Wednesday 10 August 2011

Kuih Lopes

Assalamualaikum semua

Dan selamat sejahtera buat teman2 yang berkunjung ke mykitchen.
Alhamdulillah kita masih lagi sihat dan dapat meneruskan ibadah puasa ini dengan sempurnanya.semoga hari2 yang mendatang kita di kurniakan kesihatan yang baik agar ibadah ini dapat kita jalankan sehingga ke penghujungnya..InsyaAllah semoga kita dapat khatam kan 30 juzuk al Quran menjelang akhirnya nanti ya.
Tergoda di rumah mas@Duniaku yang menayangkan kuih lopes ini semalam,akak pun apa lagi terus ke freezer .Tengok ada satu bungkus lagi beras pulut yang belum di buka.Malas nak fikir panjang,terus akak rendam je 2 cawan beras pulut tu utk tujuan melopes..
Tak boleh buat banyak2 takut anak2 tak gemar.Memang sah....diorang cuma makan seorang sekeping je.Dah agak dah..macam tu lah anak2 ni kalau tiba bab kuihmuih melayu ni.memang agak memilih sedikit terutamanya yang manis2.kalau bulan posa ni,diorang ambik kuihmuih yang berasa sedikit pedas.macam karipap ke,popia ke,itu pun tak berapa nak laju diorang makan..Kalau nak beli pulak asyik buat dosa je nanti..sana sini sinun serba kekurangan..takde manis,rasa basi ... eh pokoknya macam2 lah..
Okay takmo bebel banyak2 meh jamu mata dan resepi..


Kuih Lopes
by
anymz mykitchen
Resepi : Tulipmyresepi
Sumber : MasDuniaku


sambil makan en somi bersuara.lopes.JLO.jennifer lopez.mmm..
apa daaaaa abang niiiii.

Bahan :
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan - dikisar
  • 1 st air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah untuk wangikan air gula.


  • Cara membuatnya :
    1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
    2. Alas bekas 4segi @ bulat dengan plastik @ daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dengan plastik @ daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
    3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
    Nota :
    • Air gula merah akan bertambah pekat apabila sejuk
    • Untuk air kapur tu rasanya tetap sama jika tak diletak. Air kapur untuk menampakkan lagi seri beras pulut tu. Kalau tak nak pakai pun tak pe. Selamat mencuba...

16 comments:

Azlita Aziz said...

kak sedapnya....
ita sekeluarga semua suka kuih ni.. kalau buat cepat aje habis...

nanti ita nak cuba lah resepi dari tulip ni..

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
sukanya ngan kuih lopes... mmg sedap n puas ati buat sndiri kan akak... sedap2!

Yat Maria said...

Salam Kak,

nak gak kita wat lopez cara cam ni..senang gak :)

Ina Mohamed said...

salam kak, dulu saya tak kenal kuih ni. tapi lepas makan, sedap pulak. penah penah la buat sekali, tu pun bila ada yng request... hehehe

Anawahid said...

sana sini dok melopes, sabo je la kak... huhu

ijayuji said...

Salam kak animmmm!!! alaaaaaaaa nak kuih lopesss!!!!!!! ni yg terasa nak buat jugak lah ari ni! hihihi macehhh bg idea kak! kalau RAJIN lah tapinyer hihihi... Kuih kegemaran kita :-)

Yatie said...

waduh K.Nim, buat terliur je tngk kuih lopes ni..cantik kaler ijaunya terang...kegemaranku...nak wat gaklah..hehehehe semuanya nak di buat...

Mas said...

muahahaha...lawak la suami akak tu...
cantikkk lopes kak anim ni..
buat sendiri puas hati kan kak..
mas pun jarang beli kuih kat pasar ramadhan....

tun_telani said...

famili tun kan, mmg xpergi bazar ramadhan. lagi2 abah tun tu, mmg x suka mkn kedai. mkn kt umah lg sedap walaupun cuma ada ikan goreng. hehe.. kdg2 bw jugak laa adik2 round bazar ramadhan, tu pun cuci mata. paling2 pun beli apam balik sebiji. tun xpenah wat kuih lopez! kalau nk wat ni, kene mkn berat dulu, baru blh makan. sbb tun angin sket kalau perut kosong, pastu mkn pulut..

Acik Erna said...

anim akak baru borangan nak buek..kok tau anim dah buek poi mah anim yo la ambik..he he

Ayu said...

Kak anim, cantik lopez akak ni..
gamabr pun cantik kak..
nasib baik kita dah makan hari tu tak lah kempunan kan..heheh

inahar ali said...

salam kak anim..kita pun br wat kuih lopes nih weekend ritu..anak2 kita seme suker..diorg mmg suke kuih2 manis lak..hehe!

Deliah's Deli said...

fav ni..nk 10 keping JLO ni kak...bt moreh nnti. :))

anymz said...

to azlita

cubalah ita.senang resepi ni.kejap je dah siap.


to diana

memang puas diana.air gula tu boleh letak lebih.kalau beli, kuah gula tu selalu cair.lepas tu sikit je.Tak cukup utk rakyat jelata dalam rumah ni.hehe


to yatt

confirm senang..pasti yatt boleh buat.:)


to ina79

selalu akak beli je ina.ntah kenapa kali ni nak buat sendiri pulak.puas gak makan.kuah gula pun boleh letak lebih.:)


to anawahid

takmo sabo lama sangat..pi buat cepat..hehe

Nadz Nazharzan said...

kak Nim...
Lopes..lopes..memang best..tapi kalau Naz buat..takut tak abis..hehehehe.. tak abis bukan sebab tak de peminat tapi sebab kuih2 yg manis2 ni tak berapa laku bila buka puasa..Kalau buat minum petang mmg habis ni..Cantik arr kaler dia..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam kak Anim...
hehehe gelak baca n3 pasal pasar :)

Sama lah anak2 hawa kalau kuih muih yg manis2 ada sikit slow sikit..tapi kdg2 kalau nak beli ... tu lah ada yg kang basi atau etc....