Friday, 27 May 2011

Talam Sagu Berlapis

Assalamualaikum
Hari ini terlewat akak bersiaran.
Sibuk di dapur sebab ada projek yang nak di jalankan hujung minggu ini.
Sepatutnya akak masukkan entri ini dua hari lepas..tapi sampai hari ini akak tak tau kenapa hanya gambar yang satu ketul ni aje yg dapat di upload..entah di mana silapnya akak tak tau lah..Gambar yang ini pun ambil masa dekat sejam baru dapat.. hadoii!! ... loteh den.nak ambil gambar sekali lagi kueh nya pulak dah tak ada..internet bermasalah ke?...tak tau lah ek..?

Dah ramai yg buat talam ni.sedap kan?..
Terima kaseh kak wan dan yatie atas resepi talam yang sedap ni..tak sempat akak nak BW..lagi.insyaAllah mlm2 ni kalau ada masa akak jln2 ke rumah u all semua eh..mmmmuuuaaahhhh


Talam Sagu Berlapis
by
anymz mykitchen
Source:YATIE
source:KAK WAN


Bahan-bahan
  • 80gm sago (saya guna 100 gm)
Bahan A
  • 230gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi / tepung sagu
  • 400ml santan pekat KARA
  • 350ml air
Bahan B
  • 350gm gula
  • 300ml air
  • 3 helai daun pandan
Loyang 9" empat segi


Cara

  1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
  2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
  4. Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.(Saya letak pewarna kuning)
  5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
  6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
  7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
  8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.

17 comments:

Mas said...

akak..mas nak talam tu...
sedappnya tengok.....
cantik talam tu warna warni..

Sheila Shafeareen said...

salam
kak tumpang rasa3 ketul kita punya dah lama habis hehe lawa warna oren atas tu

HaSue said...

projek ujung minggu yerrrrr...huhh...*lestik kak nim ngan lestik cicak!

meh tuko2 kuih tradisinal nih ngan kek moden mehh...mkn ciskek bg akk gemuk sket..ekeke

Yatie said...

Assalamualaikum K.Nim,
Waduh cantiknya kuih talam akak..terliur je tngk....ingat esok nak buat lagi sbb nak bawa balik kampung...yatie nak rasakan mak dan adik beradik....diaorang dah tak sabar nak rasa....yatie pun mmng suka sangat kuih ni..

Kak Rose said...

sama kaler talam kita ya anim... cantik dan sedap lak tu!

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

bertingkat tingkat..dah dua tiga hari tengok kuih ni...tak leh jadi ..nak kena buat gak...

ijayuji said...

Salam kak anim! kita kan dah pergi kedai 3 kali dan 3 kali tu jugak kita lupa beli sago :D bila dah balik umah baru lah tersedar! ahahaha... nmpknyer ari ahad nanti ler beli sbb nak belanja esok duk kat umah maals nak kuar2 :D terliur betul tgk!

anymz said...

to mas
boleh panggil talam warna warni gak kan mas kan?..kan?..hehe

anymz said...

to sheila
tumpang rasa seketul je sheila..tak cukup..hehe

anymz said...

to hasue
hahaha..meh lah join akak hujung mggu ni sue.nanti akak kirim tiket kapalterbang..hehe

anymz said...

to yatie
salam kembali yatie..waah!beruntung mak yatie dapat anak rajin buat kueh talam camni..mesti diorang suka kan?..selamat bercuti ya yatie..

anymz said...

to kak rose
ooo..kak rose pun buat kueh talam gak ke?..sedap kan?

anymz said...

to nazrah
meh buat meh..sedap ni..rugi tak cuba.

anymz said...

to ijayuji
hahaha..ika kena letak reminder dalam fon tu baru leh ingat..kalo tak harus berkali2 ke kedai pun tak beli2 gak sagu tu nanti.

Nieza said...

amboi kak anim cantiknya talam akak tu..warna pun cun...mkn sure ler sodap ni..bila lak nk sampai dapur saya ni yer....hehe

Lady of Leisure said...

aduiiii cantiknya talam kak anymz ni, saya pulak nak makan.. lady baru mula nak masa skit2 je ni kak hehe.. rindu nak masuk dapur yang sebenarnya.

Naz said...

Kak nim, cantik je kuih talam akak tu. Mmg best kuih ni kan kak.. Naz pun x smpt BW.. tgh bercuti ni.. X dpt ngadap komputer...