Thursday, 20 January 2011

Gulai Tulang Berebung

Assalamualaikum semua
Agak lambat akak bersiaran hari ni..masih lagi sibuk dengan kedatangan ibu mertuaku di sini..akak kan menantu mithali..wah..perasan gaban akak nih..hehe

Akak masak gulai ni tengahari tadi..mula2 beli tulang ni akak ingat nak buat sup,tapi bila jalan2 di pasar tani tadi akak jumpa rebung muda dan terus akak sambar..fuuuh..sedap sungguh rebung ni..muda betul.susah nak jumpa muda camni sekarang..bila ibu mertuaku ada di rumah,boleh lah akak curi2 goreng ikan tenggiri jeruk..masa laling tak nampak akak cubit juga sikit..shhhhh..jgn bg dia tau ya..
ikan tenggiri jeruk tak masuk dlm post hari ni..segan lak nak ambik gambar tadi..hehe



bahan2

1kg tulang daging lembu/kerbau
20 ulas cili padi-di tumbuk
1 batang serai-dititik
4 ulas bawang merah di hiris halus
1 ulas bawang putih di hiris halus
1 inci halia di hiris halus
1/2 kg santan segar
2ooml air
2 bungkus rebung muda
garam secukup rasa


cara

bersihkan tulang dan rebus tulang hingga agak2 empuk.keringkan air rebusan
masukan bawang2 yang dihiris dan serai dan juga cili padi yang sudah di tumbuk
kacau dan gaul sebati
masukan rebung dan gaul lagi
masukan santan,air dan garam
kacau gulai hingga mendidih.
kecilkan api dan biar gulai renih dgn perlahan hingga keluar minyak
tutup api dan sedia untuk di hidangkan.




Wednesday, 19 January 2011

menu diet

Ini lah menu dinner akak tadi..brokoli goreng je..En laling tu kolestrolnya tinggi..skang ni sudah mula berpantang dan jaga pemakanan nya..takut kan.macam2 berlaku dalam senyap skang ni..
Idea muncul tiba2..resepi main campak2..kali ni minta maaf tak ada sukatan dlm resepi sebab akak main agak2 je tadi..tapi mmg sedap dan bagus utk org yg menjaga diet...hehe..agak akak je lah..nanti leh tanya misi nieza kat Finland tu ya..

bahan2
sediakan

brokoli
1 keping burger ayam
sedikit minyak zaitun
sedikit serbuk lada hitam
bawang putih.(yg ini akak letak byk)

1 keping roti wholemeal.di bakar

cara

goreng burger ayam dgn myk zaitun atas non stick pan.angkat dan ketepikan
dengan minyak yang sama tumis bawang putih hingga wangi masukan brokoli,serbuk lada hitam dan sedikit air.kacau sebentar dan tutup api.makan dgn roti wholemeal yg di bakar.boleh letak sos jika suka.kalau siapa suka boleh juga goreng telur tanpa kolestrol tu ya.telur di goreng hancur. ada juga yg boleh tambah rempah ratus jika ada stok..


akak ratah sayur camni je..roti tu akak bakar garing.

25 random things about me

Assalamualaikum semua..
Sebelum terlewat baik akak sudahkan homework yang di tinggalkan oleh kak kasihredha..
Terima kasih kak kerana nama saya berada dalam fikiran akak masa akak terima tag tu dari Yan.
Harap akak terima dan puas hati ya..




"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

1. Nama glamour akak : anim.semua orang panggil akak dgn nama ni.ada yg panggil hanim.akak sambut je.no hal punya.
.
2. Isteri kepada En Mus dan mempunyai 6 orang anak yang berusia 15-26 tahun.
.
3. Mempunyai 6 orang adik beradik dan akak anak yg ke3.merangkap anak perempuan sulong dalam family.
.
4. Di lahirkan di N.Sembilan.di besarkan di merata tempat.sepanjang tempoh persekolahan akak pernah memasuki sehingga 11 buah sekolah dari djh 1-ting 6.
.
5. Arwah ayah akak seorang kakitangan kerajaan(PTD) dan arwah mak seorang surirumahtangga.
.
6. Akak merupakan seorang surirumahtangga yang pernah bercita2 menjadi seorang guru.sekarang jadi guru pada anak2 je lah dan pernah jugak teringin mempunyai kedai bakery sendiri.looking forward lah ni..kena gi kursus dulu.
.
7. Waktu kerja akak tak kira masa.sebaik celik mata utk suboh terus tak berhenti2 sehingga ke lewat malam

8. Akak bukan seorang yang berdisiplin sangat.cepat lembut hati
.
9. Suka masak dan mencuba resepi2 baru.
.
10. Suka shopping bersama En Mus.sebab dia yang tukang bayarkan.dan suka jugak window shopping.konon2 exercise cara moden.
.
11. Suka melancong tak kira dalam atau luar negeri.
Masih banyak yang belum sampai.(sama cam kak kasih)
.
12. Amanah
.
13. Akak seorang yang simple
.
14. Hobi akak dulu suka menjahit.baju peknan dulu buat sendiri tau.cross stitch.masak sudah tentu dr dulu,kini dan selamanya.skang ni bila anak2 dah besar akak suka window shopping,tak beli pun takpe(tapi always endup dgn beli jugak walau pun sebatang pencil),akak juga suka main game(cam budak sek.dulu2 takdolah menda alah ni),hah skang ni akak suka makan.
.
.
15. Akak tak suka barang kemas.selepas suatu masa dulu masa anak sulong tu baby lg akak pakai rantai leher emas yg padu dan kepala anak terhantuk pd rantai tu masa akak dukung dia,terus akak tak pakai dah sampai skang..bila akak pakai anak2 akak kata nampak weird pulak.Aksesori pun akak suka yg moden.itu pun tgk keadaan.kan akak kata akak seorang yang simple.
.
16. Mengutamakan family
.
17. Hampir tiap bulan kena checkup Dr sebab akak mempunyai penyakit darah tinggi yang terlampau dan pernah di serang strok kerana penyakit itu.
.
18. Akak tak berapa gemar nonton TV.lebih2 lagi drama melayu.bukan sebab apa,drama melayu byk unsur suspen,akak tak boleh suspen nanti jantung akak akan berdegup dgn laju dan kencang..pernah admitted hosp kerana ini..hehe
.
.
19. Akak suka berblogging dan aktif di kedua2 blog akak.mykitchen untuk main masak2 dan my story utk kisah dan cerita semasa.
.
.
20. Sekarang akak suka shopping di kedai menjual peralatan dapur dan baking stuff.akak boleh duduk berjam2 di situ.oh tidak!sudah tua kah aku?..
.
21.Akak mempunyai banyak masa yang terluang dan sekarang ini selain dari berblogging dan masak2 akak juga mengisi masa ke kelas mengaji dan surau sebagai bekalan di masa hadapan..
.
22. Tidak suka bersenam...selalunya di paksa oleh En Mus.
.
23. Dulu suka hias rumah..sekarang tak berapa.hanya maintain apa yg ada je.
.
24. Akak boleh minum semua jenis air..no hal..
.
25. Akak juga macam kak kasih.suka minum kopi dan segala yang sejenis dengan kopi ...
.
.
Ok lepas ni tag 25 orang.

Yang ini akak minta mahap banyak2 pada kak kasih..bukan apa takot meyusahkan kawan2 main masak2 yang sentiasa sibuk di dapur..bukan semua kawan2 ni suri rumah dan mempunyai banyak masa macam akak..

Apa2 pun harap kak kasih puas hati dan terima kasih sekali lagi kerana sudi mentag saya.semoga kasih kasih dan persahabatan kita terjalin hingga ke alam realiti.bila lah agaknya tu ya.hehe

Tuesday, 18 January 2011

Home made Roti Burger

Ini lah dinner akak utk malam ni.akak masih lagi menggunakan resepi basic dough roti sebagai asasnya..mula2 ingat nak guna resepi roti burger tapi akak terlupa utk bookmark resepi dari blog siapa ntah..akhir kata akak guna je resepi ni..laling akak kata..sedapnya pulak roti ni..
'hai bang tak sedar ke roti tu lah yg saya buat letak inti itam tu,cuma pesen dia jek saya ubah2'..hehehe..kandaku itu sudah tertipu oleh kecerdikan isterinya..pasan lah aku..sape lah nak puji lagi kan kalo tak diri sendiri..

Homemade roti burger

BASIC DOUGH
sumber dari nor


380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening


Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.

Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
Tunggu lagi roti naik dan bakar pada suhu 180 C lebih kurang 20-25 minit.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )

50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.

Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.


tak susah.ikut je resepi kat atas tu.dah siap bakar sejukkan.
belah dua roti.letak burger,letak tomato,letak cheese letak mayonis jika suka dan letak sos.
SIAP..
silakan...


oh!Lupa nak bagi tau..akak guna tangan okay menguli menda alah ni..sekali lagi akak ulang
GUNA TANGAN...nanti di entri yg lain akak tunjukkan cara menguli dgn tangan ya..



