Saturday, 19 February 2011

Apam Labu

Assalamualikum semua..
Taaarrraaa.....hah ijah akak dah buat dah..bila bukak je dapur rumah izah pagi tadi terus jumpa apam labu ni.kebetulan akak ada beli labu kat pasar tani tu hari..tak tau nak buat apa lagi terus akak mengodek apam bila izah kata apam ni sedap..memang sedap.betul kata ko ijah oi..
Asal usul apam ni dari versi keledek tapi si izah tu memandai jek pi tuko ke labu..labu pun labu lah izahhhhh..janji sodap..tak rugi mencuba..
akak mintak ijin salin resepinya ya..mokaseh yo..

Apam Labu
by anymz-mykitchen

Bahan A

3 sudu makan tepung gandum
2 ssudu teh yis
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam


Bahan B

230 gm labu-di rebus lembut
150 gm gula
1 biji telur
150 ml santan pekat


Bahan C (ayak bersama)

200 gm tepung gandum
1 sudu kecil double action baking powder


cara

Campurkan bahan2 A dan kacau hingga sebati.kemudian biar kan selama 5-6 minit.
Campurkan semua bahan B dan kisar halus.Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
Masukan bahan C ke dalam adunan B yang di kisar sedikit demi sedikit dan kacau rata.
Masukan pula bahan2 A tadi dan kacau hingga sebati.
Biarkan adunan selama 1 jam.(ummi tutup mangkuk adunan)
Panaskan kukusan dan bolehlah di tuang adunan tadi ke loyang besar atau acuan2 kecil yang disapu dgn sedikit minyak dan kukus lah hingga masak (ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15-18 minit)
Hidangkan bersama kelapa parut yang di gaul dgn sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi





Friday, 18 February 2011

Gulai Ikan Sembilang Salai

Assalamualaikum semua
Sekejap je sudah Jumaat..as salam Jumaat pada sekelian yang hadhir pada hari ini..kalau ada yg hadhir esok kira ucapan dah lain lah ya..

Ikan sembilang ni sebenarnya lebihan ikan yg akak gulai masa adik2 balik time cuti CNY tu hari..akak skipkan 3 ekor lam freezer..saja je buat cenggitu.hari ni anak2 ada yg balik jadi dapat lah akak menggulai lauk ni hari ni dgn rebung muda..sedap ikan dan rebung.cadang nak gulai dgn belimbing buloh.buka plastik tgk belimbing dah boleh buat jus..huhu..apa taknya..dah sebulan dia dok lm esbok tu..tukang masak tak sedar..

Hari ni akak bagi resepi yang paling2 simple dan akak rasa bg anak2 yg tak pandai masak pun boleh tiru..sekali lagi akak ingatkan,org2 n.sembilan jikalau menggulai amat2 mementingkan rasa asam dan garam dan kepedasan dan kepekatan santan menjadi perkara utamanya...tang ni korang kena pandai djust..kalau tak tak dapek den nolong doh...huhu..sedih akak..




Ikan sembilang salai
by
anymz-mykitchen


bahan2

3 ekor ikan sembilang/3 keping ikan tenggiri-di bersihkan di lumur dgn garam dan kunyit dan kemudian di salai atas bara atau masukan sebentar ke dalam oven

segenggam cili api (boleh kurangkan kalau takmo pedas)-di kisar
sedikit kunyit hidup-di kisar bersama cili padi
1 paket rebung-di toskan airnya
4 cawan santan pekat + 1 cawan air


rebung tu muda ya akak2 sekelian..jgn marah hah..


cara

jerang santan bersama cili api dan rebung
kacau hingga mendidih
didihkan hingga keluar sedikit minyak
masukan ikan yang sudah siap di salai dan di kerat tiga.
gaul rata dan kacau perlahan agak2 dlm 5 min.
tutup api dan sedia untuk di hidangkan.


