Sunday, 22 May 2011

Nasi Ayam goreng

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah.bertemu juga kita di hari minggu yang sunyi ni..seperti biasa rakan taulan blog memang selalu menyepikan diri..ini termasuk lah pada puan tanah ni hah..hari ni sebab takde hal di luar,jadi elok je lah puan tanah dok kat rumah dan bereskan apa2 yang patut kan?
Ini lah menu makan tengahari kami sekeluarga hari ini..
Resepi akak ambik hasil skodeng dari blog kawan baik di alam maya nor,secubit garam..nor ambik dari ika,mek siam,ika pulak ambik dari rumah kak cik manggis..fuuhh..!..jauh berjalan resepi nih.alhamdulillah semoga di berkati pada yang empunya resepi..terima kaseh banyak2 atas resepi yang sungguh sedap..cik abg makan sampai tak hengat..lain kali boleh buat lagi..
Akak cNp resepinya dari dapur nor di sini buat rujukan di masa akan datang.terima kasih semua dan selamat menjamu selera dan semoga bahagia di hujung minggu....



Nasi Ayam Goreng
by
anymz mykitchen



Bahan-bahannya:

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.

boleh juga sediakan kuah sup dan sos pedas macam kita makan nasi ayam yang biasa tu.
Akak tak buat.rasa malas pulak.maklum hari minggu..rasa nak berlingkau je ateh katil.
cuaca sejuk pulak tu.


15 comments:

kasihredha said...

yang penting suami suka kan kak :)
kak bangun kak, jgn duk berlingkau kat katil je....masak le apa2 kuih unk petang nanti...hihi

anymz said...

to kasihredha
yap.betul tu kak.yang penting bila kita masak,suami suka.rasa berbaloi2 kan?
eh!dessert dah masak sekali dah tadi.esok baru post kan entrinya.hehe

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

WOW..best nya makan tengahari ni Kak.. lebih lebih lagi time cuti..

cikmanggis said...

baru lepas makan tapi bila nampak nasi ayam goreng ni terus lapar balik:)

Cendana Kasih said...

bestnyer ada nasi ayam goreng..anak bujang saya slalu request nasi minyak cenggini..lauknya plak mesti ayam..

nuwairani ismail said...

kak anim! dah 2 entry hari ni sy nmpk yg buat nasik ayam goreng ni..mcm nk kene buat jugak je...

Mas said...

kak anim....peberet family mas nasi ayam goreng ni...
dah banyak kali mas buat...
macam kene buat lagi jerk...
lama dah tak buat...
jadi teringin balik lak..kikiki

izahdaut said...

memang best ni...
dah 2,3 kali buat jugak dah nasi ni...lama gak tak buat.
kak nimmmmmm.. nak sepinggan. ayam tang banyak daging ek

anymz said...

to nazrah

ya betul.kalau masa cuti buat masak2 cenggini sedap kan?mudah dan sedap.hehe

anymz said...

to cik manggis

terima kasih atas resepi yang mebaeles nih.

anymz said...

to cendana kaseh

anak2 ni nakkan ayam je lah norma kan?..anak2 akak pulak lebih suka makan lauk pauk kampung..masak lomak dsbnya

anymz said...

to cendana kaseh

anak2 ni nakkan ayam je lah norma kan?..anak2 akak pulak lebih suka makan lauk pauk kampung..masak lomak dsbnya

anymz said...

to nuwairani
ha'ah akak pun ada nampak gak..kat rumah azlita pun ada kan?

anymz said...

to mas

akak pernah buat duluuuuu mas..dah lama sgt dah.ikut resepi bekas isteri Tun Musa Hitam.dia keluarkan kat majalah saji.tapi dia guna banyak daun ketumbar.pun sedap gak.
yang ini lagi sedap sbb ada rasa kari..huh..tak cukup sepinggan.hehe

anymz said...

to izahdaut

lain kali kalau buat.calling2 akak ya..nak rasa air tangan izah pulak.hehe