Thursday 13 October 2011

Kek Chifon Oren

Assalamualaikum semua

Bertemu kita lagi di hari khamis yang indah ni.Alhamdulillah.
Hari ni kita makan kek lagi tapi kali ni kek berkhasiat namanya.Dah beberapa hari ni kita semua ni kemaruk cheese kan jadi hari ni kita cuci perut makan limau lah pulak ya...kikiki

Okay2..kisah sebenarnya bila akak terlantar
di katil hospital dua minggu lepas,maka ada jugak lah yang datang menziarah.

Ramai yang datang bawa hamper berisi buah2an.Ada yang datang bawak buah apple.Biasa la apple ni en somi suka maka dialah yang habiskan (sebab beliau yang temankan akak tidur baring di hospital tu kan,boring kan,tu yg kejap2 dia ngap2 buah epal tu).
Ada jugak yg datang bawak buah anggur.Yang itu akak yang habiskan sebab memang favorite akak tu.Ada yang bawak buah oren..Yang ini terlampau banyak jadi akak pun bawalah balik ke rumah.Dah buat jus entah berapa kali ntah.

Akhirnya yang tinggal sebiji akak buatlah kek chiffon yang mana resepinya sudah laaaaaaaaama dulu akak simpan dlm draft.Masa tu memang akak tak berani langsung nak buat kek chiffon ni.
Takut sangat tak menjadi.Alhamdulillah memang berjasa jugak lah cikgu Hana yang dok Jepun masa tu mengajar akak bagaimana nak jadikan kek chiffon ni menjadi chiffon..Eh!korang paham ke ni??...

Hari ni akak sibuk sikit ya.sebab insyaAllah malam ni akak akan mengadakan sedikit majlis kenduri tahlil buat arwah abang akak.kenduri kecil2an aje.Janji keluarga dan adik beradik terdekat dapat berkumpul dan memanjangkan silaturrahim kan?....



KEK CHIFFON OREN
by
anymz mykitchen


Bahan A

  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
  • 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
  • 6 kuning telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji oren, diparut kulitnya
  • 3/4 cawan jus oren
  • 1/4 cawan minyak jagung/sayur
Bahan B
  • 6 putih telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 camca teh cream of tartar
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGANlenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan.

10 comments:

izahdaut said...

oo patut la sesiap entry semalam.
nak kenduri hari ni ye. semga semua nya berjalan lancar.. dah pernah ke idak buat cipon oren ni ek.. ntah tak ingat ler... lama dah tak mencipon ni

Yatie said...

gebunya kek cipon akak ni.Yatie pun dah pernah buat kek ni, sedapkan..harum je bau oren tu..

Anna Qawina said...

akhirnya kek cipon menjadi cipon oren..eh..buat2 pahamla..haha
*tak pernah sumur idop remaja nih saya mencipon kak anim..

Ruggedmom com said...

kak, kenapa jgn lenser dgn butter?

Ida,Japan said...

wahh..gebu nmpk kek cipon k.anim ni..mesti harum semerbak bila bakar ni

Ummi said...

Adeehhh mencipon pulak Anim nih! Terlampau byk godaan la masuk dpur Anim nih...kena cuti seminggu la ketuk pintu dia...hehehhehe

♥MAMASYAZA♥ said...

mak aiiii bestnya tgk chiffon kek tu

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Nim..
Kak nim, awat bertubi2 kuar kek ni.. Amboi2... Rajin sungguh la..

atie said...

salam ukhuwah.... bestnya blog meriah

ibundo said...

menjadi kek chifon kau nim.
alfatihah untuk arwah abang..