Tuesday, 31 May 2011

English Cottage Bread


Assalamualaikum semua
Minta maaf lah hari ni agak lambat akak bersiaran..sibuk sangat hari ni,maklum cuti2 sekolah ni banyak sangat aktiviti yang tidak di rancang..kejap ke KL sekejap ke Melaka.entah apa2 yang di sibukkan tak tau..menyibuk2 kan diri sebenarnya ada laaaa..hehe
Ni akak buat roti ni sebaik aje akak terima oven breadmaker hadiah dari adik semalam..nanti2 akak update post tentang oven tu ya dan jugak nak mintak tolong korang akak ajar guna oven jenis ni.breadmaker yang uli2 terus dia bako..tak dan akak nak ketul2kan jadi bun..seb baik mula2 akak buat ni akak guna english bread dari cik mat gebu kita ni..memang gebu arrrr roti ni.sedap cicah dgn air milo atau kopi..meh dok sini kita sembang2..meh..


English Cottage Bread
by
anymz mykitchen
Source:CMG


BAHAN-BAHANNYA :
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
30 gram gula halus
5 gram garam halus
10 gram susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 3/4 camca teh instant yeast
30 gram telur (kacau 1 biji telur, dan timbang)
130 ml air sejuk (dari peti ais)
30 gram mentega
Sedikit mentega, untuk disapu*
Sedikit gula untuk ditabur*

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan bahan diatas kecuali yang bertanda (*) dan mentega. Gaul hingga semua sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus bekas tadi dengan plastik, perap 1 jam atau hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, kecuali bahan bertanda (*). Pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. Gris acuan berukuran 8 inci x 5 inci x 5 inci dengan mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian gulung doh tadi seperti swiss roll, kemaskan dan masukkan ke dalam acuan tadi. Biar kan selama 45 minit hingga naik.
  3. Dengan menggunakan pisau tajam, toreh memanjang permukaan roti tadi. Sapu sedikit mentega dan tabur dengan gula. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau kuning keemasan bergantung pada oven masing2.
  4. Bila roti masak, keluar dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

12 comments:

Ummi said...

Assalam Anim, ambooiiii...tekak mahalnyaaa...ala2 english pulak...hehe, tp mmg nampak menarik je roti tuh...

K.Nor said...

wahh dah dpt toy baru!! ^___^

kasihredha said...

bestnya kak, buat roti sendiri sure puashati kan berbanding yg beli kat kedai.

Unknown said...

patutlah bau harum org bakar roti jer...hehe tahniah ada toys baru tu.

akak, bm tu maybe akak kena cari setting yg utk doh saja..kalau tekan setting lain memang dia akan uli dan terus bakar dlm tu la...selamat mencuba yer:)

izahdaut said...

waa dapat bm baru ye.. eh akak sebelum ni mmg tak de bm lagi ke? saya punyer pun leh bakar terus tapi tak pernah guna. suke buat roti bentuk bun tu. comel n senang nak letak inti bagai kan. apa pun roti akak tu mulusss je..

Mas said...

tahniah kak dapat toy baru...
boleh la ligat meroti...kikikiki
tak sabar nak tengok toy baru akak tu....

Hanim said...

bestnya dapat BM...leh la meroti slalu xyah nak beli roti lg kan? bila la saya nak dapat BM ni.... :)

Anna Qawina said...

waduh....nak tgk jugak rupa paras toy baru akak...nanti leh pinjam kot..hehe

Rin Saharina said...

nak try la.rin mmg gile roti pun.kihkih.

zarin said...

huh, after this musti keluar gambar roti je kan kak ;-)
bestnyaaa dpt free pulak tu

CS @ Mama AA's said...

bagusnye klu ade kekuatan nak buat sndri huhuhu...
blela seru nak smpai ni...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak..
wah cantik n gebu jer roti tu... suka tgk... :)