Wednesday, 16 February 2011

Red Velvet cake-cupcake

Assalamualaikum semua.....
Alhamdulillah sudah kembali ke rumah dengan selamatnya..dua tiga hari ni akak agak sibuk dgn beberapa majlis sempena sambutan maulidurRasul..
akak buat red velvet versi cupcake ni semalam sebelum akak ke kuala lumpur..buat kek ni utk anak2 adik yg dok sbn..saja seronok buat dlm cup yg akak beli kat ikea tu hari..cuma yg spoil nya red velvet akak tak jadi red sebab terlebih koko..tapi takpe lah..utk anak2 buah yg kecik tu diorang seronok lah tgk kaler cekelat ni kan...kek ni memang sudah menjadi kesukaan anak2 akak..lain kali nak cuba buat dlm cup yg kecik sikit..
Sebenarnya akak dah terlupa di mana akak ambik resepi ni.tapi korang boleh tengok juga kat rumah RIMA yg memang terkenal dgn kecantikan dan kesedapan keknya.puas akak ronda2 rumah kawan2 nak mencari balik dimana akak cedok resepi sedap nih.minta maaf pd yg berkenaan ya.di rumah zarin pun ada tapi korang boleh juga tgk resepi ni DI SINI.
Ini versi akak nak cepat dan buat ikut suka hati je..kalau mau cantik buatlah topping menggunakan whip cream..di lain masa akak post cupcake dgn topping whip cream ya.


Red Velvet Cake-versi cupcake

bahan2

2 1/2 cawan tepung kek-di ayak
1/2 sk garam
2 sb koko
1/2 cawan butter
1 1/2 cawan gula
2 biji telur
1 sk esen vanila
1 cawan buttermilk-(1 sb cuka + 1 cawan susu segar-di adun 5 min sebelum guna)
2 sb pewarna merah
1 sb cuka
1 sk baking soda
1 sk baking powder


cara

Gris acuan.akak guna cup cake.
Ayak tepung,garam dan koko bersama.ketepikan.
Dalam bekas berasingan pukul butter dan gula hingga kembang.masukan telur dan pukul sebati.
masukan tepung dan buttermilk berselang seli.di mulakan dgn tepung dan di akhiri dgn tepung juga.
Campurkan cuka,pewarna merah,baking soda dan baking powder bersama dan tuang ke dalam adunan.
Gaul rata dan bakar hingga masak dgn suhu 190 atau mengikut keadaan oven masing2.
Dah masak boleh juga di hias dgn cream atau topping yang telah di nyatakan.




tak rugi mencuba..memang sedap

Monday, 14 February 2011

Ya Nabi Salamun Alaika

Marilah kita banyak kan berselawat di bulan kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w
Assalam Maulidur Rasul
dan
Selamat Bercuti



Sunday, 13 February 2011

Lompang Salji

Assalamualaikum
Akak masih lagi seronok mencuba resepi dari majalah2 lama yg ada dlm simpanan ni..
Ada tu majalah dr tahun '90an lagi ..fuuhh..lama tul.
Resepi yang ini akak ambil dr majalah mingguan wanita..akak dah lama suka tgk kueh lompang yang dua warna.nampak berselera.
Seperti biasa akak masih dalam pantang dan semua kueh mueh akak bagi pada anak2 untuk di jamu kawan2 diorang di sekolah..



Lompang Salji



bahan2

300 gm gula merah - akak guna 150 gm
200 gm tepung ubi - akak guna 100 gm
400gm tepung gandum - akak guna 200 gm
300 gm gula halus - 150 gm
2.5 liter air - akak guna 2 cawan air biasa dan 2 cawan susu segar
1 sk kapur - 1/2 sk


cara

masak gula merah bersama air tapi akak bancuh gula merah bersama air panas mendidih menjadikan ia setengah cawan.
Gaul tepung gandum,tepung ubi bersama air dan kapur tapi akak blend semua bahan bersama dan bahagi kepada dua bahagian..
Air gula merah tadi di jadikan satu bahagian dan satu bahagian lagi di warnakan hijau.
sapu acuan dgn minyak dan letak setengah aduanan gula meraj dahulu dan kukus selama 10-20 min.
Kemudian tuang adunan hijau ke atas adunan gula merah.
Kukus lagi selama 10-20 min
Sejukkan sebentar baru di keluarkan dari acuan.
Tabur kelapa parut di atas kueh.


sesekali kita tukar rupa kueh lompang.


Udang Goreng Oat Berkari

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat jugak akak bersiaran hari ni..maklum selalu hujung2 minggu begini..sibuknya tak boleh nak cakaplah,..padahal rakyat di rumah ni sudah mula berkurangan lepas diorang cuti panjang sempena CNY tu hari.
Lauk ni akak masak tengahari tadi untuk ainul dan wazir.Diorang tak kesah pun kalau takde lauk berkuah maka maknya ini pun ambil kesempatan je lah kan.masak cincai2 je..akak jumpa resepi ni dulu2 di majalah saji..tapi banyak yang akak derhaka kan sebab resepi asal akak tgk agak leceh..setelah di olah begini lah rupanya..


