Friday 8 April 2011

Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah sistem paip di rumah sudah berfungsi semula.tapi akak agak sibuk sedikit sebab meraikan majlis walimatulurus di rumah jiran..
Semasa bercuti dari berblogging semalam,akak pegi ronda2 ke rumah kawan2..amboi2...masing2 sungguh sibuk dengan kek kukus chef zubaidah ni ya..akak pun takmo ketinggalan jugak..
Akak buat kek ni petang tadi ,sekembalinya akak dari rumah kak timah jiran akak tu hah..saja buat kek ni untuk anak2 kunyah esok sebab maknya pegi ke rumah orang kawin..
Resepi akak ambik dari yang terkini rumah nieza..nieza akak kongsi resepinya di sini ya..kek ni ada jugak di rumah mas duniaku,hasue,ijahdaut..mmm..rumah sape lagi ek?..kalo ada yang akak lupa nanti bagi tau ya..

kek coklat lembut kukus chef zubaidah
by anymz my kitchen
source:nieza
Bahan :
  • **100 gm serbuk koko
  • **1 tin susu cair
  • **200 gm minyak masak @ minyak sayuran @ pun butter cair
  • **250 gm susu pekat
  • 250 gm gula kastor - aku kurangkan ke 180 gm saja
  • 4 biji telur - pukul hingga berbuih
  • 150 gm tepung gandum
  • 1st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder



Cara membuatnya :
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda** dan masak dengan api perlahan sehingga licin.
  2. Tak payah sampai menggelegak
  3. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  5. Kalau tak nak kukus boleh juga bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
  6. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing @ ganache.
Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sb butter/margerin/minyak masak
Caranya :
    Kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.



    9 comments:

    mamazieza said...

    kalau pasal choc cake ni.. memang kita tak jemu mencuba berbagai2 resipi.. mama sukaaaaaaa.. hehehe..

    cik cek said...

    kak Anim.....comeynya kek coklat tu....nak sepotong...:-)

    izahdaut said...

    kak nim, kami semua amik resepi ni dari belog noorsha..macehh sha n along n chef...cedap cedap!!

    Zalieda Zaliedana said...

    Kak cayang meh nak tapau ckit kek sedap nih,Amboi merata umah duk nmpk kek nih..Pstt kak,stoberi belen besday wazir ritu xabih lagi ka..Muahaha..d

    Cik Azz said...

    Rajin ehh lak aiihhh...

    Sy ni dah semakin malas nak masak2 ni.. Anak2 buah takde, nnt takde sape yg nak makan..

    Tunggu dorang cuti sekolah.. Kalau dorang balik sini, nnt sy cuba buat kek ni.. kalau rajin la... kehkehkeh...

    Mas said...

    betul tu...akak lupa kat sha ngan along...he..he..

    wehhhhh...tergodanya nengok strawberi melekat kat kek tu...
    mengancammm....

    Nadz Nazharzan said...

    Kak Nim,
    akak pun dah buat kek ni eh??? Bolo den nak buek ni???

    Kak Sam said...

    taknak ckp apa2. saya marah ni.

    Ruggedmom com said...

    sedap yg nampaknya yg ni. kek crazy hr tu dah buat sy crazy sbb tak jadi. Tak boh cuka kot