Monday, 7 March 2011

Kuih Talam Kacang Hijau lagi??



Assalamualaikum semua
Haha..jgn terperanjat tengok kak anim post resepi yang sama dalam masa yang tak sampai seminggu..ini semua gara2 kes akak tak puas hati sebab akak terlupa nak letak pewarna hijau dalam adunan bawah kuih talam kacang hijau ni tempoh hari..
Dan hari ni di sebabkan akak akan ke rumah ibu mertuaku maka akak ulang buat kueh talam ni dengan hati yang penuh bangga kerana akak menjadi menantu mithali dengan membawa buah tangan apabila berkunjung ke rumah MIL..hahaha..sila jangan menyampah dgn statement ini ya..tapi akak ubah sikit dgn masukan adunan ni ke dalam acuan lompang.buat izahdaut,jgn lupa sapu acuan dgn minyak dulu dan tunggu biar sejuk barulah keluarkan kueh ini dari acuannya..
bila letak dalam acuan lompang macam ni baru lah terliur anak2 akak tengok..


kueh talam kacang hijau
by anymz mykitchen
source YATIE
Bahan Lapisan Bawah:

*3 cawan santan cair + sedikit garam
*1 cawan gula pasir
*1 cawan tepung beras
*1 cawan kacang hijau (rebus lembut dan mesin jgn halus sgt)
*2 sudu makan tepung jagung
*sedikit pewarna hijau

Cara Menyediakan Lapisan Bawah:
  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang hijau. Kacau rata. Tapiskan.
  2. Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit/hingga masak.


Bahan Lapisan Atas:


*3 cawan santan pekat
*1 cawan tepung beras
*1 sudu teh garam halus

Cara Menyedikan Lapisan Atas:
  1. Gaulkan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas api yang kecil supaya adunan tidak berketul-ketul. Bila agak pekat sedikit, tutup api.
  2. Bila lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu.
  3. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas tadi perlahan-lahan ke atas lapisan kacang hijau.
  4. Kukus lagi selama 25 minit/hingga masak.

Saturday, 5 March 2011

Apam Balik

Assalamualaikum semua
Masa entri ni ke udara akak sudah pun berlepas ke Pasar Tani..ada sesiapa nak kirim apa2?.
Mulanya plan takmo pergi tetapi memandangkan minggu depan sekolah sudah mula bercuti dan akak pun akan memulakan percutian jadi terpaksa lah akak gerak jugak hari ini untuk memenuhkan stok dalam freezer tu.
Resepi akak ambik dari rumah hana yang sedang bersiap2 nak balik ke mesia..terima kaseh hana atas sumbangan resepi..bagi akak apambalik versi ni lebih berasa seperti pancake tapi cukuplah bagi para perantau yang berada di luar sana untuk melepaskan rindu pada apam balik.ya tak hana?
Apa2 pun meh tgk resepi sebagai rujukan di masa2 akan datang.



Apam balik
by anymz mykitchen

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum-SRF lebih baik
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning-
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar + akak tambah sedikit jagung dlm tin utk tabur

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!








Friday, 4 March 2011

Masak Lemak Sotong

Assalamualaikum
Mintak ampon pada izahdaut semoga dia tabah mengharungi hari yang berlalu hari ini..

Rasa2nya akak pernah post n3 ni suatu masa dulu tapi tak pasti..apa2 pun entri hari ni untuk memberitahu yang selain dari daging,udang,ikan,sotong jugak boleh kita gulaikan dgn rebung..untuk lebih menyedapkan lagi gulai ini kita boleh tambah dgn daun limau purut tapi sudah tak menjadi masakan pure org negori lah.. kalau mau pelbagaikan apa salahnya mencuba.betul tak?sedap memang sedap.tapi untuk entri hari ini akak tak letak sebab takde stok daun limau purut..di entri yg lain akak letak ya..




