Friday, 15 July 2011

Kubis Cina Gulung Keju

Assalamualaikum semua

Ada yang berpuasa ke tu???...Maklum esok nisfu syaaban,mungkin ada yang berpuasa hari ni sebab nak gandingkan dengan esok hari sabtu..
Okaylah akak buat menu kakpah ni semalam untuk buat berbuka.Akak tak makan nasi sebab rasa2nya berat badan ni sudah mula naik semula.semenjak dua menjak ni.
Bila akak dah start mengecis itu lah habuan yang akak dapat.Terasa2 berat je nak bawak badan.Meh tengok resepi.Ingatkan anak2 tak suka,alhamdulillah diorang ni buat apa aje semua diorang try.apatah lagi resepi ni ada mozarella cheese,lagi lah sedap diorang makan..


Kubis Cina Gulung Keju
by
anymz mykitchen


Bahan-bahan
2 ketul dada ayam dibuang tulangnya.
1 biji bawang besar didadu.
1/2 batang carrot dihiris memanjang
Beberapa batang kacang buncis dipotong dua.
1/2 biji tomato didadu
sedikit capsicum hijau didadu
5 helai kubis cina yang agak lebar (didihkan air dan rebus sebentar supaya batang kubis lembut)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil gula
2 sudu besar butter
mozarella cheese
Stok ayam (kalau tak ada, 1 cube ayam campur dengan secawan air)


Cara

Ayam dan bawang diblender kasar. Bubuh sedikit air. Sedikit saja. Masukkan dalam bekas dan bubuh sedikit garam. Masukkan tomato dan capsicum. Bubuh tepung jagung dan gaul rata. Ketepikan.

Panaskan butter dalam kuali. Masukkan tepung. Kacau hingga berbuih. Masukkan stok ayam sedikit demi sedikit sambil dikacau. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air. Masukkan tomato puree. Masukkan gula dan rasakan garam. Bila kuah pekat, padamkan api. Ketepikan.

Ambil sehelai kubis cina. Bentang dan letak dua sudu besar adunan ayam.


Langkah-langkah seterusnya boleh view kat dapur Ibundo tu ya..mahap puan tanah kedaung ada projek nak buat.


Penuh dengan cheese


Eh!Kenapa terang sangat gambar ni ek?Akak takde edit2 pun?










19 comments:

ijayuji said...

Salam kak! pagiiiii!!! org jepun suke buat kobis gulung mcm ni tp berkuah n guna ground ciken.. kita jer yg malas hihihi... ini ada cis2 mmg lah lemak berkrimmm gituuuuu :D sedap ya kak? ambik 4 gulong boleh tak? :D

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak nim oi,taulah nak cpat pong,cara2 pon copy xabis,awat cheq kak xcopy tang kata kna bakaq tuh,Tapi nmpk sedap noh,yerla da ayam n cis bagai,maunye xsodap kan..Eh akak nak p mana,nak ikut...

ady said...

as-salam kak
Waaah!! dah cantik rumah kak ni..dah baru lah..kubis cina gulung keju tu npk sedap..kemas sekali gulungnye..selain dada ayam blh tak tukar dgn daging cincang..?

CT Delima said...

As'salam kak anim

Baru berapa ari tu nampak kat blog Bondo, ni dah sampai kat sini. memang cepat dan express betul kak amin ni, suka lah ct tengok..hihi

kak apa rasanya, nak gak tahu ni. kalau ada cheese ni memang ct suka. tapi ct sorang jer kot yang nak makan. yang lain2 tu tak konpom lah suka atau tak.. hehehe

Yat Maria said...

Akak

kalo kita dapat ni...kita nak makan sowang2 cicah ngan lingham arr..sodap ni!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak anymz...
menarik sangat resepi ni.. cepat2 saya terjah dapur ibundo tadi nak tgk cemana cara menggulung tu.. mmg sangat2 menggiurkan resepi ni.. insyaAllah.. nak mencuba jugak.. thanks kak nim...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
ari tu dah tergoda kat dapur ibundo... nie nampak lagi kat dapur akak... sedapnya ... lag2 ler tergoda nie... sedap2!!