Kek Brownies Marble


Hari ni angin membaking akak sudah datang macam taufan..tambahan masih ada lagi cream cheese..zamir pun masih ada di rumah..entah kenapa kolej matrik tangkak cuti selama seminggu..kesian selama ni dia dok tengok maknya membaking dlm blog.dia dok telan ayaq liuq je katanya..hah!ko makan lah puas2, selama ada kat rumah ni..bagi perabih semua..org lain pandang je lah..
Resepi akak ambik dari buku Pn Noraini Zakaria.
Anak2 mmg suka kek yang ada cheese.bahan2 pun senang nak cari.celah2 dapur pun leh jumpa...meh layan resepi..



Kek Brownies Marble

source:Noraini Zakaria

Bahan Kek Brownies

Bahan A
200 gm coklat masakan
180 gm mentega

Bahan B
150 gm gula kastor
4 biji telur gred B
140 gm tepung gandum
secubit garam
1 sudu teh esen vanila

Bahan Keju
250 gm krim keju
50 gm gula kastor
2 biji telur


cara

1-satukan bahan A dalam periuk.Panaskan atas api yang kecil hingga cair semuanya.Sejukkan
2-Putar bahan B hingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3-Satukan semua bahan kek dan gaul sebati.

Adunan Keju
1-Putar krim keju dan gula kastor hingga kembang dan gebu.masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati.
2-Sediakan tin pembakar 4 segi bersaiz 8".griskan dan lapik kertas serap minyak.Tuangkan adunan kek brownies dan di ikuti adunan keju di atasnya.Ambil sebatang lidi atau sudu dan lorekkan permukaan adunan agar membentuk corak berbelang atau marble.
3-Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180C dan masukkan kek.Bakar selama 1 jam atau sehingga masak.

Cuba lah memang tidak sia2..sedap wey..makan ni leh fengsan ko




nasi goreng untuk sarapan hari ini

Assalamualaikum...
Ni menu biasa2 je..tak ada apa yg istimewa..akak buat sarapan nasi goreng je hari ni..nampak berat dan sarat kan sarapan tu?...ini sebab laling akak out station ke hospital muar hari ini..ooo dia bukan doktor.pada sesiapa yang bertanya tu hari,..dia 'doktor' bangunan utk semua hospital bahagian selatan..iaitu n.sembilan,melaka dan johor.sebab tu kdg2 tgk akak jenjalan ke johor..mengekor le ke mana pakcik ni bertugas.hehe..
iisshh..tak best lak akak rasa bila guna ayat formal2 ni..ni mesti si izah tengah senyum2 kambing baca ayat skema akak nih..zah,kok ekau sonyum2 yo akak sumbek keropok ni kang..wakakaka

meh tengok resepi besa2 ni..siap ada kepala ikan sembilang lagi tu..


bahan2

sedikit isi ayam
5 biji cili hidup-sebab nak pedas*
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
1 kiub pati ikan bilis
semua bahan * di tumbuk bersama-atau dikisar menggunakan pengisar kering
sedikit mix vege
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 biji telur di kocak2 dan ketepikan
sedikit minyak dan 1 mangkuk besar nasi sejuk

cara

panaskan minyak
tumis bahan2 tumbuk sehingga terbit minyak
masukan isi ayam
kacau hingga masak
masukan kiub pati ikan bilis
masukan bahan2 kicap dan telur yg di kocak
masukan nasi
masukan mix vege
kacau hingga sebati
dah masak
sedia untuk dihidangkan


sedap ada keropok


daun salad juga tidak ketinggalan..
bismillah..


Monday, 17 January 2011

Rojak nenda

Assalamualaikum semua..
akak pernah post entri ni di awal2 dulu.mak akak pelajari rojak ni dari arwah mak mertua nya..nenek akak le tu kan..dan sudah tentu akak pulak pelajari rojak ni dari arwah mak ..
rojak ni memang sedap..biasa di rumah kami rojak ni selalu di masak waktu kenduri kendara..
Di awal2 dulu rojak ni hanya berada di rumah kami tapi sekarang ni, sudah jadi glamer..ramai jiran tetangga dan saudara mara sudah mempelajarinya dan masing2 sudah mahir untuk memproses rojak ni dgn gaya mereka..meh layan resepi


