Sunday, 22 May 2011

Nasi Ayam goreng

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah.bertemu juga kita di hari minggu yang sunyi ni..seperti biasa rakan taulan blog memang selalu menyepikan diri..ini termasuk lah pada puan tanah ni hah..hari ni sebab takde hal di luar,jadi elok je lah puan tanah dok kat rumah dan bereskan apa2 yang patut kan?
Ini lah menu makan tengahari kami sekeluarga hari ini..
Resepi akak ambik hasil skodeng dari blog kawan baik di alam maya nor,secubit garam..nor ambik dari ika,mek siam,ika pulak ambik dari rumah kak cik manggis..fuuhh..!..jauh berjalan resepi nih.alhamdulillah semoga di berkati pada yang empunya resepi..terima kaseh banyak2 atas resepi yang sungguh sedap..cik abg makan sampai tak hengat..lain kali boleh buat lagi..
Akak cNp resepinya dari dapur nor di sini buat rujukan di masa akan datang.terima kasih semua dan selamat menjamu selera dan semoga bahagia di hujung minggu....



Nasi Ayam Goreng
by
anymz mykitchen



Bahan-bahannya:

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*
* Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.

boleh juga sediakan kuah sup dan sos pedas macam kita makan nasi ayam yang biasa tu.
Akak tak buat.rasa malas pulak.maklum hari minggu..rasa nak berlingkau je ateh katil.
cuaca sejuk pulak tu.


Friday, 20 May 2011

Laksa Sarawak

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah tercapai jugak hajat akak nak melaksa hari ini..Untuk pengetahuan semua akak tak pernah buat sendiri laksa sarawak ni.selalu makan kat Jusco dan rasa dia memang tak sama langsung..fuuuh..terima kaseh pada yang sudi menghantar pes Hj Manan ni..barulah akak dapat merasa nikmat sebenar laksa sarawak..

Terima kaseh pada 'you know who you are' yang mengirim pes laksa yang teramat2 sedap..memang sakit jiwa makan laksa sarawak ni tau..sebabnya lepas makan kita akan terasa nak lagi dan nak lagi dan nak lagi..terasa2 kat anak tekak..

Resepi akak ambik dari dapur Dayang..terima kaseh DJ sebab sudi share resepi.akak CnP kat sini supaya senang nak buat rujukan bila2 masa teragak nak buat lagi..kalau ada orang baik hati mau kirim pes tu lagi alhamdulillah kalau tidak kita ikutlah macam yang sudah DJ tunjuk ajarkan...kat rumah Hasue pun ada resepi begitu juga kat rumah Nor..kat belakang pes tu pun ada dia tunjuk cara nak memasak laksa ni..sedaaaaaaaap sangat2...




Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak (Resepi II)

bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering

bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

maaf gambar kurang menarik

Wednesday, 18 May 2011

Kek Puding Karamel

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah kembali akak bersiaran hari ini.walaupun selepas ini mungkin akan jarang2 bersiaran di sebabkan oleh masalah2 teknikal,di tambah dengan kesibukan memantau anak2 yang sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun akak jadi bertambah2 sibuk akhir2 ini..minta maaf kalau ada rumah teman2 yang akak tidak sempat menjenguk atau menjengah..walau akak tidak meninggalkan sebarang komen tetapi biasanya akak selalu intai2 dapur korang..
Akak buat kek ni petang tadi hasil skodeng rumah hana,kuantan.hana pulak skodeng dari yani,myR.dah lama betul resepi ni dok dalam draft baru petang tadi akak sempat mengambil gambarnya..pernah buat ni dulu tapi akak tak sempat snap gambar..petang tadi sebaik aje keluarkan dari bekas tanpa berlengah terus akak snap sebelum rakyat jelata balik dari sek..alhamdulillah dah habis licin dah kek yang amat2 mebeles nih..cuba lah buat bagi sesiapa yang belum pernah mencuba ya..tak rugi.memang sedap..


kek puding karamel
by
anymz mykitchen

  • Bahan-bahan
    • Karamel
    • 60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
    • 2 sudu besar air
    • Puding
    • 2 biji telur
    • 400ml susu cair@segar
    • 35g gula
    • sedikit esen vanila
    • Kek span
    • 70g tepung gandum
    • 60g gula halus
    • 2 biji telur
    • 20g mentega- dicairkan
    • 20ml air - yang nih hana tambah
    Cara-cara
    1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
    2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
    3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
    4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
    5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
    6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
    7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
    8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
    9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
    10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
    11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
    12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


Jangan risau.tak perlu kukus puding tu dulu.
buat je puding dan bakar sekali dgn kek.


Monday, 16 May 2011

Muffin Coklat Coklat Chip Yogurt

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah dalam pada dok sibuk2, entah apa yang di sibukkan dapat jugak akak mengisi entri hari ini..
Selepas mek Izah daut tag akak muffin ni di fb, terus hati rasa terpesona..bukan terpesona kat mak muaz tu, sudah tentu terpesona pada muffin nya...muffin yang mempunyai nama yang agak pelik tapi sodap..hehe
Hari ni akak nak cepat.ada projek dgn kawan2..projek mengisi perut makan ikan bakar...belum sempat nak BW lagi.Esok cuti kan..insyaAllah esok jalan2 ke rumah korang ya..jangan lupa sediakan kopi 0 panas..okay...meh kita tengok resepi muffin izah ni..memang sedap dan very2 the fluffy..


MUFFIN COKLAT COKLAT CHIP YOGURT
by anymz mykitchen
Source:IzahDaut

bahan2

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sb membumbung serbuk koko
3/4 sk baking powder
1/4 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1/2 cawan + 2 sb gula perang
3/4 cawan coklat chip
1 biji telur- dikocok sedikit
1 cawan susu segar

1/4 yogurt
1/4 minyak sayur
1 sudu kecil essence vanilla
1 sk cuka *optional- jika tidak menggunakan telur



Caranya:

1. Ayak tepung, serbuk koko, soda penaik dan garam ke mangkuk besar.
2. Kemudian masukkan gula perang dan coklat chip. Gaul semuanya sebati. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yang lain, sebatikan telur, susu segar, yogurt, minyak sayur dan essence vanilla.
4. Masukkan bahan basah ke dalam mangkuk tepung tadi.
5. Adunan sedikit cair.
6. Masukkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh atau hampir penuh.
7. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.

Saturday, 14 May 2011

Talam Mini Kacang

Assalamualaikum semua
Kembali kita bersiaran seperti biasa ya.Dah beberapa hari blogspot di landa tsunami..kecoh kita2 ni kan bila tak dapat bukak blog..dunia jadi sunyi sepi.bukan apa kita semua sudah biasa di hadapkan dgn rutin yang sama setiap pagi atau pun petang.

Kali ini akak buat kueh talam kacang hijau versi derhaka..minta mahap pada yatie puan punya resepi.tak derhaka kaw2 pun..sikit2 je..kali ni akak tak buat kepala santan untuk talam ni..akak guna kacang hijau bahagian bawah tu aje..
guna acuan kueh lompang.
kalau nak yang ada kepala, resepi boleh tengok di sini ya


talam mini kacang
by
anymz mykitchen
source:Yatie


Bahan2

3 cawan santan
cair
1 1/2cawan gula pasir-jika tak suka manis boleh kurangkan jadi 1 cawan
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
secubit garam
1 cawan kacang hijau-di rebus hingga empuk (separuh akak mesin separuh halus)
sedikit pewarna hijau

Cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau.kacau rata.Tapiskan
  2. Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
  3. Sapu acuan dengan minyak
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 30 minit/hingga masak.

sedap.

Masak Lemak telur Asin

Assalamualaikum semua.
Maaf hari ini gambar agak kurang sesuai kerana photographernya adalah akak sendiri.masih amatur merangkap malas nak belajar..photographer yang agak pro sudah ke tempat tuition.sebaik aje lauk ni masak akak cuba main2 dgn camera dan terus snap dgn harapan gambar2nya akan menepati citarasa orang ramai..kira okaylah ni ya..