Udang Goreng Oat Berkari

bahan2

10 ekor udang size sederhana-di potong sedikit hujung kepala dan ekornya.bersihkan.ketepikan

bahanA
1 biji putih telur-di pukul
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit tepung ubi

bahan B
2 sudu besar oat
3 keping biskut cream cracker
3 tangkai daun kari
semua bahan ini di kisar menggunakan mesin pengisar kering
2 ulas cili hidup-di kisar dgn mesin pengisar kering
2 ulas bawang putih-di sagat


sedikit minyak

cara

Gaul udang bersama putih telur dan lada sulah.biar sebentar.kemudian gaul udang bersama tepung ubi dan goreng sehingga masak.angkat
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit.
Tumis cili hidup dan bersama bawang putih hingga naik bau.masukan bahan2 A dan masukan udang dan kacau rata hingga berwarna keperang2an..(spt dlm gambar)
sudah masak sedia untuk di hidangkan


makan dgn serdak tu pun dah sedap.




Saturday, 12 February 2011

Nak Story Sikit..

Assalamualikum semua...
Hari ni lari dari cerita my kitchen tapi masih berkenaan wanita..
Ragu2 mula nya nak bercerita tapi sering sangat kedengaran..cecerita..cecerita...
segan arrrrr...malu wey..macam2 versi negatif dok ada dlm kepala nih..huhu
Hari Jumaat yang lepas akak ada bg tau akak terpaksa mengharungi sesuatu
hah!ini lah cerita yang akak nak mulakan...
En Suami suruh akak bersiap katanya nak bawak akak ke suatu tempat..
Rupa2nya akak di bawa ke tempat ini

ada suka dalam duka




untuk menjalani rawatan ini


dan juga yang ini

Yang sedihnya tolong tengok menu akak ni ya..

Sarapan Pagi-Oat+air panas/2 biji putih telur+air kosong
break time-1 biji apple tanpa kulit
Lunch-2 keping tauhu/4 keping yong tauhu+sayur2an/meehun sup
break-1 potong betik
dinner-sup2 dada ayam(tanpa kulit)/3 biji meatball/3 ketul fishball-tanpa nasi
sayur2an

Akak rasa akak taklah bambam sangat..tapi entah kenapa semakin hari berat akak semakin bertambah..En suami kata memandangkan akak tak pernah dan tak reti meminta2,(agaknya muka aku ni muka kesian ke)..dan dia pun jatuh kesian maka nya akak di bawa ke tempat yang sumpah kalau akak tau mcm ni punya azab takkan mau akak ke situ lagi..tetapi memandangkan en suami yang beria2 akak ikutkan aje..katanya..kesian kat anak2,kesihatan akak yg lebih utama.lepas ni cuma pantau je lah pemakanan akak..sebab utamanya akak dalam proses menuju ke angka 50.(lambat lagi wey.3 thn lg tu)..bila dah menopause nanti mcm2 boleh berlaku..lebih baik mencegah dari berubat katanya.Ini kira ikhtiar jugak..urusan lain serahkan pada Allah swt.
Panjang dia membebel...dia membebel pun sebab akak kata

1-saya gemuk ke?
2-saya dah tak cantik lagi ke?
3-abang nak buka cawangan ke?
4-tak suka saya masak lagi ke?

panjang sebenarnya senarai bebelan akak tuuuu...

Bilis Dan Keledek Berlada

Assalamualaikum semua.
Lauk akak hari ini gara2 versi nak menghabiskan keledek..alhamdulillah tak membazir..lauk yang begini memang menjadi kesukaan anak2 dan sesuai untuk di bawa untuk berkelah dan boleh simpan stok ini utk bbrp hari..
Akak jumpa resepi ni dulu di majalah saji juga..dah byk tahun dah..cuba lah bagi yang belum ya.




Bilis Dan keledek Berlada

bahan2

1 biji keledek-di hiris halus,di goreng dan di toskan
1 cawan ikan bilis-di goreng dan di toskan
1/4 cawan cili kering-di kisar
1 labu bawang besar-di kisar
1 sb gula
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa

cara

Panaskan minyak,tumis bawang dan cili kisar sehingga garing,masukan gula dan asam gelugur
Setelah sambal pekat,masukan keledek,ikan bilis dan kacau rata
Angkat dan hidangkan.

