Tuesday 7 June 2011

Strawberry Yogurt Muffin

Assalamualaikum semua

Harap2 kawan2 yang sedang sok sek sok sek..nak selsema tu,makan ubatlah cepat2 .Harap2 jugak Nor@SecubitGaram dah kembali sehat dan dapat beraksi semula di dapur.Begitu juga pada semua kawan2 main masak2.jaga diri jaga kesihatan ya.maklum kalau kita sakit,satu rumah terkena tempiasnya.
Pagi2 semalam akak dah nampak muffin ni di rumah CT Delima.Tertarik betul akak tengok kaler muffin tu siap dgn stroberi sekali..pada akak muffin stroberi ni memang sedap dan sedikit moist..lebih enak kalau ada stroberi segar .akan lebih terasa kestroberian nya..(sila jgn ikut ayat ini ya)......kalau nak tengok yg lebih cantik jangan lupa ke rumah CT ya.


Strawberry Yogurt Muffin
by
anymz mykitchen
Source:CT Delima

bahan2

85 gm mentega
85 gm gula halus
2 biji telur gred A
175 gm tepung gandum*
10 gm baking powder*-(* di ayak)-akak dan ct guna 1 sudu teh
10 gm yogurt strawberry-akak guna strawberry,ct guna yang biasa.
1 sudu teh strawberry emulco-ct tambah.akak tak buat.takde stok
3 biji strawberry segar-akak tak guna-takde stok



cara2

1.Panaskan oven pada suhu 180C,alas acuan muffin dgn paper cup atau guna muffin cup.ketepikan
2.Putar mentega bersama gula hingga putih,masukan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.Kemudian masukkan strawberry emulco,putar rata.Perlahankan speed masukkan tepung berselang seli dengan yogurt hingga habis.
3.Masukkan potongan strawberry dan gaul rata dengan spatula.Sudukan ke dalam acuan tadi 3/4 penuh.-Akak letak antara 1/2-3/4 penuh
4.Bakar 15 min atau hingga masak (bergantung pada oven masing2)
5.Sejukkan atas jaringan sebelum di hidangkan.
6.Boleh guna apa perisa yogurt mengikut kegemaran.

14 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak..
a'aa ler kan akak.. kalau tukang masak yg sakit pasti 1 rumah terkena tempiasnya... Apa x nye.. nak masak pun cam nak x nak gak kan akak..
akaak... diana pun tergoda tgk muffin nie.. dah ler mmg peminat setia strawberry.. nmpk sgt gebu n sedap ler muffin akak tu.. teringin nak makan.. ;)

izahdaut said...

akak...
yogurt ada lagi? try lagi la buat apam yogurt.. kikiki..
wow muffin i like.. dah banyak gak koleksi mapin yogurt ni. leh try yang ini lak

CT Delima said...

As'salam kak anim

sedapkan kak, muffin yogurt strawberry ni. macam terkurang lah tu hari makan. apa kata bagi ct seketul tu, nak rasa kak anim punya pulak :D

Anna Qawina said...

huh...dah tgk dapo kak ct..ni kak nim kena bg saya rasa dulu tau..nak bt sdri blm sampai seru...hihi

TopsyTurvyMum said...

Salam Kak Anim,

Adnan nampak ni terus dia suruh buat..sabo je laa..
Mama dia kata esok kalau ada bahan:)

Mas said...

wahhh...rajinnya memapin...
makin cantik mapin akak tu...
nak sebiji...

zarin said...

nampak gebus sgt muffin tu kak..seswei skali ngan muffin case tu..chomel ajek

anymz said...

to diana
wualaikummussalam diana.tu lah pasal diana..akak cukup susah hati kalau akak jatuh sakit masa anak2 masih kecil dulu2..kesian kat anak2..nak beli lauk,diorang tak suka.nak masak kita pulak tak larat..
cuba mapin ni diana.lagi cantik kalau ada stroberi segar..:)


to izahdaut
dah beli dah yogurt tu ijah..kesian betul kat anak2 buah akak..iya2 diorang tunggu kat dapur..alih2 lembik semua.hehe


to ct delima
terima kaseh atas resepi ni ct.memang sedap..dah habis dah pun.bapak diorang pun tak dpt rasa.kes akak terlupa nak tinggalkan..kena buat lagi ni.lagipun senang je membuatnya.

anymz said...

to anna
dah habis la cayang..ambik bau je lah yo...sukatan yg ct bagi tu sedang elok je..akak guna cup mapin yg beso sikit dapat 8 cup je.hehe


to TTM
kat sana senang je nak dapatkan stroberi kan..try lah ttm..sedap gak.buh yogurt lebih ek.hehe


to mas
makin lama makin mahir le kita kan mas?..masa mula2 belajar buat mapin asek comot je.


to zarin
cantik kan bekas tu zarin.akak pun suka tgk.hehe

MamaFaMi said...

Comel je muffin tu. Matching color dengan cups nya tu... :D

Nazrah said...

suka warna pink...

Unknown said...

cantiknya muffin tu kak...cup pun lawa..suka pink colour...nanti tunggu musim petik stroberi kat ladang nanti boleh cuba ni..:)

Love2cook Malaysia said...

I'm attracted to your muffins kak!!! Cantiknyaaaa...yumm!!! :D

Akak, thank you so much for your loveliest comment dear. I'm so happy and touched that you remember me as the first person awarded you. You deserved every awards dear!!! Thanks for being a wonderful human. Really glad to have known you in bloggywood!! :D

ijayuji said...

rasa mcm nak carik strawberry segar jerrrrrrr! nmpk bestlah kak! nak buatlah! :D