Tuesday 3 May 2011

Story akak dari Dapur mykitchen

Assalamualaikum semua


MJ juga di katakan sebagai seorang islam di akhir hayatnya.
wallahhua'lam.
gambar pinjam dari en google.



Alhamdulillah setelah beberapa hari menjalani hari2 yang sibuk,baru hari ini akak berkesempatan untuk mengupdate blog kesayangan ini..
Terasa rindu pada teman2 di sini,rindu nak mengusik2 sayang,rindu nak masak2 dan post di sini lepas tu blogwalking ke rumah kawan2 lepas tu kita tunggu2 pulak komen dari kawan2 dan berbalas2 komen dan kondem...hehe..rindu jugak dgn suasana gelak2 dan senyum sorang2..apa lagi sekarang ni semakin kerap bertemu teman2 kesayangan di laman fb...

Hari ni akak tak masak..hari berehat sedunia gitu..sebab akak melalaui hujung minggu yang sungguh melelahkan...dengan kehadiran mak mertua dan adik2 akak yang balik bercuti panjang akak pun apa lagi bersilat gayung bagai lah di dapur di hujung minggu tempoh hari..maka..hari ini akak di benarkan untuk meluruskan pinggang dan merehatkan badan...mmm...maceh pada en suami.

Rentetan dari kisah maid yang lari tu hari di SINI,..akak nak sambung sedikit kisah apa yang jadi pada pembantu itu..pembantu itu sebenarnya bukan seorang muslim,pendek cerita dia bukan islam semasa dia lari ke rumah akak tempoh hari.dia tidak boleh berbahasa melayu dengan lancar dan lebih memahami bahasa inggeris...dari butir bicara dan luahan hatinya dia memberitahu akak dia mahu islam..jiwa nya lebih islam kerana ayahnya seorang islam..
Kalau di ikutkan hati memang akak nak sangat dia tinggal bersama akak dan membantu akak seadanya tetapi akak tidak mampu untuk membimbing dia menjadi seorang muslimah yang sejati lalu dia akak hantar ke rumah orang yang lebih afdal..seorang ulama' dan merupakan guru akak mendalami agama dan mencintai Quran.
Sampai aje di rumah yang berkenaan perkara utama yang dilakukan ialah mengislamkan pembantu ini tadi.
Alhamdulillah ini kali kedua akak menyaksikan peristiwa bersejarah majlis mengislamkan orang..terharu ,sebak tak boleh nak ucap lah..hati berdebar2 maklum apabila seseorang mengucapkan kalimah dua syahadah dgn getaran di bibir kita akan menjadi begitu sayu dan syahdu......
Setelah selesai,.. maid itu akak tinggalkan kepada orang yang berkenaan dgn rasa sayu di hati tapi akak rasa lega sebab akak tinggalkan di tempat yang sewajarnya.

Selepas itu akak pun balik dan meneruskan perjalanan ke PWTC kerana ada pesta buku di sana dan akak perlu membeli beberapa buah buku sebagai rujukan kerana ya, kini akak di galakkan oleh en suami untuk

membuat novel pula..menurut katanya akak mempunyai bakat di situ.dan akak berharap sangat2 semoga cita2 akak di usia ini sebelum bertemu angka 50 sebuah novel mampu akak terbitkan...insyaAllah...
Doakan ya

18 comments:

zarin said...

kak anim...rindu akak nih ;-)
alhamdulillah bertambah lagi umat islam kita..bagus la akak
eh, akak nak wat novel plak...jangan lupa masukkan watak saya satu ye kak hahaha :D

anymz said...

to zarin
hehe...kena jumpa zarin dan kaji dulu watak zarin nih..eh!kalau tidak pinjam nama tu boleh gak kan?...boleh tak gitu?...

Nor said...

wah bravo bravo yess kak anim boleh! ada chance la nak jumpa novelis tak lama lagi hehe.. julai nanti kami nak gi PD, nnt kita roger kak anim ye!

Mas said...

akak..rindu kat akak...
tak pe..ari ni rehat secukupnya tau...esok2 post resepi2 yg best2 tau....

kasihredha said...

kalau masukkan watak zarin jgn lupa masukkan watak akak juga ye...hihi

Nanti kalau kak anymz buat novel, akak sure beli :)

Anna Qawina said...

ehem...kak nim sihat? Alhamdulillah akak dah tlg makhluk Allah mengenal jalan yang lurus...tahniah buat akak..

ni, nak jugak watak dalam novel tu..nak watak utama tau..ala-ala heroin la kan..haha...

bobhandburry said...

Salam kunjungan..nice entry.. singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

anymz said...

to umi
boleh2.no pblm..bg tau awal2 ya.boleh akak ikut gi picnic sekali..hehe

Deliah's Deli said...

kak,bt novel e-book format.sapa nk download, bayar guna credit card,debit card.kalau idea ni bagus utk sy FREE download eh :))))

Cik Azz said...

Sama la... Sy pon minat gak nak menulis novel tapi tak dapat galakan yg sewajarnya... huhuhu..

Yat Maria said...

Salam kak

kalo novel dah kluar, habaq kat kita taw kak...silalah jgn memalu gunakan nama kita sebagai 1 watak...watak org dapur...heheh..

ibundo said...

lamo ekau sonyap nim. sibuk amek2 yo. bosa pahalo e islamkan orang ni nim.. insyaallah..

Nadz Nazharzan said...

Kak Anim...

Naz pun suka gak tulis novel masa zaman2 sekolah dulu.. Pernah gak cerpen Naz masuk majalah bunga rampai (melaka jer Ada majalah ni).. Tp bakat yg x digilap.. Dah berkarat la ni..hehehe.. Tak pe.. Akak tulis novel.. Nanti Naz baca.. Naz suka baca novel...

K.Nor said...

k.nim.. sori la tertinggal ketapi, lambat sket sampai ni..

terharu nor baca kisah pengislaman tu.. alhamdulillah.. besar ganjaran utk k.nim.. mudah2an saudara baru kita tu akan menjadi muslimah sejati.. mengamalkan suruhan Allah dan meninggalkan yg dilarang. mana tau kut2 satu hari nanti dia akan datang rumah k.nim dn jadi pembantu k.nim.. insyaallah..

wahhhhhh... patut la mek ana kata k.nim nak buat novel! alhamdulillah.. semoga usaha k.nim dipermudahkan dan diberkati.. amiin..

HaSue said...

kak nim..kite lg tertinggal ketapi..baru duk ngadap lappy elok2 nih selepas kebizian..

best laa baca cerita akak nih..
yg pasal jd novelist tu mudah2an akan tercapai..chaiyokkk2 kak nim..
agak2 tema apa ye akak lebih suka karyakan?
sy pun suke je kak..tp takat cerpen boleh laa blaja2 kak..tu pun selalau tergantung..ekeke..novel tu lom lg..hehe

anymz said...

to mas
da habis rehat dah ni tapi masih belum dpt update lagi..penyakit 'M' sedang melanda...huhu

anymz said...

to kasihredha
nak masuk watak tak kenal orangnya..akak ambk nama je lah ya..macam menarik yo namo akak tu..hehe

Siti Suhaila said...

acik..saya ade buku panduan menulis novel dr dr lim swee tin...bile2 zaha dtg kl suh die amk kt saya k..saya nak bg acik...best buku tu,..