Wednesday 18 May 2011

Kek Puding Karamel

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah kembali akak bersiaran hari ini.walaupun selepas ini mungkin akan jarang2 bersiaran di sebabkan oleh masalah2 teknikal,di tambah dengan kesibukan memantau anak2 yang sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun akak jadi bertambah2 sibuk akhir2 ini..minta maaf kalau ada rumah teman2 yang akak tidak sempat menjenguk atau menjengah..walau akak tidak meninggalkan sebarang komen tetapi biasanya akak selalu intai2 dapur korang..
Akak buat kek ni petang tadi hasil skodeng rumah hana,kuantan.hana pulak skodeng dari yani,myR.dah lama betul resepi ni dok dalam draft baru petang tadi akak sempat mengambil gambarnya..pernah buat ni dulu tapi akak tak sempat snap gambar..petang tadi sebaik aje keluarkan dari bekas tanpa berlengah terus akak snap sebelum rakyat jelata balik dari sek..alhamdulillah dah habis licin dah kek yang amat2 mebeles nih..cuba lah buat bagi sesiapa yang belum pernah mencuba ya..tak rugi.memang sedap..


kek puding karamel
by
anymz mykitchen

  • Bahan-bahan
    • Karamel
    • 60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
    • 2 sudu besar air
    • Puding
    • 2 biji telur
    • 400ml susu cair@segar
    • 35g gula
    • sedikit esen vanila
    • Kek span
    • 70g tepung gandum
    • 60g gula halus
    • 2 biji telur
    • 20g mentega- dicairkan
    • 20ml air - yang nih hana tambah
    Cara-cara
    1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
    2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
    3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
    4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
    5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
    6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
    7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
    8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
    9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
    10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
    11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
    12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


Jangan risau.tak perlu kukus puding tu dulu.
buat je puding dan bakar sekali dgn kek.


10 comments:

Unknown said...

wahhh sedapnya kek berkaramel tu kak...terliur dh saya ni nk buat malas pulak...tumpang mkn sini jer lah yer...hehe

Nazrah said...

meleleh tengok keremal nya...

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaa...dah lama dulu jek buat...rasanya 3 thn dah..hahaha..Anim, boleh nak ngecek 3 ketuiii tak...bole laaa..bole laaaa...boleee laaaaaaaaa (*hentak2 kaki ni)

CT Delima said...

Assalamulaikum kak anim

Dtg jalan memalam ni singgah terus dapur kak anim. Kat sini hujan lebat, terasa lapor pulak boleh lah mintak sepotong dua nak merasa kak... hahaha

Yatie said...

wow cantiknya kek puding karamel akak....jeles tauuuuu...yatie tak terbuat2 lagi..bilalah nak merajinkan diri ni...

Anna Qawina said...

huh...kak anim...lamanya tak buat kek gini..malas nak asing telur..hehe

Mas said...

cantik la kek tu...
lama dah tak buat kek ni.....
sedappnya tengok..

Nor said...

subhanallah cantiknya kek puding kak anim..terliur menengoknya! umi tak pernah buat ada warna-warni ni, biasa buat plain je. nak try tiru mcm kak anim lak!

Biasalah kak..anak exam, mak pun exam sama.nanti kalu anak dpt hadiah, bagi kat mak tau!

Nadz Nazharzan said...

Kak Nimmm...Cantiknya kek akak.. Naz pernah cuba dulu tp tak jadi..Pas tu rasa takot nak cuba buat lagi sbb tak konfident.. Tolong ajar kak Nim..

ady said...

as-salam kak
emmm...cantik kek pudung karamel tu kak..warnanye pun cool aje..sedap makan sejuk2 ni....