Friday 3 June 2011

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah berjumpa kita kembali pada hari Jumaat yang mulia ini..Puding ni dah lama ada di rumah kawan2..Yang terkini di rumah Nor@secubit Garam..Akak kopipes je dari rumah Nor.Resepi asal dari rumah Rosaliza.dah merata berjalan puding ni.Akak ingatkan akak dah pernah post puding roti ni sebelum ini...rupa2nya..kihkihkih...kes terlupa daaaa..dok cari dalam resepi dessert tak jumpa rupa2nya masa akak buat kelmarin duluuuuu2 sudah habis ngap masuk mulot dan tidak di post di sini..takpelah kali ini akak simpan resepinya di sini buat rujukan di masa2 akan datang..
Senang bangat buat puding ni..To adik akak yang dok Taiping tu,ko try buek ni bagi parents in law ko..Guarantee diorang sayang three four kek kau..hehehe




Puding Roti Karamel
by
anymz mykitchen


Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

8 comments:

ijayuji said...

Salam kak! kita dtg awal niiii :D nak ngendeng puding karamel akak tuuu nak karamel lebih2 tauu! hihihi...suke banjir2 dgn karamel(tak baik tuk kesihatan lempeng pipi sendirik**) waaaaa... minggu depan akn kita buat kalau free :D

Zalieda Zaliedana said...

Akak uii sedapnya..Sy dah pernah wat versi kak dayang..Cer akak try versi kak dayang lak,yg letak kentang pong sodap kak..Eh nih sembang2 gak,meh la puding ckit nak wat buka posa,huhu dekut lah akak nih..

zarin said...

kalau larat saya nk buat lautk berbuka petang ni..hihi kalau larat la ye ;-)))
nampak sedaaaaap sangat nih :))

Cik Ecah said...

semalam k.nor buat puding ni..
ari ni akak pulak...
haishhh nak buat jugakk...hehe

aLoY said...

msk dlm list ni.. xpenah cuba puding roti karamel..

anymz said...

to ika.
wah!demand betul ko ika.bak mai.karamel kek tu dulu..ngences tgk ika punya.hehe


to zaliedana
akak belum try versi DJ lagi.insyaAllah nak cuba gak nanti.hehe


to zarin
mesti larat punya zarin.sedap ni..nak buat pun senang je..blend je semua bahan2.hehe


to Cik Ecah
Buat je cah..jgn pikir2.hehe


to aloy
masuk dlm list.jgn tak masuk..cepat2 buat..mudah je nak buat ni.

Unknown said...

kak anim, simpan saya skit yer nak berbuka nanti...ishhh tak leh tgk lelama ni..hehe

Nazrah said...

Ni dah nak waktu berbuka....ada lagi ker