Assalamualaikum..
Rasa2nya akak nak update entri hari ini di blog my story akak,tapi..takpelah tak ramai kawan2 yg tahu akan kewujudan blog cerita2 akak tu, cuma nanti2 di blog mystory akak akan berstory panjang lebar tentang kisah hari ini..
Apa-apa pun terima kasih pada En suami kerana telah memberi akak pengalaman yang amat berharga menjelang umur akak nak mencecah setengah abd ni kan..Alhamdulillah kami semua selamat dan tetap bergembira di percutian yang amat bernilai dan akan akak kenang sehingga ke akhir hayat akak..Buat 'TEMAN' yang bersama2 berkongsi percutian ini..inilah kenangan abadi kita, buat sepanjang hayat dan semoga kita kekal bersama sebagai sahabat di dunia ini dan di akhirat nanti..insyaALLAH....
Okay..hanya gambar2 yang akan bersuara ya..buat ijahdaut..nanti kalo nak camping ke.picnic ke..sound2 lah kat akak ya..Adventure hari ni wooooooo....kihkihkih
Hari ini dalam sejarah perkhemahan di pantai Port Dickson
Baked beans !..
breakfast feveret En somi..terlambat akak hidangkan pagi tadi..
hampir nak merajuk pakcik tu .hehe
Nasi Goreng in the making
TU DIAAAAAAAA
khemah masak2 kami di landai badai
khemah yang ini tercampak masuk ke rumah orang
tuan punya khemah ini sudah lari menyelamatkan diri ke bilik hotel
khemah tempat kami menyimpan periuk,roti dan barang makanan turut sujud menyembah bumi
khemah anak2 bujang
kesiannnnnnn
yang ini cantik sikit lah dari yg lain
Habis semua sujud waktu subuh tadi
Akak story sikit supaya korang tidak tertanya2 ya.Akak bertolak ke PD lewat petang semalam untuk bercamping bersama adik dan kawan2 yg lain.Ada lebih kurang 7 family kesemuanya..
Memang meriah sangat..disamping itu kami juga turut menyewa bilik di sebuah hotel berdekatan untuk memudahkan kami bersolat dan mandi manda air bersih..
Lebih kurang sejam sebelum suboh pagi tadi tanda2 angin kuat dan hujan akan turun telah kelihatan..apa lagi kami bergegas kelam kabut bersiap menyelamatkan diri dan memindahkan anak2 kecil ke bilik hotel.....khemah2 kami tinggalkan begitu saja..
Aduh..nanti2 le akak update ya..itupun kalau korang nak baca story mory akak ya..
Ini akak nak buat laundry dulu...banyak kerja ni....
20 comments:
kak anim...seronoknya bercamping...
mas last bercamping masa sek men dulu...
tetiba jerk rindu nak bercamping...kikiki
ape ni kak nim.. cerita separuh separuh.. potong stim tul.. ikikiki..
buat masa ni tak de lagi hasrat nak camping. kalau camping kena masak2. kalau masak2 makna tak dapat cuti gak tu.. muekekkee
uwaaa seronok tu bercamping....tak sabar nak tahu citer selanjutnya...sambung lagi citernya ya kak...
menanti episod seterusnya...jeng jeng jeng... =)
Assalamualaikum
Rindu kat saya tak? hehehe
Bestnya bila pi camping cam gini. Mai le camping kat feringghi pulak.
Aik kak Nim..gi camping lagi?? Sun burn ari tu dah ilang ker??^-^
Tp mmg best lah gi camping.. Naz suka.. Tapi tak de chance dah ler skrg.. dulu masa kat perth pernah gi camping masa crabbing.. tangkap ketam, pas tu masak kat situ gak..best oooo... Kak Nim camping kat situ dapat tangkap apa??heheheee
la suspen ea lak akak ni...doreh la gek ea buek cito baru...!
ribut ko kek PD kak?
Assalamualaikum akak..
seronoknya p berkhemah ngan keluarga n kekwn yer akak... tp kan akak... yg ngerinya tgk khemah tu.. huhuu... ribut sgt yer kak masa tu...
to mas
akak 1'st time bercamping ni mas..kalau akak tau seronok bercamping duluuuuuuuuu lagi akak dah buat.hehe
to izahdaut
dah namanya camping kena le masak2..tapi..yang seronoknya masak2 tu guna bahan2 yg sedia ada je..pi cari kayu kat tepi2 pantai tu,kemudian guna arang..adventure le sikit.saja nak bagi pengalaman pada anak2..
best zah...
to yatie,
nanti akak sambung kat blog my story akak tu,yatie jgn lupa baca ya..nak story kat sini mcm tak kena je dgn mykitchen ni hah..hehe
to norul
jeng..jeng..jeng..
hehehe
to kak sam
hang pi mana???..blog tu dah bersawang dah tu..homework pun banyak yang tak siap lagi kan?..kihkihkih
to naz
masa camping yg mula2 tu akak tak mandi naz..tak boleh..uzur masa tu..
akak camping dapat tangkap gambar je naz..hehe
to kaklong
nanti dah update kek my story akak bg tau, yo kaklong.
to diana
takde lah ribut sgt diana,cuma kita ni tak biasa kan.pastu ramai kanak2..tu yg agak kecoh sikit tu..pastu khemah kita dok bawah pokok,bahaya nya takot kalau ada dahan patah timpa khemah..experience berharga bg kanak2 pada hari tu.:)
osah kuek e angin tu nim. tunggang langgang nampak e. piuk belango abih teghobang ko..
bercamping mmg syokk!! tp tuler.. ada risikonya kalau time angin bertiup kencang.. rindu nak camping2 gini... dah lama tak bercamping sejak2 ada anak no. 3 ni..
kak anim!!!..pergi camping ya..
bestnya masak2 tepi laut..seronok bukan main makan pun berselera aje kan..tapi bila part khemah kena tiup angin tu yang tak best pulak..
kita ingin nak tidur tepi laut berkhemah kan tent ni..
Assalam Anim...huk alaahhh...kesiannya tengok tragedi dilanda ribut badai gitu...nasib baik semua org selamat eh..yg bukan org x selamat xpa la kan...leh ganti lain...kan..kan..
Post a Comment