Thursday, 14 October 2010

kuih Lapis Cendol

Taaraaa..hilang sudah kesedihan ku dek kuih hangus semalam..apa2 pun kuih tu laris jugak..sudah habis pun..alhamdulillah..
hari ni mood mengukus pulak,tapi aku tak lah lapis tiga cam yang yatie buat tu. aku buat 2 lapis jek.buat 2 bekas..
siap sudah kuih lapis cendol yang aku copy resepinya dari rumah yatie..yang dah dok Johor tu..bawak keta 2 jam akak dah leh sampai rumahmu yatie..hai entah bila lah nak lepas ke Jb nih.





KUIH LAPIS CENDUL

Bahan-bahan A:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 1 s/k garam
  1. 1/2 cawan air gula merah [larutkan 1/2 cawan air panas + 4 s/b gula merah]-saya tambah 1 sk coklat emulco
  • 1 cawan cendul
  • 1/2 cawan air
Cara:
  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  3. Masukkan air gula merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Tambahkan cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan adunan gula merah tadi..
  5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
  6. Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.
  7. Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.
  8. Lapiskan 1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.
  9. Lapiskan lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.
  10. Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..
  11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

7 comments:

hana said...

pin pinn... org bangun tdo dtg nak makan nih.. boley tak?? lapoo lapooo.. kekekekee

kak long said...

alaaa akak ni,baru yo buek air cendol hahhh..tadi akak tak dedoreh keluaran resepi ni....kalau tak dah buleh buek dah...ayooo la hai....

ijayuji said...

Salam kak anim! kuih kukus2 akk ajak kita mmg kita makan leh habiskan tp bukan seloyang lah kang tak leh bgn nanti hihihi...masuk list tunggu buat cendol dulu baru leh buat :D

Chik Mimi said...

cantik jee kueh talam cendol akak ni

anymz said...

hana:ni bangun tido dah cuci muka belum??hissh..mama darwish,bangun tido je cari makanan..nah ambik sepotong je..pi main jauh2


kaklong:lenkali akak main masak2 akak ajak kaklong sekali yo..hehe

anymz said...

Ijayuji:laaa,ika..tuuuu tak nampak ke ika ada 5 potong jerk..ambik sorang setengah ya..makan leklok..tak cukup kita wat lagi ya..hehehe


chik mimi:resepi yang ini mudah.memang tersusun elok je.tak byk ragam kuih ni..

Yatie said...

Salam Anymz,
Cantiklah kuih lapis cendol ni...takpelah kira kuih talam cendol jadinya...yg penting jadi dan rasanya sedap...