Pernah dengar menu ini?..
Biasalah mesti korang dah pernah makan kan?..akak dapat menu ni dari kak Erna yg sekarang ni sudah bergelar Acik Erna pulak dah.,beliau merupakan kakak saudara akak..cantik kan kak Erna tu..macam mana dalam gambar macam tu lah orang yang sebenarnya memang awet mudo..hehe
Kalau korang nak buat masak lemak telur asin ni mesti ambik telur asin yang di rendam dalam air tu ya.jgn beli yang ada salut2 hitam tu.nanti tak jadi..kalau dapat telur yang baru di rendam lagi elok..hati2 ya,telur ni masin jadi jangan letak garam dulu.rasa2 lah dulu ya.
meh layan resepi..seperti biasa..tak ado bawang,sorai bagai...silakan makan ya..gulai letak dalam mangkuk pree sabun daia...cantik pulak akak tgk mangkuk pree nih..hahaha



Masak Lemak telur Asin
by
anymz mykitchen

bahan2

5 biji telur asin -yang di rendam dalam air.
25 biji cili padi-di tumbuk
sedikit kunyit hidup-di tumbuk
3 cawan santan pekat-tinggalkan setengah cawan sebagai pati
1 1/2 cawan air
sedikit garam jika perlu-akak tak masukan
asam keping-jika perlu-akak masukan 2 keping.

cara

sediakan periuk
masukan santan pekat dan air
masukan cili padi dan kunyit hidup
masukan sedikit garam
Jerang dan kacau selalu hingga mendidih
pecahkan telur ke dalam piring kemudian masukan ke dalam santan yang sedang mendidih
masukan pati santan
kacau dan jika terlebih masin masukan asam keping.
dah masak sedia untuk di hidangkan

Wednesday, 11 May 2011

Marble Chiffon Cake

Assalamualaikum semua
Hari ini kita mencipon pulak ya..akak buat chiffon ni semalam.En suami asek dengan ayat,takde apa2 nak makan ke?..ataupun ayat lazimnya apa ada dalam peti ais?.takde kek ke?..hadoi..dalam dia sibuk2 nak diet2 rajin juga dia melontarkan soalan2 cepumas gitu..akak terus je godek kek yang sekarang ni pada akak 'lolap mato pun boleh buek'...hehehe
kalau dulu siap merayu2 dgn hana, suh mengajar akak cara nak buat cipon..wah sekarang dah jadi pakar di rumah sendiri .


marble chiffon cake
by
anymz mykitchen
source:Hana
Bahan-bahan

Bahan A
  • 7 biji telur putih
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 100g gula

Bahan B
  • 7 biji kuning telur
  • 100g gula
  • 175g tepung gandum
  • 1/2 tsp baking powder
  • 75ml minyak masak
  • 150ml susu segar
  • 1/2 tsp garam
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsb coklat emulco



Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170.
  • Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh)
  • Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
  • Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
  • Potong dan hidangkan.

Monday, 9 May 2011

Talam Kacang Merah

Assalamualaikum semua
Sehat?.Ceria2 semuanya?...hah dah soklan akak cenggitu rupa mesti lah akak sedang ceria2 kan..entah apa yang di ceriakan tak tau lah..gitu lah orang kalau umur dah dekat senja ni..suka2 hati je nak ceria,pastu suka2 hati je nak bermuram durja..wakaka...
Akak buat kueh talam ni semalam hasil skodeng rumah nieza yang sekarang ini sedang menunaikan fardhu umrah bersama kaum keluarganya di tanah suci makkah.semoga nieza selamat pergi dan selamat kembali dan semoga mendapat umrah yang mabrur.insyaAllah..
sila lah menjamu mata dan selera ya..mahap lah ya,bahagian kepala santannya tu ciput je.nanti2 bila korang buat,buatlah dgn cantik dan sempurna ya..akak cuma nak ajak korang share resepi kueh talam yang cukup enak di buat sebagai minum petang atau sebagai hidangan jamuan,buat dalam acuan lompang sebab talam ni agak lembut dan sangat sesuai di kukus menggunakan acuan kueh lompang..

Talam Kacang Merah
by
anymz mykitchen
source:Nieza

Bahan-bahan
Lapisan bawah - kacang merah
1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit] yg ni saya tukar dan saya gunakan kacang merah yg kering tu direndam semalaman kemudian direbus dan diblender halus
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/jagung/tepung kanji
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah



Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - santan
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara.
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tadi.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.