Ida,Japan said...

mcm org jepun buat...gulung2 taruk inti...ida jer tak pernah buat...sedapnyer

ibundo said...

ni sifu datang meround... hehe..
akak balik ahad lah. lopeh tu nak kono layan orang indon plak. rindu dah ni nak bekuntau kek dapo.

izahdaut said...

Kak nimmmm
Nk segulung!!!

TopsyTurvyMum said...

Salam Kak Nim,
Wahhh..menggulung kobis pulak:)
Tak pernah lagi makan, nak jugak tahu rasa dia camne..

quinnie said...

kakanim..saya pun tergoda tengok kubis gulung yg kak pah buat tu...adeehhh dah terasa rasa je kesedapannya....mini pizza tu pun tak buat2 lagik....hukhukhuk....

Nadz Nazharzan said...

Kak nim.. Borek badan dah botambah ko?? Tak po.. Gi lari pagi2 kek taman rekrasi tampin tu.. Peh tu boleh torus poyi pasar..
Aik.. Ni menu ado ciz lagi ni...ooo...tak po..tak po...ado sayor sekali eh...

Unknown said...

wah menarik resepi ni kak....tak pernah mkn lagi ni...sure sedap tu ada cheese tu..:)

abghani said...

nampak macam sodap...nk try buet lah
dari bilapahatberbunyi-abghani.blogsport

kasihredha said...

ingat salah masuk rumah tadi...
rumah akak dah tukar wallpaper lah...
sure akak dah nak raye ni :)

kak...akak datang nak makan :))

anymz said...

to ijayuji

ooooo ni kira makanan ala2 org jepung la ya..?..mmmm...mmg org jepun kira rajin2 la kan?..


to zaliedana

lambat kalau nak copy2 dari rumah kakpah tu ct..tu yang terus link kan ke dapur kakpah je tu..senang keje kan?hehe


to ady

terimakaseh ady.nak raya ni kan?,,kena lah cantik2 sikit.tapi sayang kan?..rumah yg ni cuma dapat jamu mata je.tak dpt makan makanan yg sebenar.
Akak rasa boleh gakk tukar dgn daging tp pastikan daging yg lembut ya.takot tak masak pulak di dalamnya.


to ct delima

mulanya akak ingatkan akak dgn hubby je yg makan,sebelum masukkan dlm oben tu akak taburkan mozarella cheese tu byk2 buat penambat hati anak2..alhamdulillah diorang suka..rasa dia sedap gak lah.cara lain utk ratah sayur.best ni ct.


to yatt maria

betul tu yatt.cicah dgn lingham baru sedap.:)

anymz said...

to madiha

dapur ibundo memang byk rsepi2 yang menarik.kena rajin je kan diha.kakpah mmg pandai buat deco2 kat laukpauk ni..maklum org byk pengalaman..
nanti diha buat pulak ya.


to diana

nanti kalau diana buat pelbagaikan pulak ya..sedap.memang sedap ni diana.cuba pulak nanti ya.


to ida japan

kira org jepun ni mmg rajin2 kan?..buat cara gulung2 camni mmg perlukan kesabaran betul..kakpah buat gulungannya sedikit besar,akak punya kecik2 je.hehe


to ibundo

selamat datanglah yo sifu eh cikgu eh guru bosar..a macam??? akak tak komen pun yg se buek tu..jadi tak tu?.
balik copek sikit kak..org dah rindu dah ni.keluar entri yo tapi tak bebel tak best!!!!

anymz said...

to izahdaut

dok dlm library mana boleh makan?..haipp...ada hati nak ambik alih jawatan pengawas tu ya..
ambik setengah gulung je.yang lagi setengah dengki dgn ko jah.akak bg bais je lah ya..haha


to ttm

bila kita buat sendiri semua benda kita nak lebih2kan.sedap lah ttm.ada ayam tu..ratah ayam je yg lebih.yg sayur tu bila anak2 tak gemar,diorang cicah dgn kuah sos yg ada byk cis..sedap pulak kata diorang.hehe


to quinnie

takpe2 slow and steady je dulu.tarik nafas pelan2 buat satu2..tak terkejar kita dgn entri kawan2 yg sedap2 kan?...