Friday, 11 February 2011

Talam Ubi Keledek

Assalamualaikum semua...
Maaf ya akak belum sempat lagi nak balas komen2 dari adik2 dan rakan2 sekelian..
Ada beberapa perkara yang perlu akak harungi semalam..nanti bila ada masa akak story mory ya..terima kasih pada yg mendoakan kesihatan FIL akak..beliau masih lagi menuggu giliran untuk di bedah..
malam ni ada majlis di surau kat tempat akak.kueh ni untuk di jadikan buah tangan ke surau mlm ni..maklum anak2 kalau bab talam ni agak kurang sikit.kita kata lah sedap macam mana pun adalah seketul dua diorang jamah.itu pun mungkin sebab nak ambik hati maknya..hehe
Terjumpa kueh ni kat majalah saji dah lama..baru hari ni berkempatan membuatnya..senang dan sedap kueh ni..harum je masa mengukus tadi..harum bau lemak santan...tapi akak boleh rasa seketul je sebab akak masih dalam proses berpantang...pantang apa??....tungguuuu nanti akak bagi tau...sabau le izah oi......kekekeke


Talam Ubi Keledek
source majalah saji



bahan2 untuk lapisan bawah

300gm keledek merah - akak guna keledek biasa-rebus hingga empuk dan lecek
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan - akak guna santan kotak + 150 gm air
250 gm gula pasir - akak guna 200 gm
1 sudu kecil garam
1/2 st esen vanila-akak tak letak
sedikit pewarna kuning

bahan2 untuk lapisan atas

100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat + 200 gm air
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam


cara

untuk lapisan bawah

Bancuh tepung beras dan tepung ubi dgn campuran santan hingga sebati.kemudian tapis.
Akak blend semua bahan termasuk keledek.
Kemudian masukan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana hingga pekat.
Tuangkan ke dalam loyang.boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 min.
Jgn lupa sapu acuan dgn sedikit minyak dahulu

Untuk lapisan atas

Akak blend juga semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi dan kukus semula selama 10 min.bila dah masak sejukan dulu baru di potong ataupun keluarkan dari acuan.


letak dlm bekas2 kecil begini mudah untuk di jadi kan sebagai buah tangan



ambik sorang seketul terus ngapppppp...



Wednesday, 9 February 2011

Masak lemak keladi bertempoyak

Assalamualaikum..
Harap jangan marah ya...balik2 n3 masak lomak.
sebenarnya akak masih dlm kecemasan sebab tu akak tak dapat nak membaking hari ni..rasa cam nak buat cipon cam kat rumah hana..,tgk bingka rumah izahdaut tu pun teringin gak.eh!apam katrumah mas duniaku tu pun nampak best gak..tapi hari ni telan air liur je tgk semua tu..FIL akak dah dlm ICU skang ni..jadi akak dapat masak lauk ni je hari ni.ni pun first time akak masak lauk style begini..mula2 nampak keladi kat pasar tu akak tanya makcik pasar.

ni apo ni makcik?
makcik jwp..keladi lah..
akak tanya lagi..gatal tak?
isssshh..mano lak gatal..dah byk kali den masak..takdo lak gatal doh..buek gulai tempoyak buh sorai sebatang sodap....
muhahaha...kalau sape tak paham tu sila buka kamus n9 ya..hehe..

bahan2

1 ikat batang keladi dan sedikit isi
1 batang serai-di titik
3 sb tempoyak
3 cawan santan-tak guna santan pekat sebab tempoyak akan memekatkan kuah.
1/2 genggam ikan bilis
3 sb cili padi yang sudah di tumbuk
sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup yang di tumbuk bersama cili padi

cara

bersihkan keladi dan rebus sebentar dan buang airnya ketepikan
masukan santan sekali dgn tempoyak.cili padi,ikan bilis dan serai ke dalam periuk.
Jerang hingga mendidih dan masukan keladi.
didhkan sebentar dan sedia untuk di hidangkan..

keladi ni muda betul.ni lauk akak je lah.anak2 tak reti makan ni.


ulam sampingan.jering dan sambal bacang.

My favourite Blog

My Feberet Blog


Assalamualaikum
Pagi2 semalam bukak aje blog si Izahdaut ni terus nampak homework yang dia bagi pada akak..terharu sebenarnya sebab walaupun izah jauh lebih muda dari akak tapi kepakaran izah dlm masakan tak boleh di sangkalkan lagi.tengok je entri2 dia yg telah lepas..maceh Izah sebab tak jemu2 izah singgah ke sini dan melayan akak bercakap negori...walaupun kdg2 ayat2mu lintang pukang tapi takpe akak suka..hehe

Syarat:

1. Copy gambar atas ni di entry. Letak kat atas sekali.
  • Dah letak dah tu

2. Nyatakan dari mana dapat tag ni.
  • Dari IzahDaut yang pernah merajuk tak menjadi dan buat semua orang susah hati..

3. Listkan 5 blog yg menjadi favorite serta sebabnya-

Sebenarnya semua blog masak2 memang menjadi blog feveret akak..malangnya hampir kesemua yang akak nak tag sudah di tag oleh CMG,Hana,Ummi,nor secubit garam,TTM,mas Duniaku,along Roz,Ayu S'pore,Yatie memories,Ros Jintan manis,HaSue,Yani,Azlita,Yatt maria,LemonGrass,Anna Qawina,LinRosLy,Lady of Leisure,kasehredha..issh..ramai lagi lah..
Pada semua blogger masak2 anda semua adalah sahabat yang terbaik dan senantiasa menjadi feveret dan rujukan akak.
Kalian tetap di Hati ini.(wah!..emo pulak kejap)
Terima Kaseh semua.



Award ni pulak akak dapat dari Deliah's Deli..terima kaseh Dell..ni ke mana menghilang Puan Dell kita nih..dah dua tiga hari tak nampak..

Tuesday, 8 February 2011

Masak Lemak Cili Padi Ikan Kurau masin Bersama Bacang Muda

Assalamualaikum semua..dah makan tengahari?..mesti dok tersandar pulak tu kan..sambil2 pikir apa nak masak utk minum ptg.buat kueh apa tu??..hehe

Lauk akak tengahari tadi memang marvelous habis..sila jangan muntah ya..nyampah sikit2 takpe jangan byk2 nanti akak merajuk..wakaka..buat Izahdaut yang sedang mengidam masak lomak tu sila jamu mato yo.
Mula2 akak di perkenalkan masakan ni oleh arwah mak, memang akak agak pelik sebab bacang di gulaikan dgn ikan masin tapi menurut mak akak, ini masakan org2 zaman dulu cuma ikan masin tu aje di modenkan maklum dulu2 mana ada ikan kurau kan..sebab ikan ni agak mahal harganya.akak beli banyak tu hari tapi simpan dlm freezer dan masak sikit2.meh kita tengok resepi mudah dari akak...


Ikan Kurau masin bersama bacang muda
by anymz my kitchen

bahan2

2 ketul ikan masin -sebarang jenis tapi akak guna ikan kurau.-akak rendam sekejap utk menghilangkan sedikit rasa masin.
15 biji cili padi-di tumbuk halus
sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/2 biji bacang muda-di potong wedges

cara

sediakan periuk dan jerang santan cair dan ikan masin bersama jugak serbuk kunyit.jgn lupa tu.
kacau selalu supaya jangan pecah minyak.akak tak letak garam sebab ikan masin tu dah masin ya.tapi bagi sesiapa yang merendam kan dulu ikan masin tu boleh lah letak sedikit garam supaya tidak pecah minyak apabila menggulai.apabila sudah elok mendidih,masukan santan pekat dan bacang,kacau lagi hingga mendidih.kecilkan api dan tunggu hingga bacang sedikit empuk.tutup api dan sedia utk di hidangkan


close up sikit.tengok bacang muda tu..terliur tak.sekarang ni kat tempat akak sedang musim buah bacang.



nah dah siap.silalah...
bismillah

kalau sesiapa suka nak letak bawang ke,serai ke,sila lah tak jadi hal.cuma masakan negori yang pure begini lah rupanya..cukup menjimatkan.jimat bawang je lah..santan tu mahal kemain lagi sekarang ni kan?

maaf.hari ni gambar tak berapa menarik sebab cameraman sudah bertukar.bukan org yg biasa.


p/s

Zah,
ko pilih zah,nak gulai bacang ko nak buah diyan?...

Monday, 7 February 2011

Mini No fail Banana Muffin

Assalamualaikum
Akak jumpa muffin ni kat rumah izah..entah kenapa hari ni rasa seronok bila nampak izah dah muncul kembali terus akak jenjalan kat dapur dia yang sudah tentu ada aneka ragam muffin..pelbagai rupa dan rasa.kita ni je lah yang antara rajin dengan tidak je nak mencuba..
kebetulan bahan2 untuk resepi yang ini semuanya ada dalam rumah terus akak mengodek..senang je nak buat muffin,guna whisk pun jadi..
Izah dapat muffin ni dari rumah Rima dan akak ambil dari dapur IZAHDAUT..sedap kata anak2.anak2 suka akak lagilah suka.
Akak ikut cara izah jugak guna papercup yg comel..Zah akak CnP je ek..maleh den nak salin2..tangan dah naik kematu akibat rasa seram sejuk,antara demam tak demam nih..