Chocolate Moist cake

Assalamualaikum semua
Ini lah dia kek yang akak terima dari anak dara akak Ainul sempena Hari Ibu semalam.
memang mabeles betul kek ni..terima kaseh ainul..lemak, lembut,lembap betul..masih terasa2 lagi sehingga kini akan kemoist annya itu..haha..apa punya bahasa daa.Ainul pernah buat kek ni suatu masa dulu di sini..tahun ni tiba2 ainul buat surprise ataupun boleh di katakan maknya buat2 surprise sebab ainul baking kek ni masa maknya sibuk masak untuk lunch.jadi maknya terpaksa pura2 tak tahu apa yg berlaku..konon2nya lah .kesian lah wey kat anak akak tu..beria2 dia nak buat surprise tiba2 maknya berkata..ala mak dah tau..tak patut..tak patut..kan?..kan?.


chocolate moist cake
by
AinulHanis from
anymz mykitchen



bahan2
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan serbuk koko
keempat2 bahan di atas di ayak
1 cawan minyak jagung/masak pun boleh
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula

cara

panaskan kukusan
telur dan gula di pukul bersama hingga kembang
masukan minyak,susu pekat dan susu cair
masukan tepung,soda,baking powder dan koko
tuang adunan ke dalam bekas dan kukus hingga masak



close up sikit.



Sunday, 8 May 2011

Kad dan Award Sempena Hari Ibu


Assalamualaikum semua
Kali ni nak tunjuk kad yang di terima dari kawan2..mesti buat entri khas tentang ini.
Agak2nya bila dah tua2 nanti bila kita tengok balik ulang tayang kat blog ni mesti kita senyum2 sorang2 baca kad,award dan komen dari kawan2 di sini kan?..kita semua pasti melalui hari tua itu jika di panjangkan umur..semoga salam perkenalan yang kita semua jalinkan selama ini berkekalan hingga akhirnya insyaAllah..walaupun kita tak pernah bersua muka,jauh sekali dapat mendengar suara namun gurau senda kawan2 di sini akan tetap abadi dalam ingatan akak buat selamanya insyaAllah.....



mula2 nak tunjuk kan kad yang akak dapat dari YATIE,Sinar Kehidupan
terima Kaseh yatie.


kad ini akak dapat dari sharifah dari SWEETMEMORIES




Ini juga dari sweetmemories
Terima Kaseh sharifah..
salam perkenalan dari akak..



Oren Laici

Assalamualaikum semua

Cuaca panas hari ini kan?..kalau di tempat akak ni,sudah tiga hari siang dan malam panas berdentung..tapi apa nak buat itu semua ujian dari Allah..panas kat dunia ni sikit aje..

Hari ni along anak bujang akak yang sulong tu terlebih rajin pulak..dia tolong bancuh oren lychee ni tadi..sedap .makan pulak dgn muffin sitrus .memang terangkat betul tapi akak rasa kalau minum dgn teh o panas perisa oren pun okay gak..hehe



oren laici
by
anymz mykitchen

bahan2

1 tin laici
1 1/2 sb oren sunqiuck limau mandarin
sedikit air gula-opt
beberapa ketul ais
1/2 jug air

cara

Bancuh semua bahan hingga sebati kecuali ais dan laici
Tuang ke dalam gelas
Masukan laici dan ais
Sedia untuk di hidangkan


Muffin Yogurt Sitrus

Assalamualaikum semua

Sebaik akak menerima hadiah buku 500 kek cawan ni tempoh hari terus akak selak dan selak sehingga lah akak terjumpa resepi yang cukup menarik perhatian akak ini..apa taknya.,..pengarang mengatakan 'muffin ini pasti mengecurkan air liur dgn asid yogurt yang di imbangi dgn kemanisan minyak2 sitrus'...akak tak lengah terus mencari bahan2..sebab...akak kan kalau ada kek yang ada oren2'limau bagai ni memang menjadi feveret betul..sedap betul rasanya..nampak pulak ada limau nipis..perghh kecur liur di buatnya..
Alhamdulillah...anak2 makan tak berhenti2..boleh buat lagi ni..

Sempena hari ibu akak nak ucap kan

SELAMAT HARI IBU
buat semua pembaca2 mykitchen yang bergelar ibu,mak,mama,ummi,mommy
semoga kita semua terus menerus menjadi ibu yang solehah baik di dunia maupun di akhirat
muffin ni sesuai sangat untuk di jadikan sajian sempena menyambut hari ibu hari ini..


muffin yogurt sitrus
by
anymz mykitchen
source:500 kek cawan Fergal connolly


bahan2

200g(8 oz)tepung serbaguna
175g(6 oz)gula halus
1 sb parutan kulit lemon
1 sb parutan kulit oren
1 sb parutan kulit limau nipis
1 sb serbuk penaik
secubit garam
225 ml (8 0z) bendalir yogurt rendah lemak biasa
115 ml(4 oz)bendalir minyak bunga matahari
1 biji telur-di pukul sedikit


cara

Panaskan oven 200

Di dalam mangkuk sederhana,campurkan tepung,gula,parutan kulit lemon,kulit limau nipis dan parutan kulit oren,serbuk penaik dan garam.
Di dalam mangkuk besar,pukul yogurt,minyak dan telur hingga sebati.
Masukan campuran tepung dan kacau hingga hampir sebati.Jangan terlebih kacau.
Sudukan adunan ke dalam acuan.
Bakar selama 20 min
Keluarkan acuan dari oven dan sejukkan selama 5 min.
Keluarkan muffin dan hidangkan panas.

