Mintak ampon pada izahdaut semoga dia tabah mengharungi hari yang berlalu hari ini..
Rasa2nya akak pernah post n3 ni suatu masa dulu tapi tak pasti..apa2 pun entri hari ni untuk memberitahu yang selain dari daging,udang,ikan,sotong jugak boleh kita gulaikan dgn rebung..untuk lebih menyedapkan lagi gulai ini kita boleh tambah dgn daun limau purut tapi sudah tak menjadi masakan pure org negori lah.. kalau mau pelbagaikan apa salahnya mencuba.betul tak?sedap memang sedap.tapi untuk entri hari ini akak tak letak sebab takde stok daun limau purut..di entri yg lain akak letak ya..
masak lemak sotong
by anymz mykitchen
bahan2
1/2 kg sotong size sederhana-bersihkan,buang hitam,cuci bersih dan toskan.jgn di potong2.tapi kalau sizenya besar elok lah di potong 2 atau 3.
16 ulas cili padi-di tumbuk-kalau tak makan pedas,boleh kurangkan
sedikit kunyit hidup-di tumbuk
1 paket rebung-keluarkan dari plastik dan toskan
1 keping asam gelugur
11/2 biji kelapa.ambil santannya dgn dua kali pusingan perahan.
kalau menggunakan santan segar beli santan segar Rm2 + 1 atau 2 cawan air mengikut kesesuaian kepekatan masing2.
1 batang serai-jika mau letak daun limau purut
garam secukup rasa
cara
letak sotong,rebung dan bahan2 tumbuk ke dalam periuk
renih dgn api yg kecil sehingga sotong dan rebung mengeluarkan air.
bila dah hampir kering airnya masukan santan,serai,garam,asam keping dan daun limau purut.jika kurang kuningnya boleh tambah sedikit serbuk kunyit.
jerang hingga mendidih.
dah masak tutup api dan sedia untuk di hidangkan.
p/s
jika tidak menggunakan daun limau purut tak perlu letak serai..
10 comments:
akak..nak semangkuk...mas tak lunch lagi ni....
biar la mek jah tu sawan tengok masak lemak ni..he..he..
mas pun buat masak lemak ayam ari ni..sedapp...
lalalalalalalaa...
hari ni hari jumaatkan?alhamdulillah..selamat!!
Tak pernah masak lemak kan sotong ni. Selalunya, Yati masak hitam je, guna ink hitam dalam sotong tu. Lauk peberet Yati sejak kecik. :)
Next time boleh cuba masak lemak pula. Thank you kak Anim, share resepinya.
Assalam K.Anim,
Kalau nak cari resepi lemak pedas mmng cari kat dapor akak je..semuanya menyelerakan..dan akak mmng pakar masak lemak cili api ni...
kak anymz
nak nangis tengok sotong tu...
sodap sodap...hhuhu
kak kita nak sotong aje..rebung tak reti makan..hehehe
Assalamualaikum...
Mak ai sotong pun boleh buat gulai lemak. Mcm tak percaya. Musykil..musykil...(sambil geleng2kan kepala)
kak anim, sedapnya kak....kalau dapat semangkuk ni kan best menarik resepi akak ni harus dicuba ni...:)
to mas
sorry lah mas,lambat balas komen kat sini.eh!mas.mek jah tak sawan lah..dia jadi mek baik lah hari ni..hehe
to izah
ya semalam jumaat.hari ni sabtu..akak terlewat membalas komen di sini sbb sibuk di rumah org kawin..baiknya ko zamalam ya zah..hehe
to yati
cuba lah yati..masak lemak ni mcm2 boleh di gayakan cuma nak berani je.hehe
to yatie
huhu..shy lah yatie..kalau masak lemak memang menjadi bidang kesukaan masakan akak dari dulu2 lagi..selalu kena marah dgn mak masa nak mahirkan diri dgn masakan masak lomak ni yatie..
to kasihredha
ssshh..shh...jgn nak nangis kak..nah ambik lah seketul sotong ni..pi main jauh2.hehe
to ayu
laaaa.ya ka ayu?..rugi lah tak makan rebung.ingat baru nak bagi ayu rebung 10 kampit.hehe
to kak sam
iya..apa2 pun boleh kita buat masak lemak.asal kena gaya masakannya.hehe
to nieza
cuba lah nieza..sedap ni..
Post a Comment