Wednesday, 19 January 2011

25 random things about me

Assalamualaikum semua..
Sebelum terlewat baik akak sudahkan homework yang di tinggalkan oleh kak kasihredha..
Terima kasih kak kerana nama saya berada dalam fikiran akak masa akak terima tag tu dari Yan.
Harap akak terima dan puas hati ya..




"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

1. Nama glamour akak : anim.semua orang panggil akak dgn nama ni.ada yg panggil hanim.akak sambut je.no hal punya.
.
2. Isteri kepada En Mus dan mempunyai 6 orang anak yang berusia 15-26 tahun.
.
3. Mempunyai 6 orang adik beradik dan akak anak yg ke3.merangkap anak perempuan sulong dalam family.
.
4. Di lahirkan di N.Sembilan.di besarkan di merata tempat.sepanjang tempoh persekolahan akak pernah memasuki sehingga 11 buah sekolah dari djh 1-ting 6.
.
5. Arwah ayah akak seorang kakitangan kerajaan(PTD) dan arwah mak seorang surirumahtangga.
.
6. Akak merupakan seorang surirumahtangga yang pernah bercita2 menjadi seorang guru.sekarang jadi guru pada anak2 je lah dan pernah jugak teringin mempunyai kedai bakery sendiri.looking forward lah ni..kena gi kursus dulu.
.
7. Waktu kerja akak tak kira masa.sebaik celik mata utk suboh terus tak berhenti2 sehingga ke lewat malam

8. Akak bukan seorang yang berdisiplin sangat.cepat lembut hati
.
9. Suka masak dan mencuba resepi2 baru.
.
10. Suka shopping bersama En Mus.sebab dia yang tukang bayarkan.dan suka jugak window shopping.konon2 exercise cara moden.
.
11. Suka melancong tak kira dalam atau luar negeri.
Masih banyak yang belum sampai.(sama cam kak kasih)
.
12. Amanah
.
13. Akak seorang yang simple
.
14. Hobi akak dulu suka menjahit.baju peknan dulu buat sendiri tau.cross stitch.masak sudah tentu dr dulu,kini dan selamanya.skang ni bila anak2 dah besar akak suka window shopping,tak beli pun takpe(tapi always endup dgn beli jugak walau pun sebatang pencil),akak juga suka main game(cam budak sek.dulu2 takdolah menda alah ni),hah skang ni akak suka makan.
.
.
15. Akak tak suka barang kemas.selepas suatu masa dulu masa anak sulong tu baby lg akak pakai rantai leher emas yg padu dan kepala anak terhantuk pd rantai tu masa akak dukung dia,terus akak tak pakai dah sampai skang..bila akak pakai anak2 akak kata nampak weird pulak.Aksesori pun akak suka yg moden.itu pun tgk keadaan.kan akak kata akak seorang yang simple.
.
16. Mengutamakan family
.
17. Hampir tiap bulan kena checkup Dr sebab akak mempunyai penyakit darah tinggi yang terlampau dan pernah di serang strok kerana penyakit itu.
.
18. Akak tak berapa gemar nonton TV.lebih2 lagi drama melayu.bukan sebab apa,drama melayu byk unsur suspen,akak tak boleh suspen nanti jantung akak akan berdegup dgn laju dan kencang..pernah admitted hosp kerana ini..hehe
.
.
19. Akak suka berblogging dan aktif di kedua2 blog akak.mykitchen untuk main masak2 dan my story utk kisah dan cerita semasa.
.
.
20. Sekarang akak suka shopping di kedai menjual peralatan dapur dan baking stuff.akak boleh duduk berjam2 di situ.oh tidak!sudah tua kah aku?..
.
21.Akak mempunyai banyak masa yang terluang dan sekarang ini selain dari berblogging dan masak2 akak juga mengisi masa ke kelas mengaji dan surau sebagai bekalan di masa hadapan..
.
22. Tidak suka bersenam...selalunya di paksa oleh En Mus.
.
23. Dulu suka hias rumah..sekarang tak berapa.hanya maintain apa yg ada je.
.
24. Akak boleh minum semua jenis air..no hal..
.
25. Akak juga macam kak kasih.suka minum kopi dan segala yang sejenis dengan kopi ...
.
.
Ok lepas ni tag 25 orang.

Yang ini akak minta mahap banyak2 pada kak kasih..bukan apa takot meyusahkan kawan2 main masak2 yang sentiasa sibuk di dapur..bukan semua kawan2 ni suri rumah dan mempunyai banyak masa macam akak..

Apa2 pun harap kak kasih puas hati dan terima kasih sekali lagi kerana sudi mentag saya.semoga kasih kasih dan persahabatan kita terjalin hingga ke alam realiti.bila lah agaknya tu ya.hehe

9 comments:

fara dean said...

akak..
sy rsa akk ni ibu mithali..

kasihredha said...

TQ nymz..
nice to know you...muahhh

Bibu said...

haa....ko.pnjg lebor kk anim kita jwp tag.

weiii...anak2 kk anim dah beso2.byk pengalamn ni.turun byk2 kat kita ni.lagi2 time marah anak.nak cara lembut ke keras?

ozzy said...

salam...

Letih nak menjawab tu ye..hehe.
Satu soalan lagi dah ada menantu belum? hehe..jgn marah.

Unknown said...

kak anim, bestnyer baca ceter akak ni...dapat juga kenal lagi...btw nanti kalau buka bakery boleh saya jadi pekerjanya...hehe dan satu lagi kalau akak nk melancong ke Finland jemputlah ke rumah saya...:)

anymz said...

to fara
tinggi sgt anugerah tu fara,segan akak.pepun terimakaseh ya.


to kasihredha
same here..mmuahh..mmuaah..


to anie
hehe..anak2 akak ramai lelaki tapi alhamdulillah anugerah ALLAH pd akak.bukan nak puji tapi semuanya takde masalah..akak selalu gunakan pendekatan buat anak sebagai kawan..biasanya akak ni kalo nak marah anak,marah aje..tgk situasi..kalo perlu keras akak keras..ke empat2 anak lelaki akak lain2 perangai nya..

Deliah's Deli said...

salam kak...blh tmbah lg tu -> muda dan ceria :))

anymz said...

to ozzy
tak..tak marah..belum lagi la ozzy..anak yg sulong tu lelaki..baru habis U.baru start kerja..kalo nak menantu nanti akak jemput leh dtg ke?..hehe


to nieza
lama lagi ke nieza kat sana..?hati teringin jugak ni bila nieza dah jemput.tgk result hjg tahun ni ya..kalau tak ada apa2 insyAllah sampai jugak akak nnt..nak ke rumah hana di jepun dah tak sempat.dia dah nak balik dah..hehe

anymz said...

to Dell
isshhh..takmo..takmo....malu wey..anak2 bujang akak da besar panjang..hehe