Saturday, 7 May 2011

Bingka Nestum Pandan Crunchy

Assalamualaikum semua
Hah!..tu dia..sesi membalas dendam nih.geram pulak tengok rumah kawan2 laju je post entri..akak pulak macam kura2..jalan slow2 haisshh..terasa lembap pulak..
Akak buat bingka ni petang tadi..sudah lama resepi ni dok terperap dlm draft..geram je akak tengok nestum kat atas bingka dalam dapur hasue tu.alhamdulillah petang tadi dapat jugak akak membalas dendam dan dan akhirnya dapat gak merasa bingka yang lemak manis nih..cuma kaler bingka akak agak pucat.. kaler ijo..stok dah habis..tapi akak guna daun pandan original..memang wangi dan sedap..terima kaseh hasue..resepinya akak tepek kat sini pulak ya..

Bingka Nestum Pandan Crunchy
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan ( loyang 8x8 inci )

* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan santan
* 1/2 cawan susu sejat
* 2 biji telur gred A
* 1/3 cawan gula pasir
* 1/3 cawan susu pekat manis/krimer manis
* 1/2 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu kecil garam halus
* 1 sudu besar butter - dcairkn
* 1/2 sudu teh pes pandan
* 1/2 sudu teh esen vanila(optional)
* 3/4 cawan nestum original

*Nestum secukupnya untuk ditabur di atas adunan




Cara-cara


1. Panaskn oven 180'C. Blend / kisar semua bahan
3. Sediakn loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn datas api yg kecil...
4. Masukkn/tuang adunan kedlm loyang, tabur bijirin nestum di atasnya
5. Bakar 45-50 minit @ sehingga masak (bergantung suhu oven)
6. Selamat mencuba & menikmati hasilnye.

Masak Lemak Udang Galah

Assalamualaikum
Alhamdulillah ini entri pertama akak sesudah sekian lama berholiday..buat hasue,..wey ko ingat kat serawak je ada udang beso2 ke??...hehehe..
Udang ni akak dapat dari seorang kawan yang baru menjadi sahabat..hah!..korang pikir le sendiri ek macam mana kawan leh jadi sahabat atau seorang sahabat leh jadi kawan..konpius ya..ce cari lam kamus dewan.kalo tak jumpa nasib le ya..hehe..
Terima kasih buat sahabat itu seandainya ada membaca blog akak ni ya..memang tak cukup.manis betul udang ni..nanti kita pergi tugader..gader beli udang ni ya..

Eh!melalut sampai ke laut pulak dah..mula2 udang ni akak rancang nak buat sambal atau goreng cenggitu je tapi bila bila tanya amir yg balik bercuti baru2 ini dia mau masak lomak,meh kita santap beramai2....sedap ni.udang sungai..manisssnyaaaaaaaa



masak lemak udang galah
Resepi lihat di sini ya

manis betul udang ni


Masak tempoyak ikan Patin
Ini ikan patin buah dari Temerloh.
en suami beli yang sudah siap di masak.
akak makan yang ini aje..anak2 makan udang.
best mabeles.

Hadiah dari KasihRedha

Assalamualaikum semua

Waaaaaah!..sudah agak lama akak tidak bersiaran ya..kata nak luruskan pinggang,ini bukan luruskan pinggang lagi nih..sudah jadi kes luruskan badan kaki tangan bagai dah ni..mintak ampun dan mahap pada pegunjung2 mykitchen (macam lah ada ya..hehe) sebab tiada post2 masakan yang terbaru dari akak..insyaAllah lepas ni boleh aktif semula..
Tapi sebelum akak mula kan tugas di dapur hari ni, akak nak share dgn you all tentang news,akak dapat hadiah dari teman main masak2 tersayang iaitu KASIHREDHA sebab sudi menghadiahkan akak buku 500 kek cawan dari Fergal Connolly.
Bila kasih minta alamat email, dengan selambanya akak bagi tanpa ada fikiran syak wasangka dan was2..seperti yang dah pernah nor secubit garam lakukan dulu..
(ooppss..norr,..tunggu aje entri tentang hal itu ya..sabar2..nanti ada jugak cerita tentang nor..)

