Thursday, 21 July 2011

Award Dari Zaliedana,MamaHawa Dan Dinner Dgn Chicken teriyaki


Assalamualaikum semua

Mula-mula kita tepek award yang akak dapat dari Zaliedana dan mamaHawa..
Pakai baju kaftan je masa gi ambik award ni.Celik mata bangun tidur nampak CT payung suh akak ke Penang ambik award.Petang tadi Hawa pulak panggil akak turun ke Singapore ambik award yang sama..
Terima Kasih pada kedua2 sahabat yang baik hati.sayang korang semua..kiss2..:D

Okaylah sila jamu mata pada Chicken Teriyaki yang sempoi ni.Buat ni sebagai menu berbuka petang tadi.Alhamdulillah hutang puasa sudah habis di bayar termasuklah puasa nazar sekali.
Lega rasanya..Akak tepek jugak resepi Chicken Teriyaki ni buat pengunjung2 baru mykitchen..
Bagi sesiapa yang belum pernah mencuba,sila lah cuba ya.tak rugi..sedaaaaaaaaap sangat.kalau takmo makan dengan nasi lagi okay..makan dengan blackpepper sos.


En suami memang suka sangat2 dengan hidangan begini..Lembut je ayam ni katanya.


Bahan-bahan

* 2-3 keping dada ayam boneless- atau apa2 bahagian
* 3 inci halia - parut
* 3 ulas bawang putih - parut
* 3 sb madu
* 4 sb kicap manis
* 1 sb gula perang
* 1 sk garam

Cara-cara
  1. Cucuk2kan ayam menggunakan garfu.
  2. Satukan semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau lebih dalam peti sejuk.
  3. Panaskan non-stick dengan sedikit minyak dan panggang ayam tadi. Tutup kuali dan sesekali balik2kan ayam.
  4. Curahkan lebihan kuah perapan ke atas ayam dan sentiasa dibalik2kan agar masak sekata dan berkilat.
  5. Dah masak, angkat, hiris2 dan hidangkan. curahkan lebihan kuah ayam tadi.


9 comments:

izahdaut said...

kak nim.. hahaa.. sya ingat kak nim dapat award dari ciken terayakil.pelik lak kawan kak nim sapa la gamaknya yg bernama gitu. rupanya menu ye.. lebih kurang meu kite mlm ni. nasi ayam jugak... tapi tak snap la..letih masak..letih melayan budak b2 neh sik kena kemas rumah je. pastuu bila terhidang lawa2 nak shoot, malas nyer nak kuar senapang., huhuhu.. tapi sedap jugak nasi ayam resepi cik mat tadi.

anymz said...

hahahaha..ya lah zah..jap..jap..kena edit semula..ko ni kan,tak cari salah akak tak sah kan?..kan?..

maceh zah...adeh..sengal pulak malam nih..

HaSue said...

hahahaha...sempat gak nengok tajuk tadi tp x ler terpikir yg tu nama kawan blogger kak nim..dah terbayang menu dah.hihi..
sedapnya nampak ayam tu kak..ni makan seketul peha sorg ke?sy punyer mana kak?

Hanim said...

sedap ayam buat camtu kalau makan ngan nasi ayam kan :)

Sheery Dream Cakes said...

wah akak... nampak sgt sedap ler set nasi tu akak... tgk ayam tu lg ha... terliur diana tgk... sedaaap

Amie said...

Selamat pagi Kak Anim,
cantiklah set ayam teriyaki tu.... senang2 nanti nak cuba jugalaaa... nampak sodap!

Mas said...

wahhh....memang nampak sangat sedapppp la ayam tu kak....
mengeliurkan....

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam pagi Jumaat Kak Anim.. *kiss2 pipi dulu* hehehe
menarik resipi chicken teriyaki tuh mmg blm pernah buat lagi.. ni pun ingat weekend nk msk nasi ayam utk si anak bujang yg dh blk ni :)

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak nim,tengs bebanyak sudi amik n gantung award nih ya..Ayam tuh nmpak sedap,da set nasi camtuh lagi lah best..Hb suke sgt nasi ayam..