bahan2

rojak nenda

bahan2
udang kecil 1/2 kg(yg warna putih tu)-bersihkan buang janggutnya sahaja
1 kampit tepung beras(agak2)
1 btg timun-di belah dua dan di hiris kasar
1/2 biji sengkuang-di hiris mancis
tauge-rm 1-di buang ekor dan di celur sebentar
tauhu putih-5 keping-di goreng

bahan sos

cili kering-rm1-di buang biji,di kerat kecil2 dan di rebus.bersihkan dan ketepikan
bwg putih-5 ulas
bwg kecil-3 ulas
1/2 botol tomato sos kimball
gula
garam
3 cawan air
air panas


cara

bancuh tepung beras dgn air dan garam macam kita nak buat goreng pisang tu.jgn pekat sgt dan jgn cair sgt
masuk udang kemudian goreng lebar2.
jgn terlalu tebal nnt tak garing kueh udang ni
ketepikan
tahu yang sudah di goreng di potong 3x3
udang yang sudah di goreng di kerat2 atau di gunting sebesar tauhu
gaul bersama tauge,timun


cara sos

cara nak buat kuah
cili kering di gunting.keluarkan biji,bersihkan dan di rebus
kemudian di kisar bersama kedua2 bwg bersama air panas.
keluarkan.
dalam mangkuk gaulkan cili kisar bersama garam dan gula dan sedikit air panas.
campurkan sos tomato kimball anggaran 1/2 botol
lebihkan garam dulu,kemudian rasanya hendaklah ada manis,masam,dan masin
tidak perlu di masak sebab kita sudah menggunakan air panas semasa memprosesnya.

inilah rupa kueh udang nya




*setengah orang ada juga yg suka campurkan dgn tempe goreng.rojak ini sedap di makan bersama nasi dan juga di ratah begitu saja.

Sunday, 16 January 2011

award dari izahdaut..

Award: Creative Blogger Award


Assalamualaikum..

Terima kasih pada izah yang sudi menamakan blog akak sebagai penerima award ini..ecececeh..rasa cam berada kat pentas Juara Lagu pulak ...hehe..kecil tapak tangan nyiru akak tadahkan...sebagai penghargaan, 'izah !nah seloyang brownies velvet buat mu menambahkan lagi berat badan..'

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Untuk maklum balas penerima AWARD ini, ikhlaskan hati untuk membuat entri/posting berkenaan AWARD ini dengan kreatif dan penuh estatik beserta FOWARD kepada 5 orang yang betul - betul layak menerima AWARD ini. anda juga boleh meletakkan AWARD ini di side bar atau dimana - mana yang bersesuaian. tinggalkan comment untuk ucapan manis anda.

Forward award:

kak t:.terlalu banyak info2 yang menarik di dalam blog kak t.walaupun blog kak t bukan blog masak2 tapi kak t rajin menyinggah ke dapur akak dan jugak teman2 yg lain.


kak zai teratak impian:blog kzai adalah antara yang terawal akak follow dan kzai jugak antara yang terawal buat komen kat blog akak ni..huih akak masih ingat tu bila kzai komen akak bukan main suka lagi..hehe..


kasihredha:blog ini agak menarik sebab kak kasih rajin post entri2 pelancongan..ada tips jugak di situ.baru2 ni sudah mula post entri masak2..sudah ,mula tunjuk skill lah tu ya kak..hehe


Little Parlour:nama dia Lady of Leisure.akak suka masuk rumah dia yg bercat hitam.lady sgt kreatif dalam masakan..bakatnya terpendam.suka pada masakan india..lady salah seorang kawan yang rajin bertandang ke sini dan memberi komen.


Deliah's Deli:memang tidak di nafikan del memang kreatif dalam bidang masakan..letak aje lah gambar apa pasti kita terliur dgn masakannya..

.


Red Velvet Marble Cheese Brownies Lagi

Assalamualaikum semua...
minta ampon ya..jangan pengsan tengok kek ni lagi..meluat pun tak boleh...ini semua di sebabkan keterujaan akak membaking kek ini lagi semalam..hari tu masa buat kek ni farah dan amir tak dapat rasa..sebab minggu ni cuti panjang akak bakar lagi lah kek kaler merah ni..alhamdulillah,akak sudah agak mahir buat celoreng2 untuk topping dia tu.ini kes akak nak berlagak sikit lah ya..ala sikit je..takkan la korang nak marah pulak kan...hehe
terima kasih buat maz ilhamdapur yang belum masuk2 dapur lagi tu..masih sibuk lagi lah nampaknya tu ya maz..




Red Velvet Marble Cheese Brownies

by.anymz-mykitchen

sumber:maz ilhamdapur

Bahan-bahan (loyang 4 segi 7x7 inci) -

  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula galus
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..


lawo topping tu kan?..
sape kata tak lawo?
ada berani??



kali ni kek kaler merah tu akak buat dua adunan..


Saturday, 15 January 2011

Cucur Bilis bersayur Kangkung

Salam malam minggu semua...
Wah!..lama akak menyepikan diri kan..si izah pun dah bising2 tu datang sini asek makan capati je..
Al kisah bermula hari Jumaat tu hari N.9 cuti sempena hari keputeraan Yang Di Pertuan Besar N.S.akak pun mengajak le cik abang ke market..okay aje bagi pakcik tu tapi tiba2 dia ajak akak gi jogging dulu..hadoi..part yang ni akak lomah sikit nih..tapi akak turutkan aje memandangkan jiwa ni agak malas utk drive sendiri...lagi haru cik abg suh akak pusing stadium tu 7 kali...usahkan 7 kali,3 kali akak dah jam..mcm2 alasan akak bagi..kaki cramp le,perut sakit le..semua dia tak guna pakai..akhir cerita akak dpt 5 round je...pastu terus ke market...nama je gi market,konon nak masak sedap2 sebab semua anak2 berlonggok kat rumah..harap je lah anak2..huhu..maknya sudah kepenatan..lepak je kat sofa dgn mulut muncong ke depan..
Ni jemput2 ni akak buat petang tadi..cuaca kat luar cam paham2 je,sejuk tau kat sini,tambahan akak dok dekat dgn hutan..muhaahaa..
kali ni akak buat penambahan sikit..since cik abg sedang menggila makan sayur akak potong halus sayur kangkung dan leburkan sekali dalam adunan jemput2 nih..bagi sesiapa yang ada anak2 yang susah nak makan sayur,seeloknya di blend sayur tu dan gaul sama dgn adunan jemput2 ni..akak pernah post entri ni dulu tapi akak letak jugak resepinya di sini ya..asal usul resepi dari rumah yatie ratu talam...hehe..ampon yatie..nama glamour nih..




bahan2

5 biji ubi kentang-size sedang2 je-di kupas dan di hiris
1 senduk nasi
2 senduk tepung gandum
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang besar
daun bawang-di hiris-tak letak akak gantikan dgn sayur kangkung yang di racik halus
cili hidup-di hiris
air
garam secukup rasa
minyak untuk memasak

cara
kisar halus nasi dgn air
kisar halus bawang besar dan ikan bilis
dalam satu bekas masukan nasi yg di kisar,ikan bilis dan bawang,tepung gandum,garam,sayur kangkung,cili hidup,ubi kentang dan tepung.
tambah air jika perlu
panaskan minyak
ambil jemput2 dgn sudu atau jari dan sudukan ke dalam minyak yang panas.
goreng hingga masak

sesiapa yang teragak/terlio tu,sabar ya.elok buat utk sarapan pagi sok,cicah dgn gulai.
sedap kan?



sila ambil sorang seketul
bismillah dulu..


sekian cerita hari ini
wassalam..




Wednesday, 12 January 2011

Makan malam dengan Capati je..

Malam ni sesi bergambar aje lah ya..oleh sebab kita tengah jaga body,konon2 nak selim melim maka kita tak ambil nasi untuk makan malam..hehehe...yang sebenarnya bukan sebab akak nak kurus tapi sebab nak jaga kesihatan..semua yg mengenali akak tau yg akak pernah di timpa sakit yg serious 2 tahun lepas di sebabkan tekanan darah akak yg terlalu tinggi...seb baik tak herot mulut ni masa tu ..hehe
Malam ni akak makan capati segera je jenama 'kawan'..se eloknya kita buat sendiri capati ni kan?..tapi untuk mlm ni akak hidangkan yang ini je lah dulu ya..makan dgn kari ayam,gulai ayam kg atau sambal tempoyak daun kayu..kalau sesiapa yg rajin tu boleh buat sambal ikan sardin
sedap..akak panaskan atas non stick pan..tak payah letak minyak langsung....