kesudian kak kasih ku sayang menghadiahkan akak buku ni amat2 akak hargai dan akan akak manfaatkan sebaik2nya..orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa.
insyaAllah buat kawan2 yang pernah mengirim hadiah buat akak di sini,hadiah buat korang akan menyusul juga kelak.
so tunggggggggguuuuuuuuuu..


ini pandangan dari jauh



meh close up sikit.
tarrrrrraaaa...tu nampak tu.
thanks kak kasih..kelakar kak kasih ni,akak panggil dia akak.dia pun panggil kita akak.
sudah itu kemahuannya,kita turutkan juga..tak silap kak kasih ni nama dia sikit lebih kurang juga dgn nama akak...bukan ke gitu mrs syed?...heheh


Tuesday, 3 May 2011

Story akak dari Dapur mykitchen

Assalamualaikum semua


MJ juga di katakan sebagai seorang islam di akhir hayatnya.
wallahhua'lam.
gambar pinjam dari en google.



Alhamdulillah setelah beberapa hari menjalani hari2 yang sibuk,baru hari ini akak berkesempatan untuk mengupdate blog kesayangan ini..
Terasa rindu pada teman2 di sini,rindu nak mengusik2 sayang,rindu nak masak2 dan post di sini lepas tu blogwalking ke rumah kawan2 lepas tu kita tunggu2 pulak komen dari kawan2 dan berbalas2 komen dan kondem...hehe..rindu jugak dgn suasana gelak2 dan senyum sorang2..apa lagi sekarang ni semakin kerap bertemu teman2 kesayangan di laman fb...

Hari ni akak tak masak..hari berehat sedunia gitu..sebab akak melalaui hujung minggu yang sungguh melelahkan...dengan kehadiran mak mertua dan adik2 akak yang balik bercuti panjang akak pun apa lagi bersilat gayung bagai lah di dapur di hujung minggu tempoh hari..maka..hari ini akak di benarkan untuk meluruskan pinggang dan merehatkan badan...mmm...maceh pada en suami.

Rentetan dari kisah maid yang lari tu hari di SINI,..akak nak sambung sedikit kisah apa yang jadi pada pembantu itu..pembantu itu sebenarnya bukan seorang muslim,pendek cerita dia bukan islam semasa dia lari ke rumah akak tempoh hari.dia tidak boleh berbahasa melayu dengan lancar dan lebih memahami bahasa inggeris...dari butir bicara dan luahan hatinya dia memberitahu akak dia mahu islam..jiwa nya lebih islam kerana ayahnya seorang islam..
Kalau di ikutkan hati memang akak nak sangat dia tinggal bersama akak dan membantu akak seadanya tetapi akak tidak mampu untuk membimbing dia menjadi seorang muslimah yang sejati lalu dia akak hantar ke rumah orang yang lebih afdal..seorang ulama' dan merupakan guru akak mendalami agama dan mencintai Quran.
Sampai aje di rumah yang berkenaan perkara utama yang dilakukan ialah mengislamkan pembantu ini tadi.
Alhamdulillah ini kali kedua akak menyaksikan peristiwa bersejarah majlis mengislamkan orang..terharu ,sebak tak boleh nak ucap lah..hati berdebar2 maklum apabila seseorang mengucapkan kalimah dua syahadah dgn getaran di bibir kita akan menjadi begitu sayu dan syahdu......
Setelah selesai,.. maid itu akak tinggalkan kepada orang yang berkenaan dgn rasa sayu di hati tapi akak rasa lega sebab akak tinggalkan di tempat yang sewajarnya.

Selepas itu akak pun balik dan meneruskan perjalanan ke PWTC kerana ada pesta buku di sana dan akak perlu membeli beberapa buah buku sebagai rujukan kerana ya, kini akak di galakkan oleh en suami untuk

membuat novel pula..menurut katanya akak mempunyai bakat di situ.dan akak berharap sangat2 semoga cita2 akak di usia ini sebelum bertemu angka 50 sebuah novel mampu akak terbitkan...insyaAllah...
Doakan ya