Saturday, 14 May 2011

Masak Lemak telur Asin

Assalamualaikum semua.
Maaf hari ini gambar agak kurang sesuai kerana photographernya adalah akak sendiri.masih amatur merangkap malas nak belajar..photographer yang agak pro sudah ke tempat tuition.sebaik aje lauk ni masak akak cuba main2 dgn camera dan terus snap dgn harapan gambar2nya akan menepati citarasa orang ramai..kira okaylah ni ya..

Pernah dengar menu ini?..
Biasalah mesti korang dah pernah makan kan?..akak dapat menu ni dari kak Erna yg sekarang ni sudah bergelar Acik Erna pulak dah.,beliau merupakan kakak saudara akak..cantik kan kak Erna tu..macam mana dalam gambar macam tu lah orang yang sebenarnya memang awet mudo..hehe
Kalau korang nak buat masak lemak telur asin ni mesti ambik telur asin yang di rendam dalam air tu ya.jgn beli yang ada salut2 hitam tu.nanti tak jadi..kalau dapat telur yang baru di rendam lagi elok..hati2 ya,telur ni masin jadi jangan letak garam dulu.rasa2 lah dulu ya.
meh layan resepi..seperti biasa..tak ado bawang,sorai bagai...silakan makan ya..gulai letak dalam mangkuk pree sabun daia...cantik pulak akak tgk mangkuk pree nih..hahaha



Masak Lemak telur Asin
by
anymz mykitchen

bahan2

5 biji telur asin -yang di rendam dalam air.
25 biji cili padi-di tumbuk
sedikit kunyit hidup-di tumbuk
3 cawan santan pekat-tinggalkan setengah cawan sebagai pati
1 1/2 cawan air
sedikit garam jika perlu-akak tak masukan
asam keping-jika perlu-akak masukan 2 keping.

cara

sediakan periuk
masukan santan pekat dan air
masukan cili padi dan kunyit hidup
masukan sedikit garam
Jerang dan kacau selalu hingga mendidih
pecahkan telur ke dalam piring kemudian masukan ke dalam santan yang sedang mendidih
masukan pati santan
kacau dan jika terlebih masin masukan asam keping.
dah masak sedia untuk di hidangkan

8 comments:

Mas said...

akak..sedappnya tengok masak lemak tu...
akak guna telur masin yerk...
mas tak pernah try lagi guna telur masin...,
boleh cuba nanti...

fara dean said...

terliurnya melihat lauk itu...

izahdaut said...

kak nimmm..
semangkuk......
nak jugaaakkk

kasihredha said...

kak erna tu sedara akak ke? ooo baru tahu.
Akak thanks kasi resepi ni...belum pernah cuba.
nanti kalau dah try ...akak upload gambar tayang kat akak ye...hihihi

selamat berhujung minggu kak...
love u

anymz said...

to mas
ya mas,telur masin.cuba lah
sodaaaap


to fara dean
nah sebiji.da habis.buat pun 5 biji jerk.hehe


to izah
ko tak reti2 mintak sebiji je ke jah..mintak sampai semangkuk.bini sape lah ni ya.hehe

anymz said...

to kasih redha
ya kak..kami bersaudara.nenek kak erna tu dgn nenek akak adik beradik..hehe

cuba buat..memang sedap.ada kelainan sikit..

love you too.
mmmuaaahhh

Riky Darmawan said...

Halo, tipsnya lengkap dan bermanfaat. Ada varian telur asin lain lho, telur gurih atau telur asin bakar, kalau penasaran bisa coba order telur asin bakar nya, rasanya gurih dan aroma bakarnya juga sedap.

Ini webnya: www.JualTelurAsinBakar.com
Kontak: Bpk. Miko Raharjo
HP/BBM: 0838.3132.4892 / 280e27a8
Email: telurgurih@yahoo.com

mebel simo city said...

jual telur puyuh