
  • 2 tangkai daun kari
  • BAHAN2 LAIN:-
  • 2 keping asam gelugor+(Ayu tambah 1 keping lagi)- mama ltk asam jawa-akak pun letak asam jawa
  • 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak-(mama gunakan bendi)
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)-mama x letak tapi akak letak
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)-akak guna 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus
  • 1 biji mangga muda-(Ayu tambah) - akak letak bendir


Cara-cara
  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.



7 comments:

Mas said...

akak..kari gini memang laku kat rumah mas tau...
meh semangkuk...boleh buat lunch..he..he..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

macam lauk kat E&O jln kuching tu jer la...pasti umppp

Kak Rose said...

alamak kruk krak perut tengok kari ikan tu... dapat ratah bendi tu lagi best!

Zaliedana said...

Kak nim,amboi rajin masuk n3 rini,berdezup ajer..Xdan nak ngejor..Eh mnta kari semangkuk,nak cicah roti..hehe..

cik cek said...

kak Anim....

WaH! Kari Ikan lak...laponya perut...dah berdendang keronchong utk ana ni....sedapnya dapat makan ngan nasi panas2 ni....:)

Ayu said...

Assalam kak anim,
walawei..ada kari ikan, kita nak minta kuah semangkuk besor ada lagi tak ni..boleh buat cicah dengan roti prata, kecurnya!!!...kita nakkk..

CT Delima said...

As'salam kak anim

kak lauk kari2 gini suami dan ank2 sukalah. Kalau ct memang tak makan kari kak, jadi kena tukar dengan rempah kurma lah.. hahahaha