Assalamualaikum semua
Kita bertemu lagi hari ni di my kitchen .
Sepatutnya semalam akak sudah boleh keluarkan post yang baru dah.Tapi al maklum lah,hujung minggu tu hari adik dan anak2 buah semua balik ke rumah akak..Masing2 sedap mulut je mengorder mee gorenglah,roti lah,yang order kek karamel pun hado...tapi biasa lah maklang nya ini buat sekadar yang termampu dek badan.tak larat nak melayan kerenah budak2 4 beradik tu.Itu pun mujur kakaknya yang dua orang tu tak balik sbb ada exam,kalau tidak mau patah pinggang.
Suka diorang balik sebenarnya dan pasti masing2 selalu mendoakan kesihatan mak saudara nya ini supaya sehat sentiasa.Ya lah kalau tidak siapa lah nak melayan tekak2 diorang tu kan?..
Pau ni akak buat petang tadi.Akak terjumpa resepi di rumah Liza@Intai Dapur.Liza ambik dari rumah Hana.Akak suka resepi ni tapi anak2 lebih suka resepi yang sudah biasa akak buat tu.
Akak pun tak perasan samada akak pernah post kan pau gebu yang selalu akak buat tu di my kitchen nih.Pada akak resepi yang Hana ambik dari MYR ni memang mengenyangkan.
Akak namakan pau lembut dari kak ton sebab Liza namakan pau ni pau lembut manakala Hana namakan Pau Kak Ton.Bila tiba di rumah akak jadi lah dia pau lembut dari kak ton.
Akak akan sentiasa mengikuti resepi2 pau dari semasa ke semasa sebab pau memang laku betul di rumah akak ni..
Pau Lembut
by
anymz mykitchen
Sumber:Liza@Intai Dapur
Sumber:Hana
Bahan-bahan
- 250g (2 1/2 cwn) tpg pau diayak ( tpg gandum pun bleh)
- 3g (3/4 sudu teh) yis kering
- 2g (1/2 sudu teh) baking powder
- 50g (4 sudu makan) gula castor
- 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
- 2g (1 sudu teh) bread softener
- 1/2 cawan air suam
- Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
- Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
- Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
- ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
- Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
- ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
- Bahagikan doh kepada 10 bahagian
- Masukkan inti dan tutup kemas.
- Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
- ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
- Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
- Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
- ***Tips : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu dan utk pau yg sentiasa panas dan lembut, letakkan dlm rice cooker di atas nasi (jika mempunyai rice cooker yg ade pengukus).
11 comments:
Kak nim,pau resepi nih mmg betoi2 lembut eks,nak jugalah try nanti2,sy amk resepi dulu kak eks..Mmg duk cari rcp pau yg best sgak nih..
to zaliedana
pada akak okay aje resepi ni ct.tapi anak2 tak berapa nak laju.:))
waduh untungnya ada omak dan omak sedaro cam k anymz ni...lieza nak tumpang sekaki jd anak sedara angkat ler...boleh tak...kak anymz bole niago pau kek rombau ni..
kak nim..kak nim...alahai mmg berjanji sungguh kite pon buat pau kacang merah jgk..hihi..tp versi marble2...leh aa tukar pinggan kan,...same2 merasa hiihih
kak anim.... nak resepi kak anim yg anak2 akak suke tu.. saya ada 1 resepi pau jugak. esok sayaa post.resepi dari tokey pau. tpi dah arwah..gebu sedap
lamanya x mengepau.. eh, pesal bunyi se macam je.. hihi.. tp mmg lama betul la x buat pau. tun suka mkn, tp hasben tun lg suka kalau tun wat karipap. kalau wat pau goreng n pau kukus pun, mmg dia terkam pau goreng dulu. terpaksa la ikut selera dia.. tun pun nk resepi pau kak anim yg budak2 suka makan tu =)
nak jadi adik kak anymz jugak le, boleh mkn sodap2 je :)
busy ye kak..lama tak bersiaran
kak anim..saya dulu pun pernah cuba resepi pau kak ton ni...memang lembut walaupun dah sejuk..tu yg best..hehhehe
kak anim..
rajinnya ngepau....
gebuuuuu la...
org2 kat rumah nie mmg suka makan pau.. tp mummy dia kureng rajin nak buat.. :D. tambah2 lg skg nie ngah migrain.. adeeh.. suka tgk pau yg akak buat nie.. nampak gebu
Nak juga sis resepi pau sis��. Ble email sy fzah_84@yahoo.com
Post a Comment