2 keping ni untuk akak sorang..
dah lapar akak balun je sorang2..hujan lebat pulak kat luar tu


pergghhh..memang kena betul dgn selera akak mcm ni..
bismillah

Masak Lemak Cili Padi Ayam Kampung

Jangan marah hah..ini entri ulang tayang..baru dapat tangkap abang ni semalam..seb baik daging dia lembut..dah tumbuh taji,akak ingatkan daging dia keras,akak yg pasar ayam tu cakap sedang elok lah ni..buat gulai lagi sedap katanya..lorrr..akak dah beli sekilo santan..takpe lah akak menggulai jugak dan santan selebihnya akak simpan utk buat rendang sementara MIL ada kat rumah ni..
kali ni akak menggulai ayam saja..tak ada kawan2 dalam gulai ayam ni..ingat nak masak dgn nangka tapi tgk kat pokok tak ada pulak buahnya..hehehe..


bahan2

1 ekor ayam kampung yang sederhana besar
25 tangkai cili padi-di buang tangkai*
sedikit kunyit hidup*
bahan bertanda * di tumbuk bersama atau di kisar juga boleh, guna mesin pengisar kering
santan dari 2 biji kelapa
3 ulas bawang merah-di hiris
sedikit halia-di hiris mancis
2 batang serai-di titik tapi akak kisar bersama cili padi tu
sedikit garam
jika suka boleh tambah ubi kentang/nangka-kalau guna nangka rebus dulu nangka tu ya.

cara

rebus ayam kampung sehingga empuk
bila kuahnya sudah hampir kering,masukan cili padi yang sudah di kisar halus,bawang merah halia dan serai
gaul bersama dan kacau rata
masukan santan dan garam
masukan ubi kentang atau nangka
masak hingga mendidih
kecilkan api dan tunggu sehingga keluar sedikit minyak
tutup api dan sedia untuk di hidangkan


p/s
jika menggunakan santan segar rm3 tambah lagi 3 atau 4 cawan air.masak gulai ayam kampung biarlah kuahnya cair dan pedas sedikit..

Tuesday, 11 January 2011

Roti Oat Madu

Selamat Petang semua...

Ekceli akak simpan resepi ni dah lama..bila mas DuniaKu sudah menakluk hati semua orang dgn adunan basic dough roti nya,akak pun teringat resepi dari CMG ni yang sudah terperuk lama dalam list simpanan..
Roti ni bagi akak memang sedap.kulitnya garing tetapi tetap lembut di dalam..masa membakar anak2 yang dua org tu masih di sekolah..bila diorang bukak je pintu rumah terus wazir dan ainul berkata...mmmmm...sedapnya bau...macam kat kedai roti, mak masak apa?

meh layan resepi ....mat,akak cNp terus dari dapur mat ya..minta halal kan ya..



Roti Oat madu by:anymz-mykitchen

Bahan Doh Span :-)
320 g tepung roti
2 camca teh instant yeast
180 ml air + 2 camca besar air
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*optional)

Bahan Lain :-)
80 g Quaker Oat
60 ml air
6 g garam
25 ml madu
25 g gula perang (brown sugar)
30 g mentega

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan bahan2 untuk doh span, gaul rata sehingga menjadi doh, bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan perap 3 jam.
  2. Masukkan oat, air, garam, madu dan gula perang ke dalam doh span tadi, uli hingga sebati dan rata. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan licin.
  3. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar (kurang lebih 200 g setiap bahagian) bulat2 dan rehatkan 15 minit. Ambil satu bahagian doh, leperkan sedikit dan gulung seperti swissroll hingga kemas. Alih ke dalam tin berukuran ( 5 x 3 x 3 ) inci. Buat hingga siap (mat gunakan 4 tin).
  4. Tutup tin dengan kitchen towel dan biar 45 minit hingga roti naik, sapu permukaannya dengan sedikit air dan tabur oat sebagai hiasan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit. Keluarkan dari tin selepas roti masak dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. KAEDAH LAIN :- Masukkan bahan doh span ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "on". Biar hingga siap dan biarkan 2 jam lagi dalam BM. Kemudian tambah bahan2 lain dan set balik BM pada setting untuk doh dan tekan "on". Selepas habis proses menguli (kurang lebih 30 minit, mengikut BM masing2), keluarkan doh dan buat seperti keadah no. 3, kalau tak de tin macam mat punya tu, boleh juga dibulat2kan seperti "bun"..

bangah kata kalau cicah mushroom soup mesti sedap nih..tapi sayang..roti nya sudah habis.
esok mak buat lagi ek..hari ni korang makan je lah dulu denga kari ayam tu..