Wednesday 26 October 2011

Bingka Roti Kukus Pandan

Assalamualaikum semua

Hari ni akak tinggalkan cerita pendek aje ya.Maklum hari ni cuti umum.Bukanlah bermakna akak pun turut bercuti.oh Tidak!!...cuti akak masa dekat hujung tahun nanti.InsyaAllah nanti akak bg tau nak kemana ya..

Akak buat bingka roti ni semalam.Tengok dah ramai jugak yang buat ni.Akak terpesona dengan bingka roti ni lepas Ummi,Kuantan tunjukkan hasilnya sedikit masa hari tu.ALhamdulillah memang sedap bingka ala2 puding nih.Anak2 dan en somi pun suka.Cuma sedikit terkilan kerana warna bingka akak tak mengancam.Takpe lain kali boleh buat lagi.Tak rugi sebab sekejap je laris bingka roti ni di rumah akak ni tau..




BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Bahan:-
8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
200 ml air
1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul


Akak buat dalam acuan love pemberian seorang adik manis yang berkunjung ke rumah akak beberapa bulan yang lepas.Kira baru di rasmikan lah ni.TerimaKaseh adik manis ya..bak kata nor@SGN67( u know who u are)...


Cara-Cara:-

Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega).
Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.


15 comments:

quinnie said...

wah kak anim...siap bentul love lagi bingka dia...:)

akak saya pepagi ni duk study gulai lomak kat blog akak ni..melopong tengok pelbagai benda rupanya boleh dimasak lomak ni..hehhehe

akak..gulai lemak bacang tu..buah bacang yg selalu org buat sambal tu ek? baru tau boleh buat gulai lemak..kekkeke

Yana Shaiful said...

cantiknya bingka love kak Anim.. ter in love plak kita nk membuatnya.. alamak! roti dh abis la plak..jom merempit jap cari roti hikhikk

ady said...

as-salam kak
cantiknyee bingka roti bentuk love tu....ngancam betul..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak Nim..
Amboiii..pepagi dah ada bingka roti.. Ada bentuk love lagi

Kak Rose said...

Anim, samala macam kak rose kan... kedekut kaler... tp rasa ttp mabeles!

K.Nor said...

uikkk guna ayat nor ya.. nak claim royalti.. bak bingka sket :)

Liza said...

Wah kak anim..cantik bingka tu, bentul love lgi..ni la org kata dr mata turun ke perut...hihihi

tun_telani said...

kak anim... nk yg dlm bentuk lovey2 tuuu.. ehh.. dh kerat semua dah?? alaa... xpe lah, nk yg dlm pinggan tu je lahh..

Amie said...

baru makan bingka telur di rumah CT Delima tadi, sampai sini ada lagi bingka roti... he hehehh tak mau lepas peluang, nak juga tumpang semulut ye Kak Anim...

Ida,Japan said...

ida nk yg bentuk love tu boleh..he..he sedapnyer

cik cek said...

Waaa...bentuk love lagi...cantikkkk...

Ummi said...

Assalam Anim...waaah dah mengukus bingka eh..kita baru balik bercti2, berspa2, bersoping2 nih...melambak la laundry nak kena setel....adeeeii... Tp ok jgk la tinggal dapur lama2..belajar2 amik feel nak tinggal kaann...hahahhaa. Cantik bingka Anim....mintak sini sejuring...kita cuti2 masak lg nih...entry tertangguh bnyk nyaaaa :((

Ros said...

Salam animz,

Ha.... Kak Ros ingat nak buat hantaran kawin la tentu lain dari yang lain kan.Nampak memang cantik tentu sedap ni..

izahdaut said...

ooo cantik je buat dalam bekas love gitu.. kak nimmm.. nak sket rasa.lenkali buat antor ke ampang sikit ye kak

HomeKreation said...

Salam KakAnim cayang. Walaaa... demam bingka ni pulak laaa ni. tatau lah bila turn kita sbb roti kat rumah ni xpnh berlebih...