Friday 28 October 2011

Sweet Soft Bun

Assalamualaikum semua

Buat apa tu.Nak menunggu rancangan mega maharaja lawak ke tu?..kikikiki..
Akak buat roti ni petang tadi.Ya...sedang rajin meroti ni..di samping itu merotikan diri sekali..Badan naik sudah bagai di pam2 nih..Alangkah eloknya kalau2 badan yang di pam2 ni di cucuk dgn jarum peniti terus jadi kurus balik.huhu..
Akak dapat resepi sweet soft bun dari dapur ena..memang lah sweet dan very the soft one bun ni tau..i like sangat2...Tak percaya?korang cubalah ya..Atau mungkin kah akak yang terlewat mencuba sweet soft bun ni.Orang lain dah berkurun dok buat benda yang sama akak baru nak mula..Thnx for the recipe ya ena.Akak ambik untuk rujukan akak di masa akan datang.Memang sedap.Lain kali nak buat lagi.Kali ni nak buat cantik2 macam ena punya..:))))


Sweet Soft Bun
by
anymz mykitchen


Bahan-bahan:
  • 200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 50 gram gula
  • 25 gram shortening
  • 25 gram butter / marjerin
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast

  • 1 sudu kecil bread softener
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam


Bahan untuk glis roti:
  • 1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit butter / marjerin

Bahan sampingan :
  • spray air untuk melembabkan roti

Cara-cara:
  1. Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata guna untuk glis permukaan roti nanti)
  2. Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
  3. Tuang ke dalam bread maker.
  4. Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
  5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
  6. Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Bulat-bulatkan dan susun di dalam loyang 4 segi 18cm yang telah di alas dengan cooking sheet dan di sapu marjerin pada keliling loyang.
  7. Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
  8. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
  9. Spray permukaan roti dengan air.
  10. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
  11. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
  12. Kemudian bakar lagi selama 8 - 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
  13. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap sebelum keluarkan roti dari loyang.
  14. Sejukkan roti di atas jaring. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS MENGEMBANGKAN DOH DARI LOVELY KITCHEN

Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau apabila membuat roti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven. Dalam 25 - 30 minit doh sudah naik dan boleh digunakan untuk proses seterusnya
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.

8 comments:

tun_telani said...

wahh.. baru je tun nengok kat dapur kak ena.. laju betul kak anim. tun berangan2 nk buat masa tgk roti kak ena, tp berangan je la.. kemalasan mengusai diri.. kui kui

Anna Qawina said...

amboii..rajin kak Nim meroti..nampak kedut2 roti tu...huuiii..cicah kopi o kaw2 yer kak..hehe

E-na Zarina said...

kak anim....laju betul, sempat buat n post terus tu....thumbs up!

thanks sudi cuba resepi ni... E-na link kt LK n3 akak ni ye..

Yana Shaiful said...

Gebus gebas je bun Kak Anim..geram nengoknya..bak 2 ketui..tak tahan tgk kegebuan bun tersebut hehee

hazila said...

Salam kak anim,
Lama tak buat roti kat rumah, tengah tunggu mood datang..

inahar ali said...

mak aihh mmg nmpak soft gebuss jek bun tu kak anim..cian kita tau..BM kita dh meroyan la nih..nk nguli tangan nmpak gaya mmg surrender lah..hehe!!

Ros said...

Salam Anymz,

Cicah ngan gulai memang best ni..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Anim..
Kak, jangan nangis kak. Ni ha Naz datang bawak 4 ketul apple carries ni. Sompek selamatkan 4 kotol ni jo.. Yg lain dah licin si Husna makan.hehehe..
Tayang roti pulak dah. Sodap la nengok ayam sos siam akak kat bawah tu...