masak lemak sotong
by anymz mykitchen

bahan2

1/2 kg sotong size sederhana-bersihkan,buang hitam,cuci bersih dan toskan.jgn di potong2.tapi kalau sizenya besar elok lah di potong 2 atau 3.
16 ulas cili padi-di tumbuk-kalau tak makan pedas,boleh kurangkan
sedikit kunyit hidup-di tumbuk
1 paket rebung-keluarkan dari plastik dan toskan
1 keping asam gelugur
11/2 biji kelapa.ambil santannya dgn dua kali pusingan perahan.
kalau menggunakan santan segar beli santan segar Rm2 + 1 atau 2 cawan air mengikut kesesuaian kepekatan masing2.
1 batang serai-jika mau letak daun limau purut
garam secukup rasa

cara

letak sotong,rebung dan bahan2 tumbuk ke dalam periuk
renih dgn api yg kecil sehingga sotong dan rebung mengeluarkan air.
bila dah hampir kering airnya masukan santan,serai,garam,asam keping dan daun limau purut.jika kurang kuningnya boleh tambah sedikit serbuk kunyit.
jerang hingga mendidih.
dah masak tutup api dan sedia untuk di hidangkan.

p/s
jika tidak menggunakan daun limau purut tak perlu letak serai..



Kuih Talam Kacang Hijau

Assalamualaikum
Hah!!!!..ini lah padahnya bila tak tengok dan tak baca resepi tu betul2..habis tu bila org buat elok cantik ko compare lah dgn ko punya..apesal yatie buat elok je cantik hijau aku punya awat pucat je kaler dia..huhu..rupa2nya akak terlupa letak pewarna hijau..akak dah agak dah...masa dok blend kacang hijau tu hati dok berkata2,eh letak kaler ke tidak ,letak kaler ke tidak.kesudahannya akak terlupa terus..jadi beginilah rupanya talam kacang hijau akak pucat lesi tak bermaya..tapi rasa dia memang sedap..sesuai untuk kita buat sebagai buah tangan untuk majlis2 kenduri kawin ke,doa selamat ke...mekaseh yatie atas resepi yang enak ini..akak suka sebab tak lama lagi cuti sekolah..bila dah cuti tu faham2 je lah kan..banyak lah undangan walimatulurus dan kenduri2 cukur jambul dan tk lupa jugak kenduri doa selamat untuk menunaikan umrah..



kuih talam kacang hijau
by anymz mykitchen
source:YATIE


Bahan Lapisan Bawah:

*3 cawan santan cair + sedikit garam
*1 cawan gula pasir
*1 cawan tepung beras
*1 cawan kacang hijau (rebus lembut dan mesin jgn halus sgt)
*2 sudu makan tepung jagung
*sedikit pewarna hijau

Cara Menyediakan Lapisan Bawah:
  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang hijau. Kacau rata. Tapiskan.
  2. Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit/hingga masak.

Bahan Lapisan Atas:

*3 cawan santan pekat
*1 cawan tepung beras
*1 sudu teh garam halus

Cara Menyedikan Lapisan Atas:
  1. Gaulkan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas api yang kecil supaya adunan tidak berketul-ketul. Bila agak pekat sedikit, tutup api.
  2. Bila lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu.
  3. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas tadi perlahan-lahan ke atas lapisan kacang hijau.
  4. Kukus lagi selama 25 minit/hingga masak.

lapisan atas ni jadi nipis pulak..hadoi!!..tak kisahlah
janji en somi suka..


Thursday, 3 March 2011

Kari Ikan Pari

Assalamualaikum
Satu hari akak tinggalkan blog rasa sunyi sepi dunia...sebabnya tak dapat menyakat kawan main masak2 di sini..rindu arrrrr
Semalam akak memenuhi temujanji utk menghabiskan sesi INI yang ke4..alhamdulillah so far akak berjaya menurunkan berat badan, walaupun jiwa rasa terseksa pada mulanya apabila akak tidak di benarkan mengambil nasi selama 2 minggu.tanpa sokongan en somi memang payah akak nak mengharungi semua ini.sekarang akak sudah di benarkan mengambil nasi tapi dalam jumlah yang di benarkan..takpelah janji haku dapat makan nasi.huhu..tapi serious akak ckp,pd awalnya mmg terseksa utk selama 2 hari selepas itu kita sudah boleh get used to it.sekarang perut ni sudah tidak boleh menerima makanan yang berat2..automatic kita akan ke toilet.(wakaka... sila mencebirkan mulot anda ya)
Hari ni akak masak yg simple2 je dulu..resepi ambil di rumah CMG.maceh mat,kita share resepi sebagai rujukan anak2 di masa akan datang..

