Monday 15 August 2011

Entri Syahdu Dari MyKitchen


Assalamualaikum semua


Kematian pasti akan datang.Tidak lewat walau pun sesaat.Itulah janji Allah dan telah membuatkan kami benar2 insaf..
Ajal telah tiba dan jatuh itu adalah hanya penyebabnya.
Ya,malam tadi tepat jam 12.16 pagi akak mendapat panggilan telefon mengatakan maksu telah pergi buat selama2nya di usia 46 tahun meninggalkan tujuh orang anak.
Penyebabnya hanya jatuh.Kejadian bermula apabila maksu terlupa menarik brek tangan keretanya.Lalu kereta itu menggelungsur dan hampir melanggar tembok dapur rumahnya.maksu cemas dan cuba menahan kereta tersebut lalu terjatuh.
Entah mungkin terlanggar objek yang keras.kecederaan dalamannya di dapati amat serious.Limpa nya terus di buang.Tulang pelviknya patah manakala usus besarnya bocor.Tidak nampak langsung luka di luar.
Masih terbayang2 lagi di ruangan mata ni bagaimana anaknya memeluk akak sambil berkata..'Acik ibu dah tak ada'.

Masih basah mata ini bila teringatkan suaminya berucap dan berkata saya redha di atas setiap perlakuannya.Pergi lah saya redha.
Masih teringat2 akan perilaku anak bongsunya yang berusia 9 tahun mengaji tanpa henti2 sambil mengalirkan airmata laju di pipi..
Sederet anak daranya seramai enam orang termasuk si kecik memandikan jenazah ibunya.
Satu2 anak terunanya yang berusia 11 tahun ibarat seorang imam menerajui bacaan al Quran.
Syahdunya tak dapat akak ucapkan.
Selewat jam 3 pagi akak pun balik kerumah bagi menyediakan makanan untuk keluarga arwah bersahur..Akak hanya sempat buat telur masak kicap je untuk mereka adik beradik termasuk ayahnya.Laukpauk akak masa berbuka semua sudah kehabisan.hanya itu saja yang dapat akak hidangkan buat mereka dan juga keluarga akak sendiri.

Kisah maksu telah akak postkan di entri yang lalu.Cerita yang akak keluarkan tentang nak hantar Amir buat medical checkup semua telah di tunda.Entah bila belum di ketahui lagi.

Nasi Goreng Sardin tu akak buat untuk berbuka hari ini.Hanya itu yang sempat akak masak kerana sibuk di rumah arwah menguruskan jenazah dan sebagainya.Tidur pun tak cukup ni..
Babai dulu.InsyaAllah nanti akak BW ke rumah teman2 ya..


*maksu merupakan saudara jauh yang tinggal berdekatan dgn rumah akak.


9 comments:

tun_telani said...

ya Allah.. sayunyer baca bab anak2 n kata2 suami dia.. semoga rohnya termasuk dlm golongan org2 yg soleh, iA.

Yana Shaiful said...

Salam Kak Anim..

Semoga keluarga arwah tabah dan sabar dgn ujian Allah SWT..AL Fatihah..

Mas said...

sayu mas membaca entry akak ni...
takziah dari mas sekeluarga...
moga keluarga arwah tabah dan sabar menghadapi ujian Allah SWT..
moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan tenang disana...
AL Fatihah.

quinnie said...

salam kakanim...takziah buat akak sekeluarga...moga roh maksu akak ditempatkan bersama2 org beriman...Alfatihah...

Fiza Nordin said...

salam anymz... takziah utk anymz & keluarga arwah...tabahlah anak2 ditinggalkan ibu tersayang dan kuatlah semangat si suami menempuh hari2 mendatang tanpa orang tercinta hendaknya...

moga roh maksu bersama org beriman & soleh, insya Allah... Al-fatihah...

ibundo said...

alfatihah buat arwah. Kalau ajal dah sampai, ia takkan lewat walau sesaat. Yang tinggal kena redha walaupun sudah pasti sayu..

Acik Erna said...

alfatihah..kek mano rumah e nim..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

bergenang air mata baca cerita kak anymz kali ni... betul kata akak.. ajal tiba tak pernah cepat & tak pernah terlewat.. ia datang tepat pada masanya... Al-Fatihah buat maksu akak...

mawar merah said...

sedih..smga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah.