Tuesday, 2 August 2011

Telur Sosej

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah sudah dua hari kita berpuasa dan syukur juga kepadaNYA sepanjang dua hari ni akak dapat lalui dgn tenang dan bertenaga mungkin sebab berkat berpuasa rejab dan sya'aban tempoh hari.
Di tempat akak ni sudah dua hari cuaca panas terik..Akak tak berapa lalu nak makan masa bersahur.Memang sejak amalkan puasa masa rejab dan syaaban tu hari akak tidak mengambil nasi waktu sahur.Akak cuma makan sekeping roti dan minum air nescafe.
Menu hari ni boleh juga di cuba bagi sesiapa yang tidak mahu makan nasi waktu sahur.Boleh di makan dengan roti atau di ratah begitu saja.
Sebenarnya resepi akak ambik dari dapur kakPah yang sudah tersilap teknik nak masak telur dadar tapi di sebabkan kuali melekat terus kakpah buat telur sosej ni.Akak pun sebenarnya main cuba2 je terus anak2 terpikat dengan telur sosej nih.
Maaf ya belum sempat nak BW ke rumah kawan2..InsyaAllah esok akak akan menyusul ke rumah teman2..Entri hari ni pun secara auto post..

Telur Sosej
by
anymz mykitchen


Bahan

5 biji telur
1/4 cawan susu segargaram secukup rasa
lada hitam secukup rasa

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk dan pukul sebentar.
Inti:
5 batang sosej ayam atau daging. Potong nipis.
1/2 capsicum hijau potong dadu
1/2 capsicum merah potong dadu
1 biji bawang merah didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 biji tomato didadu
1 batang celery dihiris
3 sudu kacang peas
minyak zaitun untuk menumis (minyak lain pun boleh)

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila naik bau masukkan sosej. Kacau sebentar dan masukkan bahan lain kecuali tomato. Bila hampir masak masukkan tomato dan padamkan api. Ketepikan.
Panaskan minyak atau sedikit butter. Bila panas, masukkan telur. Masukkan pula bahan inti. Kacau perlahan-lahan sehingga telur kering dan agak garing. Siap.



makan dengan roti .
Sedap


5 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Kak Anim,
selamat berpuasa untuk kakak dan keluarga,

kami jarang makan nasi waktu berbuka, tapi waktu sahur nasi adalah semestinya, sebab untuk tenaga terutama buat anak-anak yang masih kecil...

menu Kak Anim tu memang disukai anak2...

kasihredha said...

kak
nanti akak nak try makan roti dan nescafe lah. Waktu puasa bulan saaban hari tu tak sahur pun..hihi

P/s : kak...akak tak terima lagi kiriman akak tu .

Zalieda Zaliedana said...

Kak Nim,mkn ngan roti mmg best nih,menu yg ringkas,tapi sedap kan.

Yana Shaiful said...

Salam Kak Anim..

Meni feveret yana nii..simple tapi tetap menyelerakan.. mkn dgn roti maunya abih 4 5 keping nii hehee

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
diana pun mmg x ambik nasi waktu bersahur dan berbuka.. cuma hubby n anak2 jer yg makan nasi.. .. ermm.. resipi kat atas tu mmg idea yg baik tu tuk menu bersahur kan akak