Kari Ikan Pari
by anymz mykitchen
source:CMG



BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram kepingan ikan pari
2 biji terung kari (bujur pendek berwarna unggu)-akak guna terung panjang yang biasa
1 biji tomato, belah 4
2 biji cili hijau, belah 2 tapi jgn putus
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh rempah kari ikan
1/3 cawan susu sejat "ideal"-akak guna 1/4 cawan santan
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 hirisan nipis lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca teh halba campur
1 hirisan nipis halia, hiris halus
2 tangkai daun kari

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari diperap dengan jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Terung di buang sedikit kulitnya, belah 2 setiap biji dan belah tapi jangan putus pada setiap belahan, rendam dalam air berisi sedikit garam. Rempah kari disatukan bersama bahan kisar halus, kacau rata. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan bahan kisar + rempah kari tadi, terus menumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 800ml), kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, asam gelugor dan juga terung. Masak hingga terung lembut. Perlahan kan api, tuang susu cair, kacau dan masukkan tomato serta cili belah. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih sekejap (jangan lama2, sebab guna susu cair) dengan api perlahan.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti. Kalau nak ganti susu dengan santan pun tak de masalah. Nak letak serbuk perasa pun ok, ikut kesesuian masing2 yeaa...

petai dari pokok sendiri
Ini kes nak berlagak dan sila menyampah ya.
wakakaka


makan petai dengan sambal tempoyak
sila telan air liur
jgn marah hah..


Wednesday, 2 March 2011

Brownies Mudah

Assalamualaikum semua..
serious cakap,mudah dan sedap brownies ni..cuba lah..
Akak cuma buat 1 adunan je tadi..ikut exactly yg hana bagi ni..memang dapat satu loyang comel je.sekejap je dah habis..lain kali bila rakyat dah ramai kena buat 2 adunan atau 2 kali ganda dari adunan di bawah..anak2 akak memang kesemuanya suka makan brownies,jadi akak tak perlu bimbang buat byk mana adunan pun..
terima kaseh kepada penyumbang resepi wssary@myR dan juga hana..
memang tak rugi mencuba..
simple dan sedap...



RESEPI BROWNIES MUDAH
Bahan-bahan
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional



Cara-cara

  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter-akak juga lsapu butter
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.

Tuesday, 1 March 2011

Kepah Goreng Berlada


assalamualaikum semua.
Tengah sibuk menghidang makan tengahari buat anak2 yang balik dari sekolah ya..
Hari ni akak masak simple je..kepah goreng berlada.hasil skodeng dari rumah Lady
Tak sempat nak menghias bagai kepah ni.nak cepat ni.(baik punya alasan kan).

Sekejap lagi nak keluar..ptg2 atau mlm baru akak dapat buat bw..
Jemput lah makan ya..jangan malu2..buat macam rumah orang..dah makan tolong cuci pinggan sendiri ya..


kepah goreng berlada
by anymz my kitchen
source:LADY


Bahan-bahan:
1kg kepah - bersihkan
1cm belacan - tumbuk
5-6 biji bawang merah kecik - tumbuk
2-3 biji bawang putih - tumbuk
3-4 sudu besar cili kering mesin/cili boh
2-3 sudu besar sos tiram
1-2 sudu sos cili
7-8 biji cili padi - diketuk
2 tangkai serai - diketuk
Daun kunyit - hiris setebal 1cm
Bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa




Cara-cara:
  1. Tumis serai, cili padi, bahan tumbuk dan cili boh hingga wangi dan naik minyak kemudian masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula.
  2. Masukkan kepah dan balik-balikkan. Bila hampir masak cengkerang kepah akan terbuka dan mengeluarkan air. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah dan akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.

Kueh Bakar Pandan

assalamualikum..
Mula2 nak bagi tau..seisi rumah akak ni bukan peminat kueh bakar yg tegar..makanya berhempas pulas akak memikirkan macam mana nak buat diorang suka makan kueh bakar..jadi akak bakar lah dlm acuan muffin ni,dgn gaya ala2 souffle..hehe..bila buat kueh bakar dalam acuan comel mcm ni,rasa dia sedikit berbezalah kan..kulit garing dan isi dia lembut sangat..dan rasanya memang hebat.resepi akak ambil hasil dari skodeng rumah mamahawa nuuuun jauh di spore..hawa pulak ambil dari rumah zana08/myR..haSue juga pernah buat sebelum ni.
terima kaseh kepada penyumbang resepi ya.




