Monday 20 June 2011

Makaroni Goreng Berempah

Assalamualaikum semua

Harap2 belum terlambat lagi akak nak bersiaran ya.Dan akak harap2 jugak andainya kak rose kalau baca entri saya ni harap kak rose ke rumah Nor secubit garam untuk mengetahui keterangan lanjut dari Nor mengenai blog k.rose ya.
Akak buat macaroni ni selepas teruja tengok menu ni di rumah Nor tempoh hari..dan selepas peristiwa itu si Izahdaut pun meroyan nak mencari cajun...sampai tidur malam pun mimpi cajun wakakaka...jangan majuk arrr zah...nanti dahi tu berkedut..
Eh!..sedap lah macaroni ni..betul cakap Acik Erna kita tu..setahu akak ,akak sedara kita tu makan memilih sikit..tapi bila bab macaroni Nor ni dia boleh langgar pantang pulak ya...kihkih..gurau kak..jangan marah yo..jangan tarik balik sos pocal tu yo..simpan elok2 nanti se dtg ambik..
Okay..berbalik pada kisah macaroni ni tadi,sangat sesuai lah di buat atau di goreng macaroni ni sebagai hidangan makan malam,minum petang atau makan tengahari pun boleh..memang sedap..tak rugi mencuba..
Terima Kaseh Nor atas resepi mudah yang tersangatlah mabeles....kiss sikit,..mmmmuuaaahhh


MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
by
anymz mykitchen
Bahan:

2 cawan makaroni
1 keping dada ayam- di potong kecil
3 ulas bawang putih-di ketuk dan di cincang
1 labu bawang besar*
1 biji tomato besar*
1/2 batang carrot*
1/3 biji capsicum merah*
1/3 biji capsicum hijau*
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur-di pukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup-di hiris
minyak


cara:

Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan.(Asingkan satu cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato,carrot,capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam,serbuk cili kasar,cajun,sos cili,garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ke tepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas itu kacau hingga menjadi seperti scrambled egg.
Masukkan makaroni dan air rebusan tadi (tujuan di masukkan air adalah untuk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.boleh skip jika suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah di hidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi/sup sebelum di hidangkan.

*Isi ayam boleh di ganti dgn daging atau daging cincang.

8 comments:

K.Nor said...

pelepap kiss k.nim lekat kat pp nor.. hahaa.. lekat lipstik ni k.nim.. tanggal tak ni kalau cuci hehehe..

terima kasih kembali ya sbb dah cuba resipi nor ni.. sedap ek.. alhamdulillah.. nor dah kata sedap aritu kan.. tak rugi cuba kan.. wangi jer masa goreng tu kan k.nim.. cian ijah bini daud tu k.nim.. tak lena lg la tidur malam ni, duk ngigau lg la tengok k.nim wat tayangan makaroni ni.. hehe

tun_telani said...

wahhh.. kak anim pun dh wat ni.. tun kurang sket mkn makaroni nih, maybe kene tukar wat ngan spagetti kot..
tp, tun pun xtau cajun je mende ape.. bahasa inggeris dia ape?

Yat Maria said...

Salam kak Anymz

kita dah try ewsepi kak nor nih...sedapppp...kita suka..

Amie said...

amie belum pernah masukkan cajun dalam resepi macaroni, lepas ni nak cubalah... selalu terpandang2 cajun di supermarket tu.....

Acik Erna said...

anim..boto la tu,,he he..kali ni boleh makan..sodap tak muak pun..
bilo nak ambik kuah pocal ni..

izahdaut said...

kak nimmm...
bisa bonarr bisa bonar...

Love2cook Malaysia said...

Hi kak, how you been? Came for some macaroni here!!! Looks so delicious..:D

Unknown said...

sedapnya..rasa lapar lak singgah dapur akak ni...hehe