Assalamualikum
Akak masih lagi seronok dengan dapur Ibundo yang mempunyai menu yang sedap dan gambar yang cantik2 di situ. (KakPah memang terror ambik gambar).Siap gi kursus lagi tu..
Simpan resepi donut sosej versi kakpah ni sebaik beliau postkan di dapur nya beberapa minggu sudah,baru petang semalam akak berkesempatan membuatnya.
Kita boleh dapat banyak donut dengan satu doh resepi kakPah ni dan kita boleh pelbagaikan dengan macam2 versi seperti donut atau piza..percaya lah donut ni memang lembut..Ini di akui oleh anak2 bujang akak yang sedikit cerewet tentang donut.pastinya mereka mahukan yang lembut dan gebu saja.
Donut Sosej
by
anymz mykitchen
Source:Dapur Ibundo
Bahan:A
300 g tepung high protein
200 g tepung gandum
80 g castor sugar
5 g garam
20 g susu tepung
1 peket(11 g) instant yeast
B
230 ml air,1 telur grade B
C
40 g shortening
D
sosej
1 biji telur untuk sapuan
100 g breadcrumbs
1. Satukan bahan A dalam mangkuk. Gaul rata speed slow.
2. Masukkan B dan pukul high speed. Masukkan C. Pukul sehingga dough menjadi lembut
.3. Tutup mangkuk dengan cling wrap selama 20 minit atau sehingga saiz menjadi dua kali ganda.
4. Tumbuk dough untuk keluarkan angin. Bahagikan dough seberat 70 g setiap satu.
5. Untuk setiap bahagian, gelek dengan tangan supaya ia menjadi satu strip memanjang. Lilit di sekeliling sosej. Celup ke dalam telur dan golekkan ke dalam pinggan berisi breadcrumbs.
6. Biarkan dalam dulang selama 20 minit lagi. Kemudian goreng dalam minyak tenggelam menggunakan api perlahan.
*Cara akak,masukkan semua ke dalam BM dan teruskan dengan langkah ke empat.
huiiihh...debabnya donut akak tu kan?.
Sekiranya ingin membuat donat biasa, keluarkan bahan D. Ambil dough dan gelek lebih kurang setebal 1 cm. Terap dengan penerap donat. Biarkan dalam dulang selama 20 minit dan kemudian goreng dalam minyak tenggelam menggunakana api perlahan. Keluarkan apabila kekuningan dan tabur dengan gula castor atau boleh saja di celup dengan coklat yang dicairkan
19 comments:
resipi dari kak pah roti sosej ni pun hawa dah print resipi cuma blm buat lagi..hehehe nmpk cam sedap jer.
Best jgk blh buat 2 jenis mknnan utk 1 resipi... okay roger n out
Assalamualaikum...
Kak kalau takde BM dan malas menguli. ada cara lain tak?
nak dua2 tu...
sedapp weh.....
rajinnnya kak anim ni...
Kak Nim,
Rajin akak mendonutkan roti ya..Sejak da bm nih,menu berdezup jer klq..eH KAK Sam,kalo gitu mnta kat kak nim jerlah kak,nih salah 1 menu gader2 bulan 12 kut,hehe..
Kak Nim....
Duo dalam satu la ni yo...donut pun dapek...donut sausage pun dapek...kreatip kak Nim kito ni...he he...bak la cek sikit aaaa...mandang yo dari tadi....he he
semangat eh roll tu... siap bedonat lagi... satu adunan dua jenis leh buat
amie tabiklah.... kreatif, 2 dalam 1...
mmg menarik la donat sosej ni.
fiza nak try gak la,
Assalam kak anim,
wah donut sosej tak pernah buat pulak roti sosej adalah juga..lagi2 yang letak breadcrimbs ni mesti sedap ni kan kak..anak2 mesti suka ni..masuk list dulu lah kak..
thanks kak anim for the wishes untuk marsya tu ya..
rajinnyer kak anim.. kalau tun, dh bakar semua.. xde dh celup2 breadcrumbs nk bakar tu.. hehe
yang debab tu la sedap kak,mkn seketul dah kenyang..x lama sgt kat dapur *ayat org x brp nk rajin cm sy..hehe
to mamahawa
nanti jgn lupa buat ya hawa.sedap sangat ni.bayangkan 1 doh tu kita boleh dapat banyak tapi habis licin di sapu bersih oleh anak2.hehe
to kak sam
kalau takde BM dan mengalas menguli alamatnya kena beli lah sam.haha
to mas
sesekali rajin le mas.ikut mood.ni mood rajin..dah habis mas.rakyat akak ni suka makan menda2 camni.
to zaliedana
tu lah pasal ct.sejak ada BM ni baru rasa seronok nak meroti atau mendonut..kalau tak tu jenuh tangan akak ni wei dok hayun2,menguli.hehe
to cik cek
tigo dalam 1 ni cik..yang lai satu akak tak tunjuk sbb akak ambik gamba guno hp yo..akak buek piza sempoi sekali.sempoi sbb guno bahan2 yg sedio ado dalam rumah..pergh memang best resepi dr kakpah ni.
to cheq sue
semangat?..sopannya sue.debab le tu kan?hehe
to amie
3 dlm 1 sebenarnya tu amie.:)
to fiza
nanti try ya fiza.sedap resepi ni.gebu,lembut dan seangkatan dgn nya.:)
to ayu
akak rasa resepi ni boleh buat roti gak lah ayu..tekstur dia mmg gebu dan lembut.try lah ayu..pasti air tangan ayu menjadi..:D
to tun_telani
namanya pun donut ayu kena lah goreng kan?:D
to deliah's deli
kalau buat debab2 cepat habis kan del..jimat masa jimat tenaga..:D
salam kak anim...meh sebiji donat yg debab tu kakkkk...nak tambah kedebaban lieza ni haaaa...sedap tu nampak rangup jer...
sensitip pulak dgr debab2 ni... tapi memang debab pon.. hihih...sedapnya dicelup2 bread crumbs tu...
semakain byk menu roti akak ni...bagus bibik tu menjalankan tugas yer kak..hehe
comelnya.... kalau ler irfan nampak nie.. sudah pasti dia suka... sedaaap tu akak
salam kak.. sedap aje nampaknya donut sosej tu boleh dpt 2 dlm 1 lg tu.. emm leh cuba ni..
Post a Comment