Kueh Bakar Pandan
by anymz my kitchen

Kuih Bakar Pandan - zana08


Bahan-bahan

* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula
* 1 cawan air pandan
* 1 cawan santan
* 1 cawan susu cair (sejat)
* 3 biji telur
* Sedikit pewarna hijau
* Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.





dulu2 bila buat kueh bakar,bila tgk hangus camni rasa seram tak menjadi je.
sekarang ni,memang sengaja di bakar garing .
bijan tu bukan hangus tapi dah nak sampai tempoh luput.kaler dia mmg dah sedia tak cantik.



Monday, 28 February 2011

Ikan Tenggiri masak lemak peria

Assalamualikum semua..
Oh!kakak2 dan adik2..sila jangan menyampah tengok entri hari ni..buat izahdaut nanti kita set pertemuan dan akan akak lambakkan segala menu pilihan masak lomak kesukaan ko.ya zah?.
Begitu jugak buat adik2 yg lain..jgn risau..insyaallah akan akak tunaikan..tunggulah blogger masak2 buat majlis makan2 ya..hehe(entah bila lah tu)
Entri ni sepatutnya akak post kan semalam.memandangkan semalam akak tak ada masa,lepas masak terus ke rumah adik ipar untuk menziarah PIL..sebab nak hantar lauk dan sedikit kueh.
Saja mau meringankan beban tuanrumah.maklum hujung minggu pasti ramai yg dtg menziarah kedua2nya..
Kali ni akak masak lauk masak lemak ni dalam kuali..


Ikan Tenggiri masak lemak peria
by anymz my kitchen

Bahan2

1 ekor ikan tenggiri size sederhana-di bersihkan,di cuci dgn garam dan asam jawa dan kerat ikut suka dan di lumur dgn sedikit garan dan serbuk kunyit.-ketepikan
25 ulas cili padi-ikut suka,jika tak suka pedas boleh kurangkan
sedikit kunyit hidup-tumbuk bersama cili padi
2 keping asam gelugur atau asam keping
rm 4(santan da naik harga) santan segar-anggaran 2 biji kelapa.-ketepikan 1 cawan
3 cawan air
3 sb air
3 biji peria-belah dan rendam dalam air bergaram
garam secukup rasa
2 ulas limau kasturi- di ambil airnya


cara

jerang kuali atas dapur
masukan ikan,cili padi dan asam keping dan kacau rata.masukan 3 sudu besar air.kacau
masukan santan dan air.kalau kurang kuning boleh tambah sedikit serbuk kunyit.
masukan garam.kacau selalu dan hati2 jgn pecah ikan
dah mendidih masukan peria dan rasakan garam..kalau kurang garam,boleh tambah.
kacau selalu supaya tidak pecah minyak
dah mendidih masukan 1 cawan santan yang sudah di ketepikan.kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga keluar sedikit minyak.
Akhir sekali masukan air limau kasturi.tutup api dan sedia untuk di hidangkan..



meh makan

Saturday, 26 February 2011

Asam Pedas Ikan Jenahak

Assalamualaikum semua,
Selamat Berhujung minggu ya semua..baru lepas layan hindustan ek?..best kan?..tapi cuaca panas sungguh kan?..
Takmo cerita panjang hari ni.saja letak post asam pedas dari org sedenak ni..sedap betul asam pedas org Johor ni tau..meh tengok resepi..sebelum tu mintak maaf ya mat.ada yang akak derhaka sikit2..alaa..sikiiiit je.hehe


asam pedas

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan sembilang, anggaran 3 ekor-akak guna 1 keping kepala dan 1 isi ikan jenahak
1 biji terung biru-akak guna bendir
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
1 1/4 cawan cili kisar
Garam dan gula (kali ni mat letak serbuk perasa...atas perintah yeaa)-akak guna 1 kiub pati ikan bilis

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas'
2 keling hirisan halia
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1 batang serai-akak tambah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kerat sederhana besar, cuci bersih dan perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan. Terung dibelah 2 dan potong serong setiap belahan, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, tambah cili kisar, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Tumis hingga cili garing, guna api perlahan. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan terung, kacau rata dan tuang jus asam jawa, masukkan daun kesom. Bila mendidih, rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Masak hingga terung lembut dan ikan masak. Boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....
asam pedas kali ni akak kisar sekali serai tu.
dan
tak sah kan kalau buat asam pedas kalau tak ada telur dadar?
dan
akak pun buat lah telur dadar cencaluk


telur dadar cencaluk.
resepi lihat Di SINI.
seriyes sedap telur dadar ni rupa2nya.
nyesal lambat buat.


Friday, 25 February 2011

selamat hari lahir untukmu








HAPPY 44th BIRTHDAY
TO




Banana Banana Bread

Memang very the moist lah roti yang tak serupa roti ni..rasa kek pisang sudah tentu tapi isi nya padat dan moist sangat.
Akak buat banana bread mulanya sebab nak menghabiskan stok pisang yang dah lama terperam kat dlm esbok tu.bila izah post n3 banana bread ni akak berkata dlm hati.ah!cuba je lah,mungkin sedap sebab izah punya dua orang anak kecik,budak kecik tak menipu kalau anak kata sedap tu maknanya sedap lah kan?boto tak zah?..
Meh kita tengok resepi yang izah ambik dari shelley albeluhn dari allrecipes



Banana Banana Bread
by anymz mykitchen

Bahannya:

  • 2 cwn tepung serbaguna * saya guna gandum
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cwn butter
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 telur
  • 2 1/3 cawan pisang lecek masak ranum *saya guna pisang verangan

Caranya:

Panaskan oven ke 175 C. * saya guna suhu 170 C.

Dalam mangkuk yag besar, satukan tepung, soda dan garam. Dalam mangkuk yang lain pukul butter dengan gula hingga berkrim dan ringan. Kemudian masukkan telur dan pisang lecek dan aduk hingga sebati. Masukkan adunan pisang tadi ke dalam mangkuk tepung. Aduk hingga sebati dan sekadar rata. Tuang ke dalam loyang yang disapu butter atau alas dengan kertas minyak.



memang moist


Thursday, 24 February 2011

Mung Bean Mochi

Kueh ni memang kegemaran akak tapi tak tau nak tanya sape macam mana nak buat..akak selalu makan kueh ni kat restoran Jepun dan baru2 ni waktu ke mid valley akak jumpa lagi kueh ni...
fullamak satu bokeh tu akak leh melantak sorang2 tak hengat..
Semalam waktu bw ke rumah PATY'S KITCHEN akak terpandang kueh ni terus dengan rasa tak sabar akak scroll dan scroll dan pusing balik mencari mana arah tuju resepi kueh ni..
Akhirnya bila dah jumpa terus beli tepung pulut.
alhamdulillah dah selamat masuk lam perut kueh ni..
oopss..inti red bean tu akak beli dah siap di kedai menjual peralatan kek..beli yang ready made punya.sonang kojo den..
meh layan resepi



Mung Bean Mochi
by anymz mykitchen

INGREDIENTS

220 gm tepung pulut - lebih kurang 2 cawan
110 gm gula pasir/ lebih kurang 1 cawan
200 ml santan - (l kotak santan Kara)
Kelapa kering atau tepung beras yang disangrai



dah hampir habis baru teringat belum ambik gambar inti.
maka begini lah rupa inti di dalamnya.
sekejap je habis licin
tak sangka en somi dan anak2 pun suka.

PREPARATION

Satukan tepung pulut dan gula, gaul rata. masukkan santan dan kacau sehingga adunan menjadi licin.
Masukan adunan kedalam loyang yang cetek dan kukus selama 20 minit. gunakan chop stick untuk memeriksa samada adunan telah masak atau tidak. Kalau adunan tidak melekat bermakna adunan telah masak. Angkat dan sejukkan sebentar
Bahagikan adunan kepada 12 bahagian. Leperkan dan masukkan inti. Balutkan dan bentukkan seperti bebola kecil. Salutkan bebola mochi ini ke dalam kelapa kering. Jika tidak mahu gunakkan kelapa kering bolehlah gunakan tepung pulut yang disangrai terlebih dahulu.

Wednesday, 23 February 2011

Strawberry Swiss Roll

Assalamualaikum
Kembali bersiaran setelah satu hari akak memendamkan diri..cuma pegi BW kejap2,tinjau kejap2 sekadar melepaskan rindu..
Hari ni akak buat swiss roll.dah lama teringin tapi tak teringat..
Akak ambik resepi dari rumah CMG dan CMG pulak ambik dari mamafami...kalau ikut tajuk tu strawberry swiss tapi satu strawberry pun tak ada,cuma letak jem strawberry dan kaler merah.
masa proses membuat ni akak agak terkonfius(sila abaikan bahasa ini)sedikit bila akak tengok tepung tu cuma 11/2 oz je..eh!mat ni biar betul,maklum last sekali akak buat menda alah ni masa akak ting 3,kelas sains r/tangga...kekekeke...dah tua camni baru teringin nak buat semula..
Akhirnya menjadi jugak.meh tengok resepi yang akak copy paste dari rumah CMG.
Mat ku pohon keizinan dari mu ya.

Buat2 tak nampak mana yang tersopek tu ya
Strawberry Swiss Roll

Bahan2

3 biji telur gred A*
2 oz gula halus*
1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh esen vanilla*
1 1/2 oz tepung gandum*
1/2 camca besar susu tepung*
1/2 camca besar ovallate*
2 oz mentega, dicairkan
Sedikit pewarna merah
Strawberry filling @ jem, secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 bertanda (*) dalam mixing bowl, putar dengan kelajuan tinggi sehingga kembang (7 - 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
  2. Cedok 3 camca besar adunan dan gaul dengan sedikit pewarna merah. Tuang adunan biasa dalam loyang swiss roll yang telah dialas kertas minyak. Ratakan.
  3. Sudu2kan adunan merah dan lorek2 dengan chopstick untuk mendapat kesan marble. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit. Sejukkan sepenuhnya sebelum disapu dengan strawberry filling@jem dan gulung kemas2...


Sila buat2 tak faham kenapa jem tu tercalit kat situ.


Tuesday, 22 February 2011

Agar-agar Lumut

Setelah ronda2 di rumah kak wan,terus hati terpikat dgn kehijauan agar2 ni..cuma kaler hijau akak tak secerah hijau di rumah kakwan tu..
Akak sebenarnya agak jarang buat agar2.sebab utamanya akak sendiri kurang gemar.kalau akak buat pun mesti akak buat yg lembik2 gitu dan makan dgn sos kastard atau susu cair tapi memandangkan dgn cuaca panas sekarang ni saja akak buat agar2 cenggini dan simpan dalam peti sejuk supaya mudah utk anak2 makan semasa dahaga..


Agar-agar lumut
by anymz mykitchen

Agar-agar Lumut
Bahan A
15gm serbuk agar-agar
750ml air 225gm gula pasir

Bahan B
5 helai daun pandan + 250ml air (kisar jadikan jus pandan)
350ml santan pekat KARA
2 biji telur
1/8 sudu teh garam halus
Pewarna hijau Loyang 8" atau acuan disukai (basahkan terlebih dahulu)

Cara-cara :

1. Masak bahan A hingga mendidih, perlahankan api.
2. Bahan B : Kisar daun pandan dan air, tapis kemudian campurkan dengan santan, garam, pewarna dan telur. Kocok sedikit dan tapis ke dalam agar-agar yang mendidih tadi. Biarkan seketika baru di kacau perlahan-lahan.
3. Tuang ke dalam acuan yang disukai.
4. Biarkan suam dahulu baru disimpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Monday, 21 February 2011

Bingka Roti Kelapa

Assalamualikum buat semua pengunjung anymz-mykitchen...cewaah..
Dah makan tengahari?..Hari ni akak masak lauk goreng2 je untuk anak2..sat gi ada pasar mlm,so masak utk anak2 yg bersekolah je lah..
Hari ni akak buat bingka roti kelapa..resepi akak ambil dari majalah saji tahun 2008..memang sedap bingka ni..rasa lemak susu cair dan rasa kelapa di dalamnya,memang susah untuk di gambarkan akan kesedapannya..cuma akak tersilap masukkan ke dalam loyang yang agak lebar sebab tu bingka ni tak tinggi...
Buat kawan2 dan adik2 penggemar kueh bingka cuba lah memang tak merugikan..



Bingka Roti Kelapa
source:majalah saji



bahan2

6 keping roti
1 1/2 cawan susu cair
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan kelapa kering
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila


cara

Satukan gula,telur,susu cair dan roti.Kisar sebati.
Tuangkan dalam mangkuk
Gaulkan dengan kelapa kering dan esen vanila
Tuangkan dalam adunan dan bakar pada suhu 190 selama 45 min.