Thursday 6 October 2011

Laksa Utara

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Petang.Agak lewat akak menghadirkan diri di my kitchen hari ini.Banyak sangat kerja yang harus di selesaikan dan badan pun tidak berapa nak baik hari ini.Entahkan nak demam akak pun tak tau lah..Macam ni lah rupanya kalau penyakit sudah mula ada dalam badan.Sabar aje lah kan?
Sebenarnya tak rancang pun nak buat laksa hari ni.Akak upah orang untuk membersihkan kebun terus mamat tu terjumpa bunga kantan yang sedang berbunga lebat dalam kebun akak yang tersangat lah semaknya itu..tak caya??tanya si ct payung Zaliedana,IzahDaut dan Naz COSK yang pernah bertandang ke rumah akak..
wey,skang ni kebun kat rumah akak dah clear sangat2 dah.sampaikan kalau akak nak ke porch tu kena pakai tudung jugak lah sebab jiran2 tetangga dah boleh tengok muka akak yang kiut miut ni kan..wakakaka
Adeh..lari citer pulak..
Berbalik pada citer bunga kantan ni tadi,..si mamat yang bernama Sudin ni pun bawak lah balik beberapa kuntum bunga kantan..kira punya kira ada gak dalam 8 batang.cantik2 pulak tu.
Hari ni ada pasar tani kat pekan akak pun apa lagi terus lah memborong ikan kembung.dalam kepala memang dah terfikir kan laksa kedah yang sudah lama jugak akak tak buat.
Last sekali akak buat masa IzahDaut dtg bertandang ke rumah akak hari tu (berapa lama tu ya)..Kalau nak tau laksa ni rasa dia macam mana?Tanya mek Ijah tu ya.......


Laksa Utara
by
anymz mykitchen
Resepi:anymz


Lihatlah Dunia...Ehhhh!!..lihatlah tengoklah betapa pekatnya kuah laksa ni.


bahan2 laksa

1 paket laksa kering
beberapa titik minyak
Air secukupnya

Cara

Masukkan laksa kering ke dalam periuk
Masukkan air secukupnya dan beberapa titik minyak
Rebus hingga laksa empuk.

*Tujuan letak minyak supaya laksa tidak melekat bila sudah masak

Bahan2 kuah

1 1/2 kg ikan kembung-bersih dan ketepikan
15 keping asam keping
2 tangkai bunga kantan-di hiris
1 ikat daun kesum-di hiris
10 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar-bersaiz kecil*
2 ulas bawang putih*
Air secukupnya
Minyak
Garam secukupnya

bahan2 bertanda * di kisar

Cara

Ikan yang sudah di bersihkan dimasukkan ke dalam periuk
Masukkan air sehingga menenggelamkan ikan tersebut
Rebus ikan hingga masak.
Setelah ikan masak,angkat ikan dan ketepikan
Air rebusan ikan jangan di buang.
Keluarkan isi ikan dari tulangnya.
Isi ikan di kisar bersama2 air rebusan tadi.
Masukkan lebihan tulang ikan ke dalam mesin pengisar.
Masukkan juga air sehingga menenggelamkan tulang ikan tersebut lalu di kisar lumat.
Masukkan air tulang ikan ke dalam periuk bersama2 isi ikan yang sudah di kisar juga bersama lebihan air rebusan ikan tadi.ketepikan
Dalam periuk yang lain,tumis bahan2 kisar yang bertanda * di atas hingga naik bau.
Masukkan air ikan dan bahan2 yang di hiris juga bersama asam keping dan garam
Masak hingga mendidih
Rasa laksa ini hendaklah sedikit masam sekali dengan rasa masin nya. (ada konpius kat sini kan??)




Kuah yang pekat pasti meninggalkan kesan di tekak dan membuatkan kita rasa nak lagi dan lagi dan lagi..


Bahan2 Hiasan

Limau kasturi
Telur
Bawang besar
Cili padi/cili hidup
Timun


14 comments:

Ummi said...

Waaaaa...betuiii, betuiii, betuiii kata2 terakhir Anim tuh...amboiii baru jek siap komen kat kek lapis kastad tu...dah kuar laksa lak....rajin tul Anim nih goda2 aaaii taaauuu :))

Mas said...

huhh..tetiba rasa jeles kat ijahdaut....ayat dengki..he3

kak anim...sedapnya laksa...
terliur mas....
meh semangkuk...he3

Mas said...

huhh..tetiba rasa jeles kat ijahdaut....ayat dengki..he3

kak anim...sedapnya laksa...
terliur mas....
meh semangkuk...he3

tun_telani said...

wahh wahh.. nmpk sedap betul tuu.. lebih kurang laksa penang ye kak?

izahdaut said...

kaka nim.., kak nim guna ikan kembung ye. eh sedap laaaaaaaa.. laksa ni memangggg sedap. susah nak rasa laksa sedap gini.. kuah dia cukup rasa. pekat manis masam semuanya ada.. hari tu sebab dah kenyang giler makan nasi sebab tu dah tak mampu nak makan banyak laksa ni. tapi memang la sesangat sedap..saya yg tak gemar laksa pun,leh kata sedap.

bila sebut laksa kat rumah ni.. maka seseorang itu *nama terpaksa dirahsiakan* akan menyebutlah akan laksa kak anim lah yang sodap.. huhhh.. kata laksa utara kan.. takkan laksa utara sedap makan kat negeri 9.. huhh

kasihredha said...

akak pun suka kuah pekat2 biar rasa ikan :)
terus teringin nak makan laksa...tapi kalau beli tak sedap sgt :(

noorsafone said...

ANIM ..kegemaran k.noor sekeluarga ni...ermm..terliur,last buat masa pg raya aritu.

anymz said...

to ummi
rajin tak rajin,bila ai goda, you ikut lah ai sekali ya ummi.hahaha

anymz said...

to mas
awat nya nak jeles kat ijah tu mas..hehe
takpe tak lama lagi kita nak berjiran kan?..kan??

anymz said...

to tun_telani
laksa penang guna daun pudina dan ada petis atau otak udang tun..
kat rumah ni anak2 dan abg tak berapa suka bau2an dari daun pudina..
kalau laksa utara diorang guna daun kesum dan bunga kantan..:))

ozzy said...

Laksa kedah ni mmg kegemaran saya tapi lebih suka sekiranya guna ikan sadin/selayang

Hanim said...

sedap tu laksa utara...lama xmakan....nak buat, sorang jer mkn huhuhu. pekat kuah tu yg meleleh air liur :)

HaSue said...

Kak animmm..*suara serak2 basah nak tido setelah berusaha keras mengrefresh nk nengok gambo laksa.ihihi

laksa kering tu yg mana ye?blur lak pepagi nih..ooo..rasa dah dpt imejin camner.. tp kalo guna bihun leh gak kot kak..guna mee yg beso2 ni seram berat bdn naik*ayat very the ngengada

x leh imejin rasa camne tp bila nengok bhn2 terus boleh imejin..haha...ayat apa laa pepagi nih merapu kat dapo kak nim

lenkali nak borong ikan kembung wat laksa kak anim..pastu feel2 laa duk mkn umah kak nim kan..

eh rajin laa akak neh..wat kek pandan lagi..mcm2 menu terlopeh ni haa..aduii kalo ada unifi kan best kak..
eh x abis naip lagik rupanya..hihi

Yana Shaiful said...

Salam Kak Anim..nak semangkuk.. sedapnya..xtahan tgk laksa utara..mmg xpenah puas klu mkn laksa nii :=)