Assalamualaikum
Satu hari akak tinggalkan blog rasa sunyi sepi dunia...sebabnya tak dapat menyakat kawan main masak2 di sini..rindu arrrrr
Semalam akak memenuhi temujanji utk menghabiskan sesi INI yang ke4..alhamdulillah so far akak berjaya menurunkan berat badan, walaupun jiwa rasa terseksa pada mulanya apabila akak tidak di benarkan mengambil nasi selama 2 minggu.tanpa sokongan en somi memang payah akak nak mengharungi semua ini.sekarang akak sudah di benarkan mengambil nasi tapi dalam jumlah yang di benarkan..takpelah janji haku dapat makan nasi.huhu..tapi serious akak ckp,pd awalnya mmg terseksa utk selama 2 hari selepas itu kita sudah boleh get used to it.sekarang perut ni sudah tidak boleh menerima makanan yang berat2..automatic kita akan ke toilet.(wakaka... sila mencebirkan mulot anda ya)
Hari ni akak masak yg simple2 je dulu..resepi ambil di rumah CMG.maceh mat,kita share resepi sebagai rujukan anak2 di masa akan datang..
Kari Ikan Pari
by anymz mykitchen
source:CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram kepingan ikan pari
2 biji terung kari (bujur pendek berwarna unggu)-akak guna terung panjang yang biasa
1 biji tomato, belah 4
2 biji cili hijau, belah 2 tapi jgn putus
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh rempah kari ikan
1/3 cawan susu sejat "ideal"-akak guna 1/4 cawan santan
Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 hirisan nipis lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca teh halba campur
1 hirisan nipis halia, hiris halus
2 tangkai daun kari
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan pari diperap dengan jus limau nipis dan garam selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Terung di buang sedikit kulitnya, belah 2 setiap biji dan belah tapi jangan putus pada setiap belahan, rendam dalam air berisi sedikit garam. Rempah kari disatukan bersama bahan kisar halus, kacau rata. Ketepikan.
- Dalam periuk, panaskan minyak, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan bahan kisar + rempah kari tadi, terus menumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil.
- Tuang air secukupnya (anggaran 800ml), kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, asam gelugor dan juga terung. Masak hingga terung lembut. Perlahan kan api, tuang susu cair, kacau dan masukkan tomato serta cili belah. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih sekejap (jangan lama2, sebab guna susu cair) dengan api perlahan.
- Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti. Kalau nak ganti susu dengan santan pun tak de masalah. Nak letak serbuk perasa pun ok, ikut kesesuian masing2 yeaa...
petai dari pokok sendiri
Ini kes nak berlagak dan sila menyampah ya.
wakakaka
makan petai dengan sambal tempoyak
sila telan air liur
jgn marah hah..
