Assalamualaikum semua
Selamat Petang buat semua teman2 dan rakan taulan yang berkunjung ke mykitchen.Buat menu apa untuk minum petang?ke masih ada lagi yang berpuasa ganti..InsyaAllah minggu ni last kan?
Akak buat apple pie ni petang tadi sebagai minum petang kami dan sebagai pembuka selera buat si kakak yang berpuasa ganti akhir hari ni..Lega rasa anak dara tu agaknya..Hutang piutang puasa sudah habis di bayar..Akak ambik resepi dari dapur Fiza Nordin.Resepi sudah akak olah sedikit.TerimaKasih ya dik atas idea ni..Maaf ya , akak dah olah untuk sesuai kan rasa dan memudahkan akak untuk mengikutinya.
Tersangat simple resepi dari dapur Fiza ni.memang sesuai bagi sesiapa yang nak cepat andai tetamu yg dtg tanpa di rancang..Cuba lah..sedaaaaaaaaaaaaap
Apple Pie
by
anymz mykitchen
Idea:FizaNordin
Bahan2
6 keping pastry jenama 'KAWAN'
Inti
2 biji epal hijau
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil cinnamon/serbuk kulit kayu manis
Akak tambah sedikit All Spice
1 biji kuning telur untuk sapuan
Cara Inti
Kupas kulit epal dan potong dadu
Panaskan kuali dan masukkan epal.
Masukkan gula dan goreng hingga gula bertukar warna perang
Masukkan cinnamon dan goreng seketika
Biarkan sejuk sebelum di gunakan
Letak inti di tengah2 pastry
Lipat dua dan rapatkan sekeliling pastry dengan garfu
Kelar permukaan pastry dan sapu kuning telur di atasnya
Panaskan oven 2ooc.Bila oven dah betul2 panas baru masukkan pastry
Bakar 30-45 min atau sehingga pastry berukar warna keperang2an.
Hati-hati.Jangan makan masa panas.melecur lidah
Cak!!
9 comments:
semua jd mudah bl ada 'kawan'. :))
sedap ni kak.. mkn panas2 bsama teh O..
selamat berbuka kak
akak pun semalam(isnin) baru habis ganti puasa.
sedap nya puff tu kak
salam k.nim.. jengah kejap, amik link utk bloglist :)
kawan kakpah pun banyak kek econsave tu hehe..
Salam KakAnim. Walah, sedap ni. Puff pastry kita dok dlm fridge dah berbulan2, tinggal angan2 jer. Nak buat benda senang ni pun belum terbuat lagi.... errrr minta seketoi KakAnim....heheee
Assalamualaikum akak..
sedaapnya tgk apple pie tu akak... teringin plak nak makan..
kak animmmmm...
puff 10 ketoi....
buat2 tak faham dah abisss...muahaha
to deliah's
yup..'kawan' ada di mana2 kan del?sonang kojo kita..hehe
to Dzana
tu lah pasal zana..minum teh o sampai tak ingat..:)
to kasihredha
mmm..senang kan bila dah habis posa ganti ni..lapang rasa hati kan? sila lah ambik satu kak :)
to nor
jengah je lah nor.buat macam rumah sendiri..:)
to kakpah
yo ko kak?wakakaka
boleh lah akak bagi free kek sini..:)
to homekreation
sebenarnya akak punya ni dekat nak setahun dah..ni kira nak habiskan stok lah ni along..sshh..jgn bg tau sesiapa ya..:)
to diana
wassallam diana..meh makan diana..:)
to mas
mas !!yaaaaaaaaa
memang dah habis pun lambat la ketapi ko mas..:)
Post a Comment