NO FAIL BANANA MUFFIN
by anymz mykitchen
source:Izahdaut
Source : Rima

Ingredients :

  • 1 1/4 cup all purpose flour
  • 1 tsp baking soda*saya letak 3/4 tsp soda & 1/2 tsp baking powder
  • A pinch of salt
  • 1 cup sugar (I only used 3/4 cup)*next time nak kurangkan lagi
  • 1/2 cup canola/corn oil (I used melted butter)
  • 2 eggs
  • 1 cup mashed banana
  • 1 tsp vanilla

Method :
  • Mix flour, baking soda and salt.
  • Whisk sugar, oil and eggs until smooth. Add banana and vanilla, beating well.*saya guna mixer-akak guna whisk
  • Add flour mixture and beat until well combined.
  • Bake at 180 deg C for 25 mins. (I baked them at 160 deg C for 25 mins)
*saya buat dlm bekas papercup paling kecil,bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
akak pun guna cara yg sama

Yields : 10 pcs for big cupcake casings or 18 pcs for smaller casings. (I got 11 pieces)



sila lah ambik sorang satu..tak cukup belakang kira lah ya.



Sunday, 6 February 2011

Kari Burung Puyuh kering Ala Rendang

Walaupun rasa tak sehat tapi masak tetap memasak.lebih2 lagi ada anak2 yang nak balik ke destinasi memasing.kesian pulak kalau diorang balik dgn perut kosong..ada jugak yang bawak bekal lauk ni bila kembali ke asrama..
Bila akak ke pasar tani minggu lepas akak ternampak daging burung puyuh ni..ada yg jual sudah siap di salai dan ada jugak yang segar tapi akak ambil yg sudah siap di salai..memandangkan tekak ni tak berapa nak masuk masak lemak cili padi akak pun buatlah kari kering ni..memang sedap lah.anak2 meratah macam tu aje.maklum daging burung kan lembut.tulang dia pun kita boleh telan..cuma kita kena adjust sini sana sikit lah sebab kan daging nya yang sedikit lembut jika di bandingkan dengan daging ayam.resepi asal akak dapat dari rumah YATIE.

kari burung puyuh kering ala rendang
by anymz my kitchen


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 ekor daging burung puyuh
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus-akak tak guna.anak2 tak suka
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 2 1/2 camca besar cili kisar
  • 600 ml santan
  • 3 camca besar madu
  • Garam secukup rasa
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar kerisik-akak tak letak
BAHAN TUMIS :-)
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
  2. Tambah bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan rempah kari tadi dan biar hingga terbit minyak. Masukan daging burung.
  3. Tuang santan dan masukkan madu serta asam gelugor.
  4. Kacau dan masak hingga kering, Tambah garam secukup rasa dan juga hirisan daun kunyit. Gaul hingga rata.
  5. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar mentah.




sedap di makan bersama roti.




Saturday, 5 February 2011

Portuguese Egg Tart

Alhamdulillah sejak beberapa hari yang lalu baru hari ini akak berkesempatan bersiaran semula..Sibuk tu tidak lah sgt cuma kena hadhir kenduri dan itu pun pergi makan jer,.. tapi sejak dua tiga hari ini akak mengalami masalah sakit urat..macam nak kena flu pun ada..antara rasa nak demam dan tak demam dan telah membuatkan mood terus bertukar..badan rasa bisa2 dan masalah urat bersimpul ni masih belum dapat di selesaikan lagi gara2 cuti CNY..
Ini pun akak tak sampai hati kerana kunjungan adik2 dan teman2 ke sini belum dapat akak balas lagi..insyaAllah bila semuanya sudah pulih akak akan kembali BW ke dapur adik2 dan teman2 ya..
Egg tart ni akak buat bila adik akak balik bercuti baru2 ini..resepi akak ambil di rumah HANA.cuma akak buat taklah secomel hana..dan puff pastry nya tidak berapa crispy..insyaAllah akak mesti nak cuba lagi dalam masa yg terdekat ini..bila buat hati tak puas ni,mula lah rasa nak meroyan je kan?...meh kita tgk resepi..

Portuguese Egg Tart


Bahan-bahan (5-6 biji)
  • 1 keping Puff Pastry
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus- klu tk suka manis leh kurangkan sedikit
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawan Whipping Cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract
Cara-cara
  1. Panaskan oven, 200ºC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan kacau sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dlm tin muffin@alumminium cup@acuan tart shell.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.

egg tart menunggu masa utk di ngapppp




close up sikit..walllllaaaa...memang sedappp




Thursday, 3 February 2011

Mi Kari Ala Nyonya

Assalamualaikum semua..
Terlambat akak bersiaran hari ini.maklum cuti panjang ni macam2 kerja yang nak di buat..
Hari ini akak buat mi kari ala nyonya hasil skodeng kat dapur KJEE..blog kjee bukan blog masak2 cuma sesekali kjee akan produce masakan2 dari resepi2 simpanan nya..kalau kita rajin ikut blog beliau mesti sesekali (ada dlm beberapa kali kot.kjee baru buat blog) kita jumpa resepi2 yg cuma beliau je yg ada..hehe
mula2 akak buat mi kari ala2 nyonya ni suspen ngko..apa taknya pakcik kat rumah ni dah biasa dgn mi kari kuah air udangnya dan masa akak nak cuba tukar berpinau2 akak berpikir takot tidak di gemari oleh rakyat jelata..alhamdulillah...dengan seekor ayam dan sedikit fishball dan fishcake nya sudah habis licin di jamah oleh rakyat jelata...suka..suka..kalau rumah korang ramai rakyatnya buat sediki penambahan ya..semua bahan boleh di gandakan.

Maaf ya KJEE kita betul2 kopipes resepi kjee di sini supaya mudah rakan taulan nak faham cara masakan mi kari ala nyonya buatan kjee yang sebenarnya.


mi kari ala nyonya
by anymz my kitchen
source:KJEE

bahan2nya:

1 cawan rempah kari daging babas
½ cawan cili kering yang telah diblend
8 ulas bawang putih
1 genggam penuh daun kari.
belacan sebesar ibu jari.
4 biji buah keras
½ ekor ayam
kerang
taupok (tahu gorang)
1 cawan pati santan
mi kuning/mi hun
taugeh

cara:
tumbuk bawang putih dengan buah keras dan belacan. kemudian tumis hingga wangi, masukkan cili mesin. kacau lagi sampai garing. masukkan rempah, daun kari dan kacau rata dan bubuh setengah cawan air. masak sampai jadi paste.

Nyonya tu suruh tepikan sikit paste ini utk bubuh atas mangkuk masa nak makan nanti. (kjee tak tepikan. tapi guna cili hijau jeruk). bila paste tu dah wangi, masukkan ayam (setengah ekor) yang telah dipotong bite size. kacau dan tunggu hingga terbit air ayam tadi. Pastu bubuh air anggaran dua cawan atau lebih ikut suka pekat camner. Bila dh melegak, masukkan santan pekat 1 cawan. Kalo suka bleh bubuh fresh milk ganti santan.

Lepas tu biarlah ia mendidih perlahan hingga terbit minyak. nyonya tu kata, jangan selalu kacau sebab mi kari nyonya selalunya pecah santan. tapi kjee ni mana boleh tengok jer kan masakan yang tengah mendidih. tangan mesti gatal nak kacau. maka selama kjee buat, tak pernah pecah santan.

rasa garamnyer. kalo guna msg blehlah bubuh kalo tak buh gula sikit. kepekatan kuah sebenarnya ikut suka masing2. ada yg suka kuah pekat, ada yg suka sedang2 dan ada juga suka cair. adjust air supaya sampai tahap kepekatan kuah yang anda suka.

macam biasa celur mi dan sedikit taugeh dibubuh dlm mangkuk. sediakan kerang yg telah direbus tanpa air dan dikopek sebagai hiasan. begitu juga taupok atau tahu goreng yg dipotong nipis dan disusun atas mi yang telah dicurah kuah panas-panas. Inilah mi kari nyonya.

korang cubalah. memang sedap giler tau. kjee puji sebab bukan resipi ciptaan kjee tapi orang punya. tapi masa hidang kuah dia mesti panas tahap mengelak gitu. aduh maleh nak citer lah.

kjee ada bagi resipi cili jeruk dalam Notes kjee di FB. rupa2nya ada cara buat cili jeruk tau. bukan main hentam bubuh air panas jer tau. korang nak tahu, intailah kat Notes kjee di FB. best giler cili jeruk tu, wa cakap lu.


maaf.kerang sudah habis..
bahan2 tak banyak yg di gunakan..jimat pun jimat.





Tuesday, 1 February 2011

Pancake sayuran @ Lempeng..

Cuaca hari ini masih lagi dgn suasana sejuk suam2 kuku..(isshh ayat apa tu yer)...
Perut lapar tapi malas nak buat sesuatu.Bila buka majalah2 lama tu terjumpa resepi sempoi ni..Resepi ambik dari majalah saji..sempoi sangat..
Pada akak bagi sesiapa yang ada anak yang takmo makan sayur elok di cadangkan buat penkek ni..meh tgk bahan2nya..murah dan mudah utk didapati..yang penting sesuai untuk minum petang.


pankek sayuran
by:anymz-mykitchen
bahan

250 gm mix vege@sayur campur
200gm tepung gandum
sedikit air
1 biji telur
1/2 kiub ikan bilis jika suka
sedikit minyak atau mentega

cara

semua bahan di kisar bersama
panaskan non stick pan dgn sedikit minyak
senduk pankek lebih kurang sesudu dan lebar2kan
masak hingga warna keperang2an.
dah siap angkat.sedap di makan macam tu aje.



rupa dia macam keledek goreng kan..

Rojak tauhu

Selain dari lauk masak lada ala melaka tu,kita kena jugak sediakan sayur mayur nya kan?..kalau tidak tak lengkap hidangan kita tu..tak cukup zat dan tak cukup ummphh...
kali ni akak sediakan rojak tauhu..kalau buat cara ni gerenti licin..maklum anak2 walau dah besar tetap cerewet bila bab makan sayur nih..entah kenapa lah boleh jadi gaya gitu..kan?..
Resepi rojak ni akak main lebur2,campak2 macam tu je..hasil nya memang sedap..sape berani?..mau cuba?...meh kita tgk resepi


rojak tauhu

bahan2

1/2 batang timun-di potong mancis
1/2 biji sengkuang-di potong mancis
segenggam tauge-di celur sebentar dgn air panas mendidih.
2 keping tauhu

bahan kuah
3 cawan kacang tanah-di goreng tanpa minyak dan di tumbuk
3 cawan cili sos-anggaran saja.ikut suka lah ya nak byk mana
jika suka boleh tambah jugak cili kering kisar tapi akak tak letak
sedikit air panas
garam
gula

cara

kacang tanah yang sudah di tumbuk di gaul bersama cili sos,garam dan gula.
gaul sebati dan curahkan sedikit air panas jika perlu
rasakan dan gaul bersama sayur2an dan tauhu maka terciptalah rojak tauhu
boleh jugak di tambah dgn hirisan lada api jika mau pedas..
Mudahkan........

Masak Lada Ala Melaka


Assalamualaikum semua
Baru hari ini akak dapat bersiaran..loteh den kojo an esbok tu hah...berpindah barang2 tu yg buat akak jadi longlai..esbok yg sedia ada je dah ada 2 biji.tu pun tak cukup2..poning den...huhu
Ini aje yg dpt akak masak hari ni..ya betul akak masak awal sikit hari ni sebab ada hal yg perlu di uruskan ptg ni nanti.maklum hari ni semua anak2 berkumpul di rumah sebab cuti panjang CNY ni kan.resepi akak ambik dari majalah saji..dah lama.dah selalu buat lauk gaya gini..memang sedap..kalau suka leh tambah2 kerisek atau kelapa bakar.masak lada gaya org melaka,mereka guna kelapa bakar..huiihh..memang sedap gilos lauk tu..tapi renyah sikit nak membuatnya..

masak lada ala melaka

sumber majalah saji

bahan2

2 ekor ikan cencaru-akak guna ikan kembung
1 paket rempah kari ikan babas
40 gm cili kering(kisar)
2 tangkai daun kari
3 biji bendi
30gm asam jawa
2 sudu besar serbuk lada hitam-ini akak tambah
100ml air
garam gula


bahan tumis

10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 sk herba India

cara

Tumbuk bahan tumis hingga lumat
Panaskan kuali
tumis bawang putih daun kari dan herba India kemudian masukan kesemua bahan tumis tadi.
Tumis hingga naik bau.
masukan cili kering dan rempah kari ikan.
tumis seketika hingga garing.
kemudian masukan air asam jawa dan air dan kacau sebati.
masukan ikan dan bendi dan biarkan mendidih.
sedia